Selamat Tahun Baru 2016 !
Assalamualaikum & salam sejahtera..
Tengah mengira detik 12 tengah malam ke?
Tengah tunggu nak jerit 'Happy New Year' ya?
Apa pun yang anda tengah buat sekarang ni, tahun baru akan muncul tak lama saja lagi. Soalan yang biasa kita dengar bila datangnya tahun baru ialah:
'Apa azam tahun baru?'
Soalan favourite untuk minggu ini.
Perlu ke berazam setiap masuknya tahun baru? Azam tahun lepas macam mana? Dah berjaya dicapai?
Bagi saya, azam saya untuk 2015 telah berjaya dilaksanakan. Azam saya untuk tahun 2015 : Berhenti kerja!
Tak perlu nak tunggu tahun baru pun sebenarnya kalau nak berazam buat sesuatu. Macam kata pengacara rancangan 'Nasi Lemak Kopi O' di tv7, Faizal Ismail (FBI) bila diajukan soalan apa azam tahun barunya. Kata FBI, dia tiada azam, dia hanya hadapi apa yang mendatang, go with the flow.
Beria-ia berazam pun tak guna juga kan kalau asyik carry forward azam tu dari setahun ke setahun. Mengikut kata Dato' Dr Fadzilah Kamsah dalam rancangan Forum Perdana Ehwal Islam tadi, berdasarkan kajian, 95% orang yang membuat azam tahun baru akan melupakan azam mereka selepas 2 atau 3 minggu. Tapi azam itu penting sebenarnya sebagai pembakar semangat kita nak capai sesuatu.
Nasihat Dr Fadzilah Kamsah tadi, kalau kita dah berazam, kita cuba amalkan tips-tips ini:
1. Azam kita itu kena terperinci. Contoh, azam nak kurus. Tak cukup buat azam macam itu. Kena lebih detail , contohnya : Saya nak kurus dengan cara ambil 1500 kalori sahaja dalam sehari dan saya akan buat senaman setiap hari selama 30 minit dengan target nak turunkan 5 kilo dalam masa 2 bulan. Ha, cukup detail kan!
2. Azam kita akan lebih mudah tercapai jika ada gambaran. Macam azam nak kurus tadi, cuba letakkan gambar kita zaman kita kurus dulu sebagai motivasi nak kurus. Atau beli baju yang kita teringin nak pakai tapi tiada saiz, gantung di almari dan tengok hari-hari, dengan azam kita nak kurus supaya suatu hari nanti kita boleh pakai baju itu!
3. Kongsi azam kita itu dengan ahli keluarga atau kawan-kawan yang boleh ingatkan kita. Contoh kalau kita nak kurus tapi sekali makan sampai 2 atau 3 pinggan, keluarga atau kawan kita boleh tegur atau perli-perli kita, "eh, kata nak kurus!"
4. Cuba amalkan perkara-perkara untuk capai azam kita itu selama 40 hari. Contoh kalau nak kurus, amalkan pemakanan seimbang dan senaman sekurang-kurangnya selama 40 hari. Mengikut kata Dr Fadzilah Kamsah, kalau sesuatu perkara itu kita buat selama 40 hari, baru InsyaAllah akan jadi tabiat. Contoh yang Dr berikan tadi, macam ibadat haji itu sebenarnya seminggu sahaja kan, tapi kita pergi haji selalunya 40 hari lebih, baru boleh jadi tabiat yang berterusan dalam amalkan ibadat.
Jom kita buat azam baru!
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang merubah nasibnya"
Surah Ar-Ra'ad (ayat 11)
0 comments: