3 bukti manusia berhati mulia masih wujud di dunia ini..
Assalamualaikum & salam sejahtera,,,
3 bukti masih ada manusia berhati mulia di zaman moden ini.
Dalam keadaan ekonomi tidak menentu dan harga macam-macam barang dan keperluan naik tak turun-turun, masih ada lagi insan berhati mulia yang letakkan kepentingan orang lain mendahului diri sendiri.
Muhammad Waliuddin Chia Chen
Siapa yang tak kenal dengan pemuda mualaf yang kisahnya menjual donut dengan harga 10 sen di Flat Maluri Cheras viral di media sosial ini?
Sejak kisahnya tersebar, rezeki pemuda yang pemurah dan kaya dengan senyuman ini semakin melimpah ruah.
Exco sebuah pertubuhan telah menderma peralatan dapur untuk kemudahan memasak beliau
Permintaan donut bertambah dari 1000 biji sehari kepada 1500 biji sehari.
Dijemput ke sebuah stesen televisyen yang menyiarkan secara langsung beliau memasak donut.
Yang paling istimewa, rezeki beliau murah bukan hanya pada wang ringgit dan peralatan dapur, malah rezeki jodoh nya juga bertambah murah bila ramai pula yang merisik khabar atau 'meminang' pemuda ini untuk dijadikan pasangan hidup!
Kata Waliuddin, dengan menjual donut dengan hara 10 sen, beliau mampu memperolehi keuntungan sekurang-kurangnya RM40 untuk sehari.
What you give , you get back. Memang betul kan, kalau kita ikhlas memberi, mencari rezeki secara halal dan berniat membantu orang lain, percayalah, rezeki yang tidak sangka-sangka akan datang 'mengetuk' pintu rumah kita...
Ikatan Silaturahim Brotherhood (Brotherhood)
Kumpulan anak muda ini istimewa kerana membuat sendiri kerja menurap jalan raya yang berlubang.
Menurut kumpulan ini, sejak menjalankan kerja-kerja menurap sejak lapan tahun yang lalu, sekurang-kurangnya telah RM50,000 duit perbelanjaan mereka sendiri telah digunakan untuk membeli bahan binaan dan peralatan.
Mana nak cari orang yang sanggup keluar belanja sendiri untuk turap jalan raya yang berlubang? Kita setakat mampu buat aduan dan merungut-rungut saja bila tiada tindakan dari pihak berwajib atau pihak berkuasa tempatan (PBT) kan?
Mungkin PBT perlu ambil contoh pihak berkuasa tempatan di Jepun yang lebih proaktif. Saya pernah tonton satu rancangan yang menunjukkan PBT di Jepun setiap malam akan membuat rondaan untuk memeriksam jalan-jalan yang AKAN mengalami kerosakan. Akan mengalami kerosakan tau, belum rosak lagi! aknanya peralatan mereka cukup canggih untuk kesan yang jalan itu akan mengalami kerosakan dan mereka akan betulkan sebelum sempat sebarang aduan dibuat oleh pengguna jalan raya.
Kalau pun kita tak mampu nak ikut langkah Jepun itu, mungkin PBT kita boleh cuba untuk memperbaiki turn around time (TAT) mereka dalam tempoh masa yang diambil untuk turap jalan raya yang berlubang. Jangan diikutkan sikap kita rakyat Malaysia yang selalu tunggu bencana berlaku baru nak ambil tindakan,
Mungkin PBT boleh fikirkan kenapa sampai ada sekumpulan masyarakat yang sanggup keluarkan duit sendiri untuk turap jalan?
Kafe dan Katering Nur Ikhwan, Shah Alam
"Makan sepuas hati, bayar ikut rasa hati". Bagus kan. Dalam pada keghairahan pengusaha restoran menaikkan harga makanan untuk meraih keuntungan, Kafe dan Katering Nur Ikhwan ini pula menawarkan konsep makan sepuas hati, bayar ikut rasa hati pada setiap hari Jumaat. Pelanggan boleh membayar mengikut keikhlasan mereka dan hasil itu akan didermakan kepada mereka yang memerlukan.
Sumber : Utusan Malaysia |
Macam tidak percaya ada restoran di bandar besar yang mampu memperkenalkan konsep begini. Mungkin pengusahanya faham yang keuntungan di dunia semata-mata tidak bermakna jika tiada keuntungan untuk dibawa sebagai bekalan di akhirat nanti.
3 bukti di atas tunjukkan masih wujud manusia berhati mulia yang mengutamakan kepentingan orang lain di atas kepentingan sendiri. Bukan setakat 3 ini sahaja, masih banyak lagi badan-badan bukan kerajaan dan orang perseorangan yang berhati mulia membantu mengurangkan beban masyarakat dengan cara mereke tersendiri.
Jom kita jadi manusia berhati mulia!
0 comments: