Cuti sekolah : Jom tinggalkan gajet sekejap! (....boleh ke?)

Tuesday, December 22, 2015 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera....

Cuti sekolah masih berbaki 2 minggu. Bagi yang ada anak-anak yang masih bercuti, masih sempat lagi kalau nak rancang bercuti ke mana-mana tempat menarik dalam masa 2 minggu ini. Dan kalau boleh, pesan pada anak-anak supaya tinggalkan gajet di rumah semasa pergi bercuti, boleh?

Sepanjang cuti sekolah ini, saya memang dapat 'tugas khas' melayan anak-anak saudara yang sedang bercuti sekolah tadika. Memang setiap hari ada saja 'rancangan' yang mereka dah sediakan untuk saya. Dan rancangan itu semesti nya lah agenda utamanya ialah bermain!

Bermula pada waktu pagi, macam wajib pula nak kena main game 'Flying Chess' . Dan kalau main permainan ini memang tak sah kalau tak bergaduh. Mana tak bergaduh nya, budak-budak ini kalau main mesti nak menang. Kalau saya yang menang atau saya 'nampak' macam nak menang, mula lah mereka tarik muncung panjang!

Lepas main game 'Flying Chess' beberapa round (sampai budak-budak ini menang dan puas hati!), ada lagi 'tugasan' seterusnya untuk saya. Kena main pula permainan jigsaw puzzle. Mereka akan ambil jigsaw puzzle yang mudah, saya diberinya jigsaw puzzle dengan gambar yang susah. Siapa siap habis cantum puzzle dulu, dia yang menang. Dan, macam biasa lah, mesti makcik nya (saya lah tu!) yang hebat ini akan menang. Dan macam biasa juga, budak-budak akan tidak puas hati dengan saya, kata saya main tipu. Err, macam mana nak tipu main jigsaw puzzle?

aktiviti cuti sekolah
Main jigsaw puzzle
aktiviti cuti sekolah
Main jigsaw puzzle



Tak berhenti di situ, sambung pula permainan yang lain. Main kad permainan Uno versi 'Frozen'. Untuk mengelak rasa tak puas hati budak-budak ini kalau saya yang menang lagi, saya pun main saja lah ikut peraturan mereka. Dan pastinya senyuman lebar bila mereka menang!

Adakah sampai di situ saja 'tugasan' saya? Tidak, ada lagi 'tugasan' seterusnya. Permainan seterusnya ialah permainan congkak. Bukan main suka lagi bila mereka dapat 'makan' guli-guli saya yang banyak itu untuk penuhkan rumah mereka!

Masih belum penat bermain, sambung pula dengan permainan uji minda. Main game 'Hang Man'. Tau kan game ni? Ala, game yang isi tempat kosong dengan huruf dan kalau tak dapat teka sampai habis lukis hang man tu kira kalah lah. Kadang-kadang itu saya terkejut juga dengan perbendaharaan kata anak-anak saudara saya ini. Kalau nak dibandingkan dengan usia mereka yang masih di sekolah tadika, memang hebat sebab banyak juga perkataan canggih yang mereka tahu. Penat main 'Hang Man', sambung pula dengan permainan cari perkataan atau gambar tersembunyi. Memang mengyji minda betul!

Perasan tak permainan di atas semuanya permainan konvensional dan tradisional?

Flying Chess, Jigsaw Puzzle, Uno, Congkak, Hang Man, Cari Gambar Tersembunyi

Mesti ada yang kata 'ala boringlah main game macam ni!'. Cuba dulu, baru tahu. Baru tahu seronoknya dapat tinggalkan gajet dan main permainan yang ada interaksi dengan manusia yang lain!

Bagus juga sekali-sekala mereka tinggalkan sekejap gajet seperti  iPod dan tablet.

Bagus juga sekali-sekala mereka tinggalkan sekejap dari tonton Robocar Poli, Chibi Maruko Chan, Phineas & Ferb di tv.

Kira nya tidaklah 24 jam seharian mengadap gajet dan tv semasa cuti sekolah ini kan.

Hari ini saya dapat 'tugasan' baru. Main permainan 'Monopoly Star Wars'

main game monopoly
'Tugasan' terbaru saya, game Monopoly Star Wars


Layan kan saja lah ya!




 

0 comments: