Anak Palestin dan Anak Malaysia

Friday, December 04, 2015 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Salam hari Jumaat, salam sayyidul ayyam...

Jom kita saksikan satu video yang di share kan di FB. Memaparkan keberanian seorang anak gadis penduduk Gaza yang lantang bersuara kepada seorang jurucakap tentera rasmi Israel.

Saya tonton video ini di waktu malam. Disebabkan tak mahu mengganggu orang lain jika saya kuatkan volume, saya tak berapa nak dengar suara anak kecil ini.

Tapi, percayalah. Tanpa mendengar suara pun anda akan rasa cukup gerun dan berkobar-kobar melihatkan semangat keberanian anak-anak syurga ini. Mampu kah anak-anak Malaysia menjadi seberani itu?

Tonton di bawah atau sila klik di sini.




Saya yakin, tiada seorang pun yang tidak akan terkesan di hati selepas menonton video ini!

Terkesan tapi tiada tindakan tak guna juga kan. Buat lah apa yang termampu. Hulurkan bantuan anda sama ada dari segi barang keperluan, perubatan, atau pun bantuan dengan memboikot barangan Israel (sila jangan boikot bermusim ya. Peringatan untuk diri saya sendiri juga!).

Kita mungkin tidak mampu mengangkat senjata, tapi kita masih mampu mengangkat tangan berdoa kan.

"Sesungguhnya doa itu adalah senjata bagi orang mukmin"

0 comments: