Pengalaman si pengusaha homestay

Monday, December 21, 2015 Ana 3 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera....

Nak kongsi cerita kawan saya si pengusaha homestay yang ada bisnes usahakan rumah sebagai rumah sewa harian atau perniagaan homestay. Katanya ingatkan bila sewakan rumah saja pening kepala dengan perangai penyewa, rupa-rupanya bila buat homestay dan sewa kan harian pun pening juga.

Adatlah kan, perangai manusia ni macam-macam...


perniagaan homestay


Penyewa 1
Penyewa pertama ini buat kawan saya berkobar-kobar bersemangat, al maklumlah penyewa pertama yang kira sebagai merasmikan homestay nya tu. Jauh dari utara tanah air, penyewa tersebut hanya tempah homestay untuk 2 hari 1 malam sahaja. Check in hari Sabtu dan check out hari Ahad.

Kawan saya si pemilik homestay ni dah sampai awal pagi untuk kemas apa yang patut di homestaynya. Waktu check in ialah pukul 2 petang. Nak tau pukul berapa penyewa tu sampai? Jam 5 petang baru muncul di homestay.

Rungut kawan saya "Memang tak patut lah macam tu, sebab saya pun ada kerja lain nak buat, bukan dok tunggu dia sampai ke malam!"

Bila check out esoknya, sampah menimbun dalam rumah. Saya cakap kat kawan saya, yang pasal sampah tu tak boleh nak kata apa lah kan. Memang tugas pemilik homestay lah yang membersihkan. Betul ke macam itu?


Baca juga:
Tak bolehkah anggap homestay macam rumah sendiri?

Penyewa 2
Penyewa yang ini pula tiada masalah sangat. Sewa homestay untuk tumpang masak, sebab penyewa ini buat katering, ambil tempahan masak. Yang masalahnya ialah 4 biji tong gas nya yang di letak di luar rumah hilang dicuri orang. Pagar dawai homestay kawan saya ini pun jadi mangsa bila si pencuri potong sampai berlubang sebab nak masuk curi tong gas itu.

Yang malangnya bila kawan saya ini lupa pula nak potong duit deposit penyewa tu (duit deposit homestay cuma dipulangkan bila tiada kerosakan semasa menginap di homestay). Patutnya deposit tak dipulangkan sebab dawai pagar tu rosak disebabkan kecuaian penyewa homestay tinggalkan gas di luar rumah kan?

Apa nak buat, memang dah rezeki si penyewa tu lah jawabnya.


Penyewa 3
Penyewa yang ini nampak intelek dan pendiam sikit. Sewa homestay untuk 2 hari 1 malam saja. Yang 'menariknya', kata kawan saya si pemilik homestay tu, bila dia datang masa penyewa tu nak check out, didapati semua (semuaaaaa) lampu terpasang, baik lampu dalam mahupun lampu luar rumah. Kawan saya tu pelik (mana tak pelik, lampu dalam dan luar rumah terpasang sedangkan masa tu pukul 12 tengahari, memang terang benderang!) tapi tak cakap apa lah.

Bila dengar cerita kawan saya ni, saya terus buat andaian (tak baik tau buat andaian ni, tapi nak buat macam mana, itu yang terlintas di hati time tu!) yang si penyewa tu mungkin rasa dengan pasang semua lampu luar dan dalam baru berbaloi kot dia bayar mahal untuk homestay tu. Boleh ke buat andaian macam ni?

Anda pengusaha homestay? Klik di sini untuk ketahui tips-tips menguruskan homestay!

Sekarang ini kata kawan saya ni, dia tak berapa nak aktif iklankan homestay nya tu. Sebab penat nak uruskan , terutama bila penyewa cuma sewa untuk 2 hari 1 malam.

Itulah adat buat bisnes, kalau hendak duit lebih, lebihkan usaha, lebihkan rajin, dapatlah duit lebih. Tak sama dengan kerja makan gaji yang setiap hujung bulan duit tetap masuk ke akaun bank.

Memang peluang bisnes ada untuk semua orang, tapi bukan semua orang boleh buat bisnes!





3 comments:

  1. HOMESTAY MURAH DI KUANTAN ( 013-3604802 )..adalah .Ustaz Homestay Kuantan...... menawarkan penginapan sebuah rumah RM150 semalam....penginapan Dua malam RM 250....Penginapan Tiga malam RM 350.......kami menawarkan penginapan malam keempat dan seterusnya cuma tambah RM 50 semalam....TERIMA KASIH kerana anda membaca hebahan ini.

    ReplyDelete
  2. HOMESTAY MURAH DI KUANTAN ( 013-3604802 )..adalah .Ustaz Homestay Kuantan...... menawarkan penginapan sebuah rumah RM150 semalam....penginapan Dua malam RM 250....Penginapan Tiga malam RM 350.......kami menawarkan penginapan malam keempat dan seterusnya cuma tambah RM 50 semalam....TERIMA KASIH kerana anda membaca hebahan ini.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..
    Tumpang iklan ye admin..

    Homestay Sri Nusa di Gelaang Patah, Johor. RM230 semalam je. Dekat dengan Legoland, Medini Mall, pusat pentadbiran Nusajaya, Puteri Harbour, pelabuhan Tanjung Pelepas dan Forest City.

    >>www.homestaysrinusa.blogspot.com>> atau <>

    ReplyDelete