Melaka pula haramkan penjualan vape

Wednesday, January 06, 2016 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...


Selepas Johor, Kelantan dan Terengganu, negeri Melaka pula menjadi negeri yang terkini mengharamkan penggunaan vape. Melaka akan menarik balik lesen penjualan vape, selaras dengan pengharaman vape oleh Majlis fatwa.

"Selagi Majlis Fatwa Kebangsaan tidak keluarkan keputusan, kita teruskan. Apabila keluar fatwa, kita ikutlah, fatwa itu kuasa penaung, kita tidak boleh kata halal kalau fatwa kata haram, rosak kalau kita tidak ikut" - Ketua Menteri Melaka , Datuk Seri Idris Haron (Utusan Malaysia)


melaka tarik balik lesen jual vape
Sumber : sinarharian


Bagi penjual dan pengguna vape di Melaka, sudah semestinya ini bukanlah berita yang menggembirakan. Tapi macam yang dikatakan oleh Ketua Menteri Melaka itu, "kita tidak boleh kata halal kalau fatwa kata haram, rosak kalau kita tidak ikut!"

Tapi kan, saya ada terbaca satu komen daripada pengguna vape dalam suratkhabar Utusan Malaysia pagi tadi. Saya tak tahu nak komen apa dengan komen saudara ini, tapi memang saya 'terkesima' kejap lah bila baca komen saudara ini. Terkesima, terkejut, terperanjat dan memang saya baca banyak kali kenyataan dalam suratkhabar itu. Bagi yang tak baca lagi komen saudara si pengguna vape itu, sudi lah saya nak kongsikan di bawah ini:


"Penggunaan vape ini bagus kerana banyak membantu saya mengurangkan ketagihan merokok. Namun apabila keluar fatwa mengatakan haram, saya agak terkejut kerana keliru dari segi apa pengharamannya.  Bagaimanapun jika fatwa mengatakan vape adalah haram, saya tidak akan berhenti menggunakan vape" - xxxxx,  (pengguna vape)


Apa maksudnya? "Fatwa kata vape haram, tapi saya tetapa akan guna vape?" Dengan kata mudah, "walaupun benda itu haram, saya tetap akan guna benda yang haram ni". 

Atau lebih mudah, saya tak peduli dengan halal haram. Boleh tak buat kesimpulan macam ini?

Syabas kepada negeri-negeri yang dah haramkan penjualan vape!









0 comments: