Berhenti merokok dalam masa 3 minggu?

Tuesday, December 08, 2015 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Merokok membahayakan kesihatan.

Itu ayat yang semua orang tahu. Tapi untuk perokok, mereka akan buat-buat tak tahu.

Letak gambar pasal bahaya merokok dan penyakit akibat merokok pada kotak rokok pun tak memberi kesan pada perokok. Gambar dianggap macam gambar kartun saja.

Saya tak suka perokok. Lebih-lebih lagi perokok yang penting kan diri sendiri ni.

Bila naik eskalator, selalu saya terkena berdiri belakang seorang perokok. Orang di depan hisap rokok dengan gembiranya, asap rokok terbang masuk ke paru-paru saya yang tak bersalah di belakang.

Bila duduk makan di warung, pun sama juga. Meja sebelah depan dan sebelah kanan berkepul-kepul asap nya terbang ke meja saya. Yang sedihnya, orang meja depan tu siap ada anak kecilnya duduk sebelah bapa yang merokok tu. Bapanya 'bermurah hati'derma' asap rokok pada anaknya.

Bagi umat Islam, telah difatwakan merokok itu haram. Tapi macam biasa, bagi perokok, mereka akan buat-buat tak tahu.

Jika perokok rasa geli bila sebut pasal kh**zir yang haram, kenapa tak boleh anggap perkara yang sama terhadap rokok? Mungkin kena letak gambar kh**zir pada kotak rokok agaknya?

"Dah puas cuba berhenti merokok, tapi susah lah nak berhenti merokok ni..."

Itu ayat klise.

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

"Susah lah nak berhenti merokok" mungkin kerana cara nak berhenti merokok tu salah.

"Susah lah nak berhenti merokok" mungkin kerana masih tak sedar KENAPA perlu berhenti merokok. Apa faedah berhenti merokok? (budak kecil pun boleh jawab soalan ni!). Bukan setakat faedah kesihatan, berhenti merokok boleh jadikan dompet anda lebih 'sihat' dan tebal juga!

Katakan sekotak rokok RM15 (atau lagi mahal?). Dalam sehari boleh habiskan 2 kotak rokok, Maknanya dalam sehari dah belanja RM30 untuk rokok. Kalau sebulan dah RM900. Kalau setahun dah RM10,800 !

"Susah lah nak berhenti merokok" mungkin kerana tak sedar apa yang buat kan perokok rasa nak merokok kembali, dan cara yang betul nak atasinya. Mungkin perlukan contoh teladan dari orang yang dah berjaya berhenti merokok.

cara berhenti merokok


Betul juga. Lebih mudah dapatkan tips cara berhenti merokok dari bekas perokok yang dah berjaya tinggalkan rokok daripada hanya cuba-cuba cara yang tak betul untuk berhenti merokok,

Jadi, kalau nak tahu:
  • 2 Perkara Utama Yang Membuatkan Anda Terus Merokok. 
  • 5 Sebab Utama Kenapa Susah Untuk Berhenti Merokok. 
  • 4 Kelebihan Utama Berhenti Merokok. 
  • Langkah-langkah Mudah Berhenti Rokok. 
  • Tempoh Pantang Merokok. 
  • Sebab Utama Kenapa Gagal & Kembali Merokok. 
  • Rokok Terakhir . 
  • Amaran Terakhir.
boleh lah ikut nasihat bekas perokok yang kongsikan tips-tips mudah berhenti merokok dalam masa 3 minggu. 

Biar betul. Dah hisap rokok berabad-abad bertahun-tahun, tapi boleh berhenti merokok dalam masa 3 minggu!

Belum cuba belum tahu. Itu pun kalau betul-betul berazam nak berhenti merokok. Boleh ikut panduan dalam ebook 'Jom Berhenti Merokok' ini.

Bukan hanya sekadar hangat-hangat tah* ayam saja ya!





0 comments: