Kedai mamak tak kena GST?
Assalamualaikum & salam sejahtera...
"Kalau setakat kedai mamak, mana kena GST!" (Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar)
Betul ke kedai mamak tak kena GST? Boleh dengar sendiri kata-kata Datuk Seri Noh Omar di video klip ini, yang dirakamkan semasa forum Masa Depan Malaysia Ke Arah Wawasan 2020 pada 2 Disember lalu di Unisel Shah Alam.
Biar betul kedai mamak tak kena GST? Mungkin video klip itu tidak lengkap dan ada lagi sambungan nya kata-kata Datuk Seri itu. Tapi kalau betul lah Datuk Seri tidak tahu yang kedai mamak pun mengenakan GST, saya pun tak tau nak komen apa lagi. Mungkin Datuk Seri boleh rekomenkan kepada orang ramai kedai mamak mana yang tidak kenakan GST tu!
Mungkin kedai mamak itu tidak cukup tangan layan pelanggan selepas ini!
Kedai mamak yang saya kunjungi bukan setakat kenakan GST, tapi dalam setahun ini saja dah 2 kali naik harga makanan/minumannya. Kali pertama minum pagi di kedai mamak selepas perlaksanaan GST, terkejut dengan harga yang pelik ada sen-sen (sebab ditambah GST), tapi terima juga lah sebab tahu pasal GST. Dalam beberapa minggu lepas itu, harga berubah lagi, kali ini harga tidak lagi pelik. Saya pula yang pelik sebab harga makanan dan minumannya dah tidak dikenakan GST lagi. Kali ketiga bertambah pelik sebab kali ini, harga makanan dan minuman dah naik, dan ditambah pula dengan GST!
Selepas itu, memang hanya sebulan atau 2 bulan sekali saja saya ke kedai mamak.
Sebab itu saya nak sangat lah tahu kat mana kedai mamak tak kena GST tu!
0 comments: