Malam tahun baru 2016 : Ke mana kita?

Thursday, December 31, 2015 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera....


Tinggal kurang dari 24 jam saja lagi sebelum kita melangkah ke tahun baru 2016.

Malam tahun baru selalunya saya di rumah saja. Kalau nak tengok persembahan bunga api, tak perlu nak ke KLCC sebab jenguk keluar tingkap rumah dah nampak KLCC dari situ :)

Apa plan malam tahun baru anda?

Credit : astroawani


Sempena malam tahun baru ini, KTMB akan melanjutkan perkhidmatan komuter sehingga pukul 1:30 pagi pada tengah malam esok. Kebiasaannya, komuter terakhir ialah pada jam 10:35 malam kan. (Betul kan? Saya pun dah lama tak naik komuter ni)

Perkhidmatan komuter yang akan dilanjutkan hingga jam 1:30 pagi itu bukan untuk semua laluan, tapi hanya untuk laluan KL Sentral-Rawang, Putra-Seremban dan Putra-Pelabuhan Klang. Untuk itu, lima stesen iaitu Putra, Bank Negara, Kuala Lumpur, KL Sentral dan Bandar Tasik Selatan akan beroperasi hingga tren komuter yang terakhir.

Bagi pengguna laluan-laluan ini dan yang ada plan balik lewat di malam tahun baru, boleh lah download jadual tren tambahan di link ini.

Pihak Prasarana Malaysia Berhad juga mengumumkan perkhidmatan LRT dan monorel di beberapa stesen utama akan dilanjutkan antara jam 12:30 tengah malam hingga jam 2 pagi , dan perkhidmatan bas RapidKL juga dilanjutkan sehingga jam 2:30 pagi di laluan terpilih.

Perkhidmatan di stesen-stesen berikut akan dilanjutkan hingga jam 12:30 tengah malam:
- Stesen LRT Hang Tuah dan Bandaraya bagi laluan Ampang
- Stesen KL Monorail Hang Tuah

Perkhidmatan di stesen-stesen berikut akan dilanjutkan hingga jam 2 pagi:
- Stesen LRT Masjid Jamek bagi laluan Ampang
- Stesen LRT Masjid Jamek dan KLCC bagi laluan Kelana Jaya
- Stesen AirAsia-Bukit Bintang bagi laluan KL Monorail


Antara acara menarik sambutan tahun baru 2016 di sekitar Kuala Lumpur ialah:

Acara : Kuala Lumpur Berselawat Wilayahku Ceria
Tempat : Dataran Merdeka
Masa : 8:30 malam hingga 10:30 malam
Anjuran : Yayasan Pendidikan Cheras & Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan


Acara : Pertunjukan Cahaya Laser & Kesan Bunyi
Tempat : Esplanade KLCC Park
Masa : 9 malam
Anjuran :  KLCC (Holdings) Sdn Bhd


Acara  : Karnival Sambutan Tahun Baru 2016
Tempat : Taman Tasik Titiwangsa
Masa : 10:00 pagi hingga 12:30 tengah malam


Acara : Hiburan keluarga ( persembahan badut, lukisan muka, beatboxing, silap mata jalanan, tarian, persembahan muzik, pertunjukan bunga api)
Masa : 6 petang
Anjuran : 1 Mont Kiara


Selamat Menyambut Tahun Baru 2016!




0 comments: