Bersyukur dengan yang sedikit...
Assalamualaikum & salam sejahtera...
Hujung minggu, macam biasa, singgah di Aeon mencari apa yang perlu.
Teka berapa ringgit semuanya untuk barang-barang yang ada dalam troli saya ini?
Jumlah yang perlu dibayar: RM107.00
Tak banyak barang yang dapat dibeli dengan wang RM100 sekarang ini.
Sekali singgah beli barang, dah habis sekeping RM100 (tambah lagi RM7).
Mungkin 10 atau 20 tahun dulu, bila bawa duit RM100 pergi beli barang dapur, boleh dapat penuhkan separuh troli (boleh ke?).
Untuk sedapkan hati, dan berfikir lebih positif, mudah saja.
Ingat kan diri sendiri dan bersyukur masih mampu beli barang di pasar raya, berbanding orang lain yang mungkin hendak pergi ke pasar raya pun tidak mampu.
Ingat kan diri sendiri dan bersyukur masih ada RM100 untuk dibelanjakan, berbanding orang lain yang mungkin RM1 pun tiada di tangan.
Ingat kan diri sendiri dan bersyukur masih mampu beli barang yang bukan barang keperluan (macam aiskrim dalam troli saya itu), berbanding orang lain yang barang keperluan asas (makan, minum, pakaian, tempat tinggal) pun masih kekurangan .
Orang yang tidak bersyukur dengan yang sedikit, pasti sukar untuk bersyukur dengan yang banyak...
"Jangan fikirkan apa yang kita tidak ada, tapi bersyukurlah dengan apa yang kita ada..."
0 comments: