Kelantan haramkan vape mulai 1 Januari 2016

Thursday, December 17, 2015 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Selepas Johor, kini Kelantan pula ikut jejak langkah yang sama.

Selepas membuat keputusan penggantungan jualan vape di negeri Kelantan pada 2 Disember yang lalu, semalam kerajaan negeri telah membuat keputusan mengharamkan penjualan vape di Kelantan berkuatkuasa 1 Januari depan.

Peniaga vape di Kelantan diberi notis 14 hari untuk menghentikan jualan vape dan mengosongkan premis. Kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan premis mereka.

peniaga vape berisiko muflis


Menurut peniaga vape di Kelantan, mereka berisiko muflis disebabkan notis 14 hari yang singkat dan mereka memerlukan masa untuk mencari modal memulakan perniagaan baru.

Ke mana langkah peniaga vape di Kelantan selepas ini?







0 comments: