Promosi hebat pinjaman peribadi Bank Rakyat

Saturday, December 19, 2015 Ana 2 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Pengajaran hari ini / lessons learnt today.

Sila baca dengan teliti apa-apa yang dilaporkan dalam suratkhabar bagi elakkan sebar berita yang tak betul!

Bank Rakyat tawar promosi pembiayaan peribadi

Pagi tadi saya baca berita pasal promosi pinjaman peribadi oleh Bank Rakyat. Saya baca bukan sekali, tapi dua tiga kali sebab tak percaya dengan apa yang saya baca.

Wah, buat pinjaman peribadi RM100,000 untuk 10 tahun, bayaran bulanan RM38 je! Kalau pinjam RM150,000 pula, bayaran bulanan RM56 je!

Saya pun sibuk lah cerita pada emak dan whatsapp kawan-kawan pasal promosi terlajak hebat dari Bank Rakyat ini.

pinjaman peribadi bank rakyat


Lepas itu, petang tadi saya terfikir-fikir balik, kelogikan cerita saya yang saya dah sebarkan tu.

Eh, takkan lah pinjam RM100,000 bayar RM38 je sebulan? Kalau RM38 sebulan, setahun baru RM456. Lepas 10 tahun baru RM4,560. Rugi lah Bank Rakyat kalau macam tu! 

Lepas baca balik berita tu, baru lah rasa nak ketawa sorang-sorang;

"Bank Rakyat menawarkan promosi kadar keuntungan istimewa yang telah diturunkan kepada 4.99 peratus untuk tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun kepada pelanggan pembiayaan peribadi sektor swasta."
"Menurut Bank Rakyat, kempen yang terbuka kepada pelanggan baharu dan sedia ada tersebut menawarkan penjimatan sebanyak RM38 sebulan bagi pembia­yaan sebanyak RM100,000 untuk tempoh 10 tahun."
"Katanya, bagi pembiayaan sebanyak RM150,000 pula, pelanggan bakal menikmati penjimatan sebanyak RM56 sebulan bagi tempoh yang sama. "

Nampak tak kata kunci nya kat situ (amboi, macam cikgu pula)? Kata kunci nya ialah 'penjimatan' !

Bukannya bayar bulanan RM38 saja , tapi bayar dengan bayaran yang telah dikurangkan RM38!

Err, saya sorang saja kot yang tak perasan ayat ni?

Tapi memang menarik tawaran promosi pinjaman peribadi Bank Rakyat ni. Selalunya interest rate personal loan dalam 6% hingga 8% ke atas kan. Interest rate pinjaman peribadi yang rendah dalam promosi Bank Rakyat ini memang menarik. Memang selalu nya itu lah antara perkara utama yang pemohon cari dalam hal buat pinjama peribadi ini, selain daripada proses buat pinjaman peribadi yang mudah dan cepat diluluskan.

Siapa yang ada rancangan nak buat pinjaman peribadi boleh lah cepat-cepat ke Bank Rakyat atau hubungi pusat panggilan tele-Rakyat di talian 1300805454 atau layari laman web Bank Rakyat untuk maklumat lanjut mengenai cara-cara buat pinjaman peribadi ini.

Promosi ini tak lama, bermula dari November hingga Januari 2016 sahaja. Pemohon yang buat pinjaman peribadi semasa kempen promosi ini sekaligus layak sertai Kempen Realizing Dreams oleh Bank Rakyat. Kalau bernasib baik, boleh menang hadiah utama iaitu dapat pinjaman peribadi percuma! Menarik tu!

Tapi apa-apa pun, kena fikir panjang lah sebelum buat sebarang pinjaman peribadi. Kalau tiada keperluan sangat nak guna duit, tak perlu lah nak menyusahkan diri dan menambahkan hutang buat pinjaman peribadi. Pinjaman peribadi kan termasuk dalam senarai sebagai salah satu jenis 'hutang tak baik' selain kad kredit.

Selamat menambah hutang mencuba ya! Mana lah tahu, hadiah utama pinjaman peribadi percuma akan jadi milik anda!




2 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete