Mansuhkan undang-undang khalwat : Apa motif G25?

Tuesday, December 08, 2015 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Kumpulan G25 gesa hapuskan hukuman terhadap perbuatan khalwat. Gesaan yang sangat mengejutkan. Dah tiada kerja lain nak dibuat atau di fikirkan agaknya?


"Perbuatan khalwat di tempat peribadi adalah dosa peribadi antara pelakunya dengan Allah ekcuali jika dilakukan di kawasan awam, namun Malaysia adalah satu-satunya negara yang menjatuhkan hukuman terhadap kesalahan itu." - Jurucakap G25, Datuk Noor Farida Ariffin
“Ini bertentangan dengan Islam. Apa orang buat di dalam rumah sendiri, anda tidak boleh ketuk pintu pada pukul 3 pagi dan menahan mereka, ini bertentangan dengan prinsip perundangan Islam, dosa peribadi adalah antara diri sendiri dengan Allah" - Jurucakap G25, Datuk Noor Farida Ariffin
"Anda boleh masuk neraka atau tidak, atau apa sahaja tetapi bukan urusan undang-undang menghukum anda ke dalam penjara kerana melakukannya secara privasi di rumah, bukan taman awam" - Jurucakap G25, Datuk Noor Farida Ariffin

Kenyataan ini dikeluarkan guna dalil atau ikut nafsu?

Memetik kata-kata Pencetus Ummah Rahmat, mungkin perkara yang disebutkan oleh PU seperti di bawah ini tidak terfikir di otak bijak pandai Kumpulan G25:

Sumber : FB Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan


Sungguh menyedihkan gesaan begini di buat oleh seorang yang beragama Islam. Sudah hilangkah rasa takut kepada Tuhan hingga sanggup mempersoalkan hukum yang telah disyariatkan? Harus diingat, murka Allah akan turun kepada seluruh alam, bukan hanya kepada 'si bijak' yang keluarkan kenyataan bodoh tak berapa nak bijak ini.

Selepas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia menjadi sasaran baru-baru ini (gesaaan G25 supaya JAKIM dimansuhkan), kini G25 beralih kepada 'memperjuangkan' para peng 'khalwat' pula.

Apa agaknya agenda tersembunyi di sebalik kenyataan-kenyataan G25 kebelakangan ini?








0 comments: