Jom shopping di KL YES 2015!

Saturday, December 19, 2015 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera,,,,,

Jualan hujung tahun, Year End Sale (YES) 2015 kini telah bermula.

Mulai 18 Disember sehingga 20 Disember, KL YES 2015 yang diadakan di PWTC akan dibuka dari jam 8 pagi sehingga jam 12 malam. KL YES 2015 yang  menghimpunkan peniaga online dan offline di bawah satu bumbung ini menawarkan pelbagai produk yang menarik dan terkini.



Di kala ekonomi tidak menentu dan kos sara hidup semakin meningkat, masih adakah lagi orang yang berminat nak bershopping?

Ada. Malah KL YES 2015 mungkin salah satu cara untuk anda membeli belah dengan lebih jimat dan harga yang berpatutan.

50,000 goodie bags disediakan untuk para pengunjung KL YES 2015 ini. Mungkinkah telah habis kesemuanya di hari pertama lagi?

Antara 297 produk berjenama yang akan menawarkan harga promosi dan diskaun terhebat di KL YES 2015 ini ialah Naelofar, Jubah Souq, Sugarscarf, Tudung People, Rina Salleh, Sincerely bu Us Shawls, Cala Qisya, Radiusite, Fynn Jamal RTW, Furby & Sugar, serta turut disertai oleh selebriti seperti juara Gegar Vaganza Siti Nurdiana, Nora Danish dan Emma Maembong.

Sebuah Mercedes Benz SLK 200 bakal dimenangi oleh individu yang bertuah dengan hanya berbelanja serendah RM197 di mana-mana booth festival di bawah jenama Mood Republik.

Jubah Souq di KL YES 2015
Sumber : Instagram Jubah Souq


Bagi peminat jilbab Azreeen Azmi, pun boleh dapatkan yang jilbab terkini di KL YES 2015 ini. Saya tengok di berita tadi ada Azreen Azmi ditemubual mengenai KL YES 2015. Azreen Azmi seingat saya ialah seorang peguam (maaf ya jika saya tersilap) yang kemudiannya membuka kilang rekaan jilbab nya sendiri setelah mendapat motivasi menyertai seminar Dr Azizan Osman. Kagum juga bila saya dengar sendiri cerita Azreen Azmi ini semasa menghadiri seminar Dr Azizan bulan Januari yang lepas.

Azreen Azmi Jilbab di KL YES 2015
Sumber : Instagram Azreen Azmi


Bagi yang jauh dari KL tapi teringin nak beli barang-barang menarik di KL YES 2015 ini, jangan risau sebab ada khidmat Personal Shopper disediakan! Boleh tengok maklumat lanjut mengenai personal shopper di FB Mood Republik di sini.

Adakah PWTC akan sesak diserbu hujung minggu ini?

KL YES 2015
Sumber : FB Mood Republik


Selamat membeli-belah!




0 comments: