Amalan Datuk Seri Vida untuk berjaya dalam bisnes!

Thursday, January 07, 2016 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Lepas baca sedikit ringkasan cerita mengenai usahawan yang berjaya dalam bisnes, Datuk Seri Vida, pengasas produk kecantikan Qu Puteh di portal online Harian Metro, kagum juga dengan istiqamah Datuk Seri mengamalkan solat sunat hajat 10 kali sehari sejak mula berniaga sehingga kini,

"Saya amalkan solat hajat 10 kali sehari sebelum dan selepas solat fardu selain menunaikan solat sunat Dhuha setiap hari agar perjalanan hidup saya dipermudahkan dan dimurahkan rezeki." - Harian Metro


Memiliki 17 buah rumah dan rumah terkini yang bernilai 22 juta, semestinya ramai yang cemburu dan ingin mengikut jejak langkah jutawan Datuk Seri Vida ini.

Mungkin melihat cara Datuk Seri mempromosikan produk Qu Puteh nya di tv agak menjengkelkan (saya tak suka part yang Datuk Seri ketawa lepas buat flying kiss  muah  tu, takut saya dengar ketawa macam tu!), tapi dalam tak sedar, cara itu lah yang jadi taktik berkesan Datuk Sri membuatkan orang ramai lebih ingat akan produk-produk keluarannya. Bila orang ingat, mesti orang ada rasa ingin tahu kan? Bagus sangat ke produk ni? Betul ke "Qu Puteh, Qu Puteh, barulah putih?". Dan kalau tak semua pun, pasti ada sebahagian daripada mereka yang melihat iklan itu akan teringin nak cuba produk Qu Puteh itu kan?

Bagus Datuk Seri ini tak lupakan golongan yang kurang bernasib baik walaupun telah bergelar jutawan yang kaya raya. Rumah mewahnya itu tidak mempunyai perabot yang banyak. Sebabnya? Sebabnya untuk memudahkan anak-anak tahfiz dan anak-anak yatim berkumpul di rumahnya 6 kali setahun untuk beramai-ramai menjalankan aktiviti-aktiviti agama dan kerohanian.

qu puteh barulah putih


Melihatkan koleksi kenderaan mewah, berlian dan beg-beg tangan mewah Datuk Seri, memang jelas Datuk Seri seorang multi jutawan! Tapi tak bahaya ke ditunjukkan semua barang-barang mewah ini , di Internet? Niat Datuk Seri menunjukkan gambar barangan mewah ini,mungkin sebagai sumber inspirasi dan motivasi bagi usahawan-usahawan yang baru meningkat naik, Harap-harap tiada yang berniat buruk dan mengambil kesempatan pula kan!

Bila lah agaknya dapat ikut jejak langkah Datuk Seri Vida ini ek?

Yang penting simpan impian dulu, miliki kemudian!

InsyaAllah.....


* khabarnya Datuk Seri Vida sedia tajaan cecah lapan angka untuk The Red Warriors, hebat tu! *




0 comments: