Awas, anda sedang dipantau oleh skuad teropong!

Wednesday, December 09, 2015 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Siapa pernah dengar pasal skuad teropong?

Saya pertama kali tahu mengenai skuad teropong ini bila baca laporannya di Utusan Malaysia semalam.

Skuad teropong ditubuhkan baru-baru ini oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk memantau perbuatan membuang sampah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) di ibu negara.

Sampai begitu sekali seriusnya masalah pembuangan sampah dari tingkat atas bangunan PPR sampai kena ada skuad teropong!

Macam sudah tiada sudah kurang kesedaran sivik pula bunyinya mereka yang tinggal di PPR ini. Sehingga perlu ada skuad teropong untuk pantau perbuatan mereka. Saya ingatkan tidak mungkin ada yang dapat 'ditangkap' oleh skuad teropong ini, rupanya saya silap. Setakat ini, menurut DBKL telah ada 30 pesalah yang kena kompaun atas kesalahan buang sampah dari tingkat atas bangunan  PPR!

skuad teropong pantau pembuangan sampah
Credit : Utusan Online


Sedih kan. Kebersihan itu perkara asas. Buang sampah perkara yang baik, tapi buang sampah dari tingkat atas bangunan itu satu kesalahan yang serius. Bukan setakat isu kebersihan, tapi libatkan isu keselamatan penduduk itu sendiri.

Plastik sampah yang katakan beratnya cuma 1 kg sekali pun, kalau dibuang dari tingkat 10  dan jatuh atas kepala penduduk. bayangkan apa yang akan terjadi?

Plastik sampah yang 'tiba' di tingkat bawah pasti akan berkecai dan sampah bertaburan. Jika jatuh atas kepala penduduk, apa pula yang akan berkecai dan bertaburan?

Ke mana hilangnya pertimbangan waras dan perikemanusiaan?

Begitu malas sekali kah hendak membuang sampah ke tingkat bawah?

Susah hendak membentuk kesedaran sivik jika perkara asas dan yang logik akal pun tidak boleh hendak difikirkan sendiri.

Selamat bertugas kepada skuad teropong. Semoga dapat tangkap lebih banyak lagi pesalah dan sekaligus membanteras sikap buruk buang sampah dari tingkat atas bangunan ini!


0 comments: