Throwback 2015 : Cerita Saya

Wednesday, December 30, 2015 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera....

Tahun 2015 kini hampir sampai ke penghujungnya....

Saya nak kongsikan antara yang menarik sepanjang diari 2015 saya, sudi-sudikan lah membaca ya!


1. Bercuti di Perth, Australia

Seronok. Mendamaikan. Perth pada saya sebuah tempat yang tidak sesibuk KL, masih terpelihara daripada pembangunan yang pesat, masih banyak yang boleh diterokai. Sesuai untuk semua peringkat umur sebab ada Adventure World untuk kanak-kanak/dewasa, ada The Pinnacle Desert untuk dewasa (saya rasa semua orang akan rasa takjub kalau datang ke sini!), ada Caversham Wildlife Park untuk semua golongan, ada Freemantle untuk penggemar seafood yang sangat segar, ada deretan pantai dan laut yang luas saujana mata memandang, ada E-Shed market untuk yang gemar barang-barang cenderamata dan macam-macam lagi. Kalau diberi peluang, adakah saya akan kembali bercuti di Perth? Sudah tentu!


Makan dan makan lagi

Shopping tak hingat...

Best photo of the year! (perasan sendiri!)

Seronok mandi manda dan ber adventure di sini

Speechless scenery, Photo taken by the best photographer = me

Photo taken by the best photographer = me (again)



2. Berhenti kerja!
Setelah percubaa pertama untuk berhenti kerja pada tahun 2010 gagal (saya sendiri yang menggagalkannya hahaha!) sebab mungkin saya tak cukup kuat nak serahkan surat berhenti kerja, saya akhirnya berjaya juga hantar notis berhenti kerja itu pada hari Jumaat, 28 Mac 2015. Ramai yang menentang keputusan saya, siap persoalkan macam mana saya nak hidup lepas berhenti kerja. Tak kurang juga yang menakutkan saya dengan kata-kata yang ekonomi bakal terjejas 2015 ini, harga barang naik , kos sara hidup tinggi dan lain-lain lagi. Memang waktu itu saya tiada plan khusus apa yang yang saya akan buat lepas berhenti kerja nanti. Tapi saya sedar selagi saya tangguh keputusan berhenti kerja dan tunggu sampai plan berjaya, memang sampai bila lah surat berhenti kerja tu terperuk dalam laci di pejabat.

Tinggal kenangan...


Memang bukan senang nak hantar surat berhenti kerja itu. Menggigil tangan ok! Siap nangis lagi dalam kereta masa drive balik kerja tu. Bukan sebab saya rasa saya dah ambil tindakan yang salah. Tapi sebab saya dah lama betul kerja di situ dan memang sayang nak tinggalkan tempat jatuh lagi dikenang itu. Seteleh hantar notis berhenti kerja 3 bulan, hari terakhir saya bekerja ialah pada 17 Jun 2015. Betul-betul sehari sebelum 1 Ramadhan. Memang itu yang dirancangkan. Bulan puasa yang sungguh aman tahun ini. Hari Raya yang sungguh seronok dan tenang tahun ini. Tiada lagi panggilan tengah malam dari pejabat!

Kini setelah lebih 6 bulan berhenti kerja, saya tak menoleh ke belakang lagi. Memang pendapatan saya kini jauh berkurang daripada gaji saya semasa kerja pejabat dulu. Tapi yang penting saya gembira. Saya buat apa yang boleh menggembirakan hati. Bukan hati saya seorang, tapi hati semua orang di sekeliling saya. Keluarga saya.


3. Blog dan bisnes sendiri 
Berhenti kerja beri saya banyak peluang untuk buat perkara yang saya suka. Apa yang saya suka? Saya suka menaip. Ok, jangan ketawa. Saya memang suka menaip. Tapi tidaklah mempunyai kelajuan menaip yang sangat hebat. Saya menaip biasa-biasa saja. Masa kecil duli, hadiah harijadi yang minta ialah typewriter. Sampai sekarang saya masih simpan typewriter itu.

Asalnya nak buat heading blog macam ni, Tapi tak jadi.
Ada problem yang sampai sekarang tengah cari solutionnya...

Blogging memberi saya banyak peluang untuk menaip. Blog saya tidak lah bagus mana. Masih banyak kekurangan yang saya kena baiki. Tapi saya gembira tulis blog. Itu kata kunci nya, Buat perkara yang kita gembira.

Selain blogging, saya juga ada usahakan bisnes sendiri. Bisnes apa tu? Biarlah rahsia, Kenapa nak rahsia-rahsia. Rahsia sebab bisnes baru bertatih. Macam budak baru belajar. Bila buat bisnes, kalau rasa nak duit lebih, kena lebihkan usaha dan promosi, Kalau rasa dah kaya macam penat, kurangkan usaha. Boleh ek macam ni? Sampai bila nak maju? Maksud saya, bila buat bisnes sendiri, semuanya terpulang kepada kita macam mana nak berjaya. Beza dengan kerja pejabat, tiap hujung bulan ada duit gaji masuk.



Itu antara 3 perkara besar dalam diari 2015 saya. Cerita saya untuk tahun 2015.

Cerita anda bagaimana?




0 comments: