Cerita hari ini: Langit tidak selalunya cerah

Saturday, December 26, 2015 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera....






Langit tidak selalunya cerah.

Pengalaman hari ini. Tayar pecah tengah jalan.

Hari ini saya ke Bangi, ada urusan. Cadangnya nila balik dari Bangi nanti nak singgah di Fizomawar Kitchen. Tapi itu lah, hajat tak kesampaian.

Masa dalam perjalanan balik tu, saya memang dah rasa pelik sikit masa memandu. Rasa macam tak best. Saya ingatkan mungkin sebab jalan raya tu yang tak rata dan berlekuk-lekuk. Tapi tak kan sepanjang jalan macam tu? Disebabkan tak berapa nak peka dan beringat nak periksa apa yang patut kat kereta, saya terus juga drive sampai lepas tol Sg Besi.

Makin lama makin rasa tak sedap hati nak drive.

Akhirnya, lepas saja drive melepasi Bandar Tasik Selatan dan melalui kubur cina di sebelah kiri, tiba-tiba dengar bunyi meletup! Saya dan mak (nasib baik ada mak yang teman kan!) pun tunggu apa lagi, jom panik!

Saya pasang lampu lip-lap kecemasan dan berhenti di tepi jalan. Pergi check tayar belakang, memang kempis habis, pecah! Mak saya pun tolong call kan pakcik saya minta bantuan. Syukur sangat bila pakcik saya kata duduk diam-diam kat situ tunggu di sana, dia akan datang tolong.

Ada beberapa perkara yang buat saya lagi risau sementara tunggu pakcik saya sampai:

1. Masa saya berhenti kan kereta di tepi jalan, ada seorang lelaki naik motorsikal turut berhenti di belakang kereta saya. Saya intai melalui cermin, nampak dia tengah bercakap di telefon. Saya cuak. Kenapa dia berhenti belakang kereta saya pada masa yang sama? Mungkin ada emergency kot nak kena jawab call, sebab tu berhenti tepi jalan. Tapi, berhenti tepi jalan belakang kereta saya pada masa yang sama saya berhenti bila tayar pecah?

2. Tunggu di tepi jalan di tengah-tengah lebuhraya dengan banyak kenderaaan yang pandu dengan laju adalah sangat menakutkan, Mula lah saya teringat-ingat kembali kisah kemalangan-kemalangan  yang berlaku pada kenderaan yang berhenti di tepi jalan. Memang seriau bila lori besar lalu di tepi kereta saya!

3. Ok yang ketiga ini lagi merisaukan saya. Setelah lelaki naik motor yang berhenti di belakang kereta saya itu berlalu pergi, dalam 15-20 minit kemudian tiba-tiba datang seorang lagi lelaki dan berhenti di depan kereta saya. Oh, apa pula kali ini? Dia turun dari motor dan datang ke tepi cermin tingkap saya. Saya mula panik. Dari gerak mulutnya saya dapat faham yang katanya dia boleh tolong tukarkan tayar yang pancit itu. Dan yang saya dengar jelas ialah katanya 'boleh ikut ke bengkel saya, saya ada bengkel' Oh memang tidak lah saya akan ikut! Saya cuma menggeleng kepala dan buat isyarat yang saya dah call untuk bantuan. Lelaki itu kemudiannya pergi ke motorsikalnya dan duduk menunggu di situ sambil memandang-mandang ke arah saya dan emak. Hampir 10 minit juga dia di situ kemudian baru berlalu pergi. Alhamdulillah!


Pakcik saya yang baik hati sampai kira-kira 10 minit kemudian. Selesai tukar tayar, saya pun pandu balik ke rumah dan pergi ke kedai tayar yang terdekat.

'Hasilnya' ialah, 4 biji tayar baru 'sempena menyambut tahun baru'!



Syukur sangat atas nikmat-Nya:

1. Tidak berlaku perkara buruk kepada saya dan emak semasa menunggu pakcik sampai.

2. Allah datangkan pertolongan melalui pakcik saya.

3. Masih punyai rezeki untuk mengganti tayar baru.

Saya cuba bayangkan, macam mana kalau tayar kereta saya pecah di waktu malam, ketika saya seorang saja dalam kereta, dan saya berhenti di tepi lebuhraya yang berdekatan dengan kawasan hutan dan kubur cina, dan tiba-tiba ada seorang lelaki yang tidak dikenali naik motorsikal berhenti depan kereta saya , ketuk cermin tingkap hendak membantu?

Ok, saya berhenti di sini, saya tak sanggup nak bayangkan!

Pengajaran untuk diri sendiri : Tolong belajar cara-cara tukar tayar selepas ini ya!




0 comments: