Selamat Tahun Baru 2016 !

Thursday, December 31, 2015 Ana 0 Comments




Assalamualaikum & salam sejahtera..

Tengah mengira detik 12 tengah malam ke?

Tengah tunggu nak jerit 'Happy New Year' ya?

selamat tahun baru 2016


Apa pun yang anda tengah buat sekarang ni, tahun baru akan muncul tak lama saja lagi.  Soalan yang biasa kita dengar bila datangnya tahun baru ialah:

 'Apa azam tahun baru?'

Soalan favourite untuk minggu ini.

Perlu ke berazam setiap masuknya tahun baru? Azam tahun lepas macam mana? Dah berjaya dicapai?

Bagi saya, azam saya untuk 2015 telah berjaya dilaksanakan. Azam saya untuk tahun 2015 : Berhenti kerja!

Tak perlu nak tunggu tahun baru pun sebenarnya kalau nak berazam buat sesuatu. Macam kata pengacara rancangan 'Nasi Lemak Kopi O' di tv7, Faizal Ismail (FBI) bila diajukan soalan apa azam tahun barunya. Kata FBI, dia tiada azam, dia hanya hadapi apa yang mendatang, go with the flow.

Beria-ia berazam pun tak guna juga kan kalau asyik carry forward azam tu dari setahun ke setahun. Mengikut kata Dato' Dr Fadzilah Kamsah dalam rancangan Forum Perdana Ehwal Islam tadi, berdasarkan kajian, 95% orang yang membuat azam tahun baru akan melupakan azam mereka selepas 2 atau 3 minggu. Tapi azam itu penting sebenarnya sebagai pembakar semangat kita nak capai sesuatu.

Nasihat Dr Fadzilah Kamsah tadi, kalau kita dah berazam, kita cuba amalkan tips-tips ini:

1. Azam kita itu kena terperinci. Contoh, azam nak kurus. Tak cukup buat azam macam itu. Kena lebih detail , contohnya : Saya nak kurus dengan cara ambil 1500 kalori sahaja dalam sehari dan saya akan buat senaman setiap hari selama 30 minit dengan target nak turunkan 5 kilo dalam masa 2 bulan. Ha, cukup detail kan!

2. Azam kita akan lebih mudah tercapai jika ada gambaran. Macam azam nak kurus tadi, cuba letakkan gambar kita zaman kita kurus dulu sebagai motivasi nak kurus. Atau beli baju yang kita teringin nak pakai tapi tiada saiz, gantung di almari dan tengok hari-hari, dengan azam kita nak kurus supaya suatu hari nanti kita boleh pakai baju itu!

3. Kongsi azam kita itu dengan ahli keluarga atau kawan-kawan yang boleh ingatkan kita. Contoh kalau kita nak kurus tapi sekali makan sampai 2 atau 3 pinggan, keluarga atau kawan kita boleh tegur atau perli-perli kita, "eh, kata nak kurus!"

4. Cuba amalkan perkara-perkara untuk capai azam kita itu selama 40 hari. Contoh kalau nak kurus, amalkan pemakanan seimbang dan senaman sekurang-kurangnya selama 40 hari. Mengikut kata Dr Fadzilah Kamsah, kalau sesuatu perkara itu kita buat selama 40 hari, baru InsyaAllah akan jadi tabiat. Contoh yang Dr berikan tadi, macam ibadat haji itu sebenarnya seminggu sahaja kan, tapi kita pergi haji selalunya 40 hari lebih, baru boleh jadi tabiat yang berterusan dalam amalkan ibadat.

Jom kita buat azam baru!



"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang merubah nasibnya"

Surah Ar-Ra'ad (ayat 11)



0 comments:

Kembali ke sekolah....

Thursday, December 31, 2015 Ana 0 Comments




Assalamualaikum & salam sejahtera.....


Dua tiga hari sebelum sesi persekolahan 2016 bermula dan kembali ke sekolah ini,  mesti ibu bapa sibuk hadiri sesi orientasi anak-anak yang masuk darjah satu kan.
Saya pun sempat pergi ke orientasi anak saudara di salah sebuah sekolah di Lembah Klang ini pagi tadi.




Teruja sebab sekolah saya pun berdekatan sekolah anak saudara ini, Rasa macam saya pula yang balik ke sekolah semula. Rindu zaman-zaman sekolah dulu.

Masa zaman sekolah dulu, tak payah nak risau fikir macam mana nak cari duit...

Masa zaman sekolah dulu, tak payah nak risau fikir esok nak pakai baju apa. Memang dah kena pakai uniform hari-hari kan,..

Masa zaman sekolah dulu, tak payah nak risau pasal harga minyak naik /turun, tak payah risau pasal harga barang naik, pasal GST, pasal ringgit jatuh merudum, pasal harga rumah melambung tinggi, pasal nak kena buat #2kerja untuk tampung kos sara hidup...

Tapi itu lah, masa sekolah dulu lah yang kita sibuk merungut banyak homework, banyak projek, banyak tuisyen, banyak ujian/exam, banyak itu dan ini nak kena buat. Lepas itu mulah kata, "kalau dah kerja kan senang, tak payah nak risau-risau dan pening-pening pasal homework, exam yang banyak ni!"

Bila dah mula bekerja , barulah tahu betapa seronoknya zaman sekolah tu, dan kalau boleh nak kembali semula ke sekolah rendah!

Selamat kembali ke sekolah ya adik-adik. Enjoy zaman sekolah ini sepuas-puasnya!




0 comments:

Malam tahun baru 2016 : Ke mana kita?

Thursday, December 31, 2015 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera....


Tinggal kurang dari 24 jam saja lagi sebelum kita melangkah ke tahun baru 2016.

Malam tahun baru selalunya saya di rumah saja. Kalau nak tengok persembahan bunga api, tak perlu nak ke KLCC sebab jenguk keluar tingkap rumah dah nampak KLCC dari situ :)

Apa plan malam tahun baru anda?

Credit : astroawani


Sempena malam tahun baru ini, KTMB akan melanjutkan perkhidmatan komuter sehingga pukul 1:30 pagi pada tengah malam esok. Kebiasaannya, komuter terakhir ialah pada jam 10:35 malam kan. (Betul kan? Saya pun dah lama tak naik komuter ni)

Perkhidmatan komuter yang akan dilanjutkan hingga jam 1:30 pagi itu bukan untuk semua laluan, tapi hanya untuk laluan KL Sentral-Rawang, Putra-Seremban dan Putra-Pelabuhan Klang. Untuk itu, lima stesen iaitu Putra, Bank Negara, Kuala Lumpur, KL Sentral dan Bandar Tasik Selatan akan beroperasi hingga tren komuter yang terakhir.

Bagi pengguna laluan-laluan ini dan yang ada plan balik lewat di malam tahun baru, boleh lah download jadual tren tambahan di link ini.

Pihak Prasarana Malaysia Berhad juga mengumumkan perkhidmatan LRT dan monorel di beberapa stesen utama akan dilanjutkan antara jam 12:30 tengah malam hingga jam 2 pagi , dan perkhidmatan bas RapidKL juga dilanjutkan sehingga jam 2:30 pagi di laluan terpilih.

Perkhidmatan di stesen-stesen berikut akan dilanjutkan hingga jam 12:30 tengah malam:
- Stesen LRT Hang Tuah dan Bandaraya bagi laluan Ampang
- Stesen KL Monorail Hang Tuah

Perkhidmatan di stesen-stesen berikut akan dilanjutkan hingga jam 2 pagi:
- Stesen LRT Masjid Jamek bagi laluan Ampang
- Stesen LRT Masjid Jamek dan KLCC bagi laluan Kelana Jaya
- Stesen AirAsia-Bukit Bintang bagi laluan KL Monorail


Antara acara menarik sambutan tahun baru 2016 di sekitar Kuala Lumpur ialah:

Acara : Kuala Lumpur Berselawat Wilayahku Ceria
Tempat : Dataran Merdeka
Masa : 8:30 malam hingga 10:30 malam
Anjuran : Yayasan Pendidikan Cheras & Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan


Acara : Pertunjukan Cahaya Laser & Kesan Bunyi
Tempat : Esplanade KLCC Park
Masa : 9 malam
Anjuran :  KLCC (Holdings) Sdn Bhd


Acara  : Karnival Sambutan Tahun Baru 2016
Tempat : Taman Tasik Titiwangsa
Masa : 10:00 pagi hingga 12:30 tengah malam


Acara : Hiburan keluarga ( persembahan badut, lukisan muka, beatboxing, silap mata jalanan, tarian, persembahan muzik, pertunjukan bunga api)
Masa : 6 petang
Anjuran : 1 Mont Kiara


Selamat Menyambut Tahun Baru 2016!




0 comments:

Throwback 2015 : Cerita Saya

Wednesday, December 30, 2015 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera....

Tahun 2015 kini hampir sampai ke penghujungnya....

Saya nak kongsikan antara yang menarik sepanjang diari 2015 saya, sudi-sudikan lah membaca ya!


1. Bercuti di Perth, Australia

Seronok. Mendamaikan. Perth pada saya sebuah tempat yang tidak sesibuk KL, masih terpelihara daripada pembangunan yang pesat, masih banyak yang boleh diterokai. Sesuai untuk semua peringkat umur sebab ada Adventure World untuk kanak-kanak/dewasa, ada The Pinnacle Desert untuk dewasa (saya rasa semua orang akan rasa takjub kalau datang ke sini!), ada Caversham Wildlife Park untuk semua golongan, ada Freemantle untuk penggemar seafood yang sangat segar, ada deretan pantai dan laut yang luas saujana mata memandang, ada E-Shed market untuk yang gemar barang-barang cenderamata dan macam-macam lagi. Kalau diberi peluang, adakah saya akan kembali bercuti di Perth? Sudah tentu!


Makan dan makan lagi

Shopping tak hingat...

Best photo of the year! (perasan sendiri!)

Seronok mandi manda dan ber adventure di sini

Speechless scenery, Photo taken by the best photographer = me

Photo taken by the best photographer = me (again)



2. Berhenti kerja!
Setelah percubaa pertama untuk berhenti kerja pada tahun 2010 gagal (saya sendiri yang menggagalkannya hahaha!) sebab mungkin saya tak cukup kuat nak serahkan surat berhenti kerja, saya akhirnya berjaya juga hantar notis berhenti kerja itu pada hari Jumaat, 28 Mac 2015. Ramai yang menentang keputusan saya, siap persoalkan macam mana saya nak hidup lepas berhenti kerja. Tak kurang juga yang menakutkan saya dengan kata-kata yang ekonomi bakal terjejas 2015 ini, harga barang naik , kos sara hidup tinggi dan lain-lain lagi. Memang waktu itu saya tiada plan khusus apa yang yang saya akan buat lepas berhenti kerja nanti. Tapi saya sedar selagi saya tangguh keputusan berhenti kerja dan tunggu sampai plan berjaya, memang sampai bila lah surat berhenti kerja tu terperuk dalam laci di pejabat.

Tinggal kenangan...


Memang bukan senang nak hantar surat berhenti kerja itu. Menggigil tangan ok! Siap nangis lagi dalam kereta masa drive balik kerja tu. Bukan sebab saya rasa saya dah ambil tindakan yang salah. Tapi sebab saya dah lama betul kerja di situ dan memang sayang nak tinggalkan tempat jatuh lagi dikenang itu. Seteleh hantar notis berhenti kerja 3 bulan, hari terakhir saya bekerja ialah pada 17 Jun 2015. Betul-betul sehari sebelum 1 Ramadhan. Memang itu yang dirancangkan. Bulan puasa yang sungguh aman tahun ini. Hari Raya yang sungguh seronok dan tenang tahun ini. Tiada lagi panggilan tengah malam dari pejabat!

Kini setelah lebih 6 bulan berhenti kerja, saya tak menoleh ke belakang lagi. Memang pendapatan saya kini jauh berkurang daripada gaji saya semasa kerja pejabat dulu. Tapi yang penting saya gembira. Saya buat apa yang boleh menggembirakan hati. Bukan hati saya seorang, tapi hati semua orang di sekeliling saya. Keluarga saya.


3. Blog dan bisnes sendiri 
Berhenti kerja beri saya banyak peluang untuk buat perkara yang saya suka. Apa yang saya suka? Saya suka menaip. Ok, jangan ketawa. Saya memang suka menaip. Tapi tidaklah mempunyai kelajuan menaip yang sangat hebat. Saya menaip biasa-biasa saja. Masa kecil duli, hadiah harijadi yang minta ialah typewriter. Sampai sekarang saya masih simpan typewriter itu.

Asalnya nak buat heading blog macam ni, Tapi tak jadi.
Ada problem yang sampai sekarang tengah cari solutionnya...

Blogging memberi saya banyak peluang untuk menaip. Blog saya tidak lah bagus mana. Masih banyak kekurangan yang saya kena baiki. Tapi saya gembira tulis blog. Itu kata kunci nya, Buat perkara yang kita gembira.

Selain blogging, saya juga ada usahakan bisnes sendiri. Bisnes apa tu? Biarlah rahsia, Kenapa nak rahsia-rahsia. Rahsia sebab bisnes baru bertatih. Macam budak baru belajar. Bila buat bisnes, kalau rasa nak duit lebih, kena lebihkan usaha dan promosi, Kalau rasa dah kaya macam penat, kurangkan usaha. Boleh ek macam ni? Sampai bila nak maju? Maksud saya, bila buat bisnes sendiri, semuanya terpulang kepada kita macam mana nak berjaya. Beza dengan kerja pejabat, tiap hujung bulan ada duit gaji masuk.



Itu antara 3 perkara besar dalam diari 2015 saya. Cerita saya untuk tahun 2015.

Cerita anda bagaimana?




0 comments:

Hujan lebat di Pantai Timur....

Tuesday, December 29, 2015 Ana 0 Comments




Assalamualaikum & salam sejahtera...

Sedih bila tengok peristiwa banjir besar di Kelantan dan Pahang dalam segmen throwback peristiwa-peristiwa sepanjang 2015 dalam Majalah 3 malam tadi.



Sekarang ini pun dikhabarkan hujan turun tidak berhenti di Kuala Krai, Kelantan. Begitu juga di Pahang dan Terengganu dengan beberapa keluarga mangsa telah dipindahkan ke pusat pemindahan banjir. Tak sanggup nak bayangkan sekali lagi gambaran seluruh Kuala Krai yang tenggelam dalam banjir besar bermula penghujung Disember  2014 hingga awal Januari 2015 yang lalu. Lagi tak sanggup nak bayangkan bila mangsa-mangsa banjir memandang sayu rumah mereka yang telah dihanyutkan air banjir dan tinggal tangga rumah saja.


Sumber : FB PU Rahmat


Bersama-sama lah kita doakan yang terbaik untuk keselamatan nyawa dan harta benda mereka yang terlibat dengan banjir ini....


Sumber : shafiqolbu.wordpress.com


0 comments:

Minggu akhir drama Tersuka Tanpa Sengaja

Monday, December 28, 2015 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Memang seperti yang dijangkakan, memang susah bila dah terfollow drama ni. Once followed, forever followed! (betul ke macam ni?). Susah bila tersuka tanpa sengaja ni!








Minggu ini minggu akhir drama Tersuka Tanpa Sengaja. Lepas minggu ini tak dapat lah nak tengok Dr Syed Arif dan Farhah asyik bergaduh lagi kan. Kalau baca novel Tersuka Tanpa Sengaja ini online, memang ada beza dengan drama adaptasi yang ditayangkan di tv sekarang ini.


Lakonan Amyra Rosli sebagai Katrina memang menjadi sebab mak saya menyampah tengok scene yang ada Katrina ni! Memang rimas tengok Katrina terhegeh-hegeh kejar cinta Syed, macam tiada lelaki lain dah kat dunia ni.

[Iklan] Mungkin Katrina kena belajar cara pikat lelaki di sini!

Saya pula geram tengok watak Farhah. Macam mana lah tak geram, asyik dok kata 'Syed tak cinta kan aku', 'Syed tak pernah cintakan aku', 'Syed ini..' 'Syed itu..' , sedangkan saya tengok dah macam-macam yang Syed buat yang menunjukkan Syed memang dah jatuh cinta dengan Farhah. Susah betul nak yakinkan si Farhah ini, kalau Syed tu tak sabar memang dah kena tinggal lah Farhah ni jawabnya!

Eh, saya terlebih emosional pula ya!

tersuka tanpa sengaja syed arif
minggu akhir tersuka tanpa sengaja

Lakonan Amar Baharin sebagai Syed memang macam betul-betul lakonan pada saya. Macam tak yakin langsung tak berapa nak yakin ada lelaki macam ini wujud kat dunia ini. Tersuka Tanpa Sengaja dalam masa yang singkat terus kahwin dan terus jatuh cinta. Lepas tu boleh sabar dengan karenah macam-macam Farhah. Ada kah lelaki sebegini baik di dunia ini? Mungkin ada ek? Yang pastinya Amar Baharin sangat nakal dalam drama ni!

Tanpa plot misteri macam Tuan Anas Mikael, drama Tersuka Tanpa Sengaja ini pada pendapat saya masih lagi sebuah drama yang menghiburkan. Drama baru yang akan ganti drama Tersuka Tanpa Sengaja mulai 4 Jan 2016 ini ialah satu lagi drama adaptasi novel karya Sha Ibrahim yang berjudul 'Sha dan Shah'. Saya tak pernah lagi nampak selingannya ditayangkan (ke saya yang terlepas?). Kalau dulu, setiap 5 minit ada saja ditunjukkan di Astro Ria selingan drama Tersuka Tanpa Sengaja yang akan gantikan Tuan Anas Mikael kan. Siapa yang tak ingat dialog Syed kepada Katrina 'I tak suka perempuan' tu kan!

Tak sabar nak tahu ending drama Tersuka Tanpa Sengaja ini!



Lazada Malaysia

0 comments:

Kes telefon bimbit : Mengapa aktivis PPIM ditahan 24 jam?

Monday, December 28, 2015 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Niat baik untuk membantu tapi ditahan polis dan disoal siasat?

Tak seronok baca cerita dalam suratkhabar semalam mengenai aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang ditahan polis untuk disoal siasat berikutan kes kejadian pergaduhan di Kompleks Kota Raya , pada 20 Disember lalu.

aktivis ppim ditahan 24 jam


Lagi tak seronok bila baca kenyataan Dipres Nasution yang pernah dibantu oleh aktivis PPIM yang ditahan itu setelah beliau dipaksa membeli telefon bimbit yang mencecah harga RM10,000 di kompleks itu.

Tegasnya, dia telah menggunakan saluran yang betul bagi menuntut semula wang yang ditipu sebelum bertindak menghubungi PPIM bagi menemaninya ke premis berkenaan kerana surat yang dikeluarkan TTPM tersebut perlu dihantar sendiri oleh pengguna kepada pihak yang menipu.- Utusan Malaysia

Betul ke apa yang saya baca ini? Dan betul ke macam ini prosedur nya setelah kita buat aduan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)?

1. Pengguna buat aduan di TTPM
2. TTPM keluarkan surat berdasarkan aduan pengguna
3. TTPM serahkan surat kepada pengguna yang buat aduan
4. Pengguna perlu hantas sendiri surat aduan itu kepada peniaga yang didakwa telah menipunya itu?

Biar betul? Takkan pengguna kena hantar sendiri surat itu kepada peniaga itu? Tidak terfikirkah apa yang berkemungkinan akan berlaku kepada pengadu semasa serahkan surat aduannya ke tangan peniaga itu?

Dan bila aktivis PPIM membantu menemani pengadu untuk bertemu peniaga, aktivis itu pula ditahan untuk soal siasat?

Ok, saya dah pening.

Pada pandangan saya yang tak berapa bijak ini, nampak macam pengguna / pengadu / aktivis itu yang berada di pihak yang salah.

Siapa yang lebih arif, mungkin boleh betulkan pandangan saya ini.

“Mereka cuma membantu pengguna yang teraniaya. Jika mereka tidak bantu siapa lagi akan membantu kami yang ditipu.“Kami orang biasa sahaja. Kalau pergi sendiri minta semula wang yang ditipu dikembalikan sudah pasti permintaan kami tidak akan dilayan,” - Utusan Malaysia 

*penjelasan panjang lebar perlu rasanya untuk elak salah faham dan supaya di masa akan datang, pengguna yang jadi mangsa tidak takut untuk buat aduan dan aktivis PPIM tidak serik untuk membantu lagi...






0 comments:

Cerita Kita - OST Tersuka Tanpa Sengaja

Monday, December 28, 2015 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera....

Cerita Saya Cerita Awak Cerita Kita

Cerita Kita - OST Tersuka Tanpa Sengaja


Jujurku mengakuinya
Kau memang pantas untukku
Gaya rambutmu
Senyum sinismu
Namun kau pula buat tak tahu

Ku rasakan sesuatu
Bila kau tak disisiku

Aku keliru
Mana nak tahu
Mungkinkah ku rasa cemburu
Baby I Love You 
Dalam hatiku
Dapatkah ku luah padamu

Ku harap kau kan selalu
Selalu menemaniku
Tiap waktuku tanpa ragumu
Sandarkan kisah kau dan aku

Ku rasakan sesuatu
Bila kau tak disisiku

Aku keliru
Mana nak tahu
Mungkinkah ku rasa cemburu
Baby I Love You 
Dalam hatiku
Dapatkah ku luah padamu

Selayaknya ku bermimpi
Terbang di awan tinggi
Bersama kamu aku ke akhirnya nanti

Jangan keliru
Pasti kau tahu
Kau tetap kan jadi milikku
Baby I Love You 
Dalam hatiku
Dapatkah ku luah padamu

Aku keliru
Mana nak tahu
Mungkinkah ku rasa cemburu
Baby I Love You 
Dalam hatiku
Dapatkah ku luah padamu

Sumber : IG Tersuka Tanpa Sengaja





0 comments:

Kecekapan juruterbang elak pesawat MH132 tersasar dari laluan

Sunday, December 27, 2015 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera....

Pesawat MAS MH132 yang terbang dari Auckland menuju ke Kuala Lumpur, didapati telah menuju ke arah yang salah, Kesilapan disedari oleh juruterbangnya yang mendapati pesawat itu terbang lebih ke arah selatan daripada yang sepatutnya.




Tahniah kepada juruterbang yang teliti dengan arah penerbangan pesawat yang dikemudinya. Apabila juruterbang menghubungi pusat kawalan Auckland Oceanic mengenai keganjilan itu, beliau dimaklumkan bahawa pelan laluan penerbangan MH132 itu disediakan oleh syarikat yang mengawal trafik udara di New Zealand, iaitu Airways.

Tindakan pantas juruterbang yang kemudiannya mengawal pesawat MH132 kembali ke laluan yang betul iaitu Kuala Lumpur mendapat pujian pakar penerbangan New Zealand, Peter Clark

"Juruterbang itu telah melakukan satu kerja yang baik dengan peka akan keganjilan itu, bertanya kepada menara kawalan dan tidak secara membuta tuli terbang dan berakhir di Laut Selatan" - Peter Clark, pakar penerbangan New Zealand

Saya tak arif dengan hal-hal penerbangan, tapi nak tahu juga samada sebelum penerbangan,  tidak ada kah sebarang semakan dilakukan terhadap pelan laluan penerbangan?


Bagaimana jika juruterbang tidak perasan akan keganjilan laluan penerbangan itu?

Satu perkara yang buat saya berfikir lebih panjang ialah bila ada ramai netizen yang menulis komen sebegini:

Mungkinkah ini yang  berlaku kepada MH370? Juruterbang diberi pelan laluan yang salah?

Tapi macam kebarangkalian kehilangan MH370 disebabkan pelan penerbangan yang salah, sama kes dengan MH132 adalah kecil. Sudah tentu perkara ini dah termasuk dalam siasatan badan penyiasat dan perkara yang mula-mula sekali diteliti kan?

Teringat pula kepada insiden pesawat AirAsia QZ8501 dari Surabaya ke Singapura yang terhempas di Laut Jawa pada hujung-hujung tahun lalu, iaitu pada 28 Disember 2014.

Apa-apa pun, syukur segalanya selamat dan berjalan lancar bagi pesawat MH132. Doakan yang baik-baik saja untuk industri penerbangan dan semoga tiada insiden yang tidak diingini menjelang perjalanan kita menuju ke penghujung tahun 2015 ini..




0 comments:

Cabaran jahit lencana sekolah!

Saturday, December 26, 2015 Ana 0 Comments



Cabaran jahit lencana sekolah!


Assalamualaikum & salam sejahtera...

Cuti sekolah berbaki 10 hari saja lagi. Adik-adik dah ready ke nak kembali ke sekolah?

Golongan ibu mesti antara yang paling sibuk nak pastikan semua kelengkapan sekolah dah siap kan. Bukan semua kelengkapan perlu dibeli baru, kalau yang lama masih elok lagi apa salah nya terus digunakan.

Yang paling mencabar sikit untuk kaum ibu sudah semestinya bab nak jahit lencana sekolah kat baju sekolah yang baru kan? Kalau nak senang, hantar kan saja ke kedai jahit, tapi siap lah membayar harganya. Kalau seorang anak ada 4 helai baju sekolah yang baru unutk dijahit kan lencana nya, dan upah jahit lencana sekolah katakan RM2, maka untuk seorang anak dah RM8. Kalau ada 4 orang anak, melayanglah RM32 hanya untuk jahit lencana sekolah!

Tapi memang bukan senang nak jahit lencana sekolah pada baju sekolah anak-anak ini. Tempat nak jahit lencana ialah atas poket baju. Jadi kalau jahit guna tangan kena susah payah sikit jahit lencana sambil mengelak daripada terjahit sekali bahagian belakang poket baju itu. Kalau terjahit sekali, memang tak boleh nak seluk poket baju kan.

Jadi, selain daripada jahit sendiri dan stress bila tersilap jahit, atau hantar ke kedai untuk dijahit, ada satu lagi cara yang boleh dicuba oleh kaum ibu. Cara ini banyak dikongsikan di FB dan blog, iaitu lekatkan lencana di baju sekolah gunakan gam UHU.

lekat lencana sekolah guna gam uhu


Cara-caranya seperti berikut:

1. Alaskan kertas keras @ cardboard @ kain lain pada bawah baju atau tudung (untuk elak melekat dengan bahagian belakang poket @ tudung)
2. Letakkan gam UHU pada lencana yang hendak dilekatkan pada poket baju atau tudung.
3. Lekatkan / gam / tampalkan lencana tersebut pada poket baju atau tudung.
4. Seterika bahagian atas dan bawah lencana.
5, Siap!

Saya tak pernah cuba, dan saya ada sedikit 'kerisauan' kalau-kalau gam UHU itu terkena @ ter'mengalir' ke bahagian lain baju semasa menyeterika tu. Kalau saya lah kan, kalau saya lah, saya akan guna cara konvensional , iaitu jahit kan saja lencana sekolah itu!

Tapi kalau ikutkan , ramai yang kongsikan cara ini yang katanya memang berkesan. Belum cuba , belum tahu kan (saya saja yang tak berani nak cuba!)

Selamat mencuba ya!

Pening kepala tak ada idea untuk bekal anak ke sekolah?
Klik di sini dan dapatkan buku 'Idea Bekal Ke Sekolah Menu Ala Barat' oleh Chef Azian yang terkenal dengan idea menu bento yang sedap dalam rancangan 'Nasi Lemak Kopi O' di tv9. Dengan 44 resepi ala barat yang menarik, pasti anda tak pening kepala lagi sediakan bekal setiap pagi!








0 comments:

Cerita hari ini: Langit tidak selalunya cerah

Saturday, December 26, 2015 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera....






Langit tidak selalunya cerah.

Pengalaman hari ini. Tayar pecah tengah jalan.

Hari ini saya ke Bangi, ada urusan. Cadangnya nila balik dari Bangi nanti nak singgah di Fizomawar Kitchen. Tapi itu lah, hajat tak kesampaian.

Masa dalam perjalanan balik tu, saya memang dah rasa pelik sikit masa memandu. Rasa macam tak best. Saya ingatkan mungkin sebab jalan raya tu yang tak rata dan berlekuk-lekuk. Tapi tak kan sepanjang jalan macam tu? Disebabkan tak berapa nak peka dan beringat nak periksa apa yang patut kat kereta, saya terus juga drive sampai lepas tol Sg Besi.

Makin lama makin rasa tak sedap hati nak drive.

Akhirnya, lepas saja drive melepasi Bandar Tasik Selatan dan melalui kubur cina di sebelah kiri, tiba-tiba dengar bunyi meletup! Saya dan mak (nasib baik ada mak yang teman kan!) pun tunggu apa lagi, jom panik!

Saya pasang lampu lip-lap kecemasan dan berhenti di tepi jalan. Pergi check tayar belakang, memang kempis habis, pecah! Mak saya pun tolong call kan pakcik saya minta bantuan. Syukur sangat bila pakcik saya kata duduk diam-diam kat situ tunggu di sana, dia akan datang tolong.

Ada beberapa perkara yang buat saya lagi risau sementara tunggu pakcik saya sampai:

1. Masa saya berhenti kan kereta di tepi jalan, ada seorang lelaki naik motorsikal turut berhenti di belakang kereta saya. Saya intai melalui cermin, nampak dia tengah bercakap di telefon. Saya cuak. Kenapa dia berhenti belakang kereta saya pada masa yang sama? Mungkin ada emergency kot nak kena jawab call, sebab tu berhenti tepi jalan. Tapi, berhenti tepi jalan belakang kereta saya pada masa yang sama saya berhenti bila tayar pecah?

2. Tunggu di tepi jalan di tengah-tengah lebuhraya dengan banyak kenderaaan yang pandu dengan laju adalah sangat menakutkan, Mula lah saya teringat-ingat kembali kisah kemalangan-kemalangan  yang berlaku pada kenderaan yang berhenti di tepi jalan. Memang seriau bila lori besar lalu di tepi kereta saya!

3. Ok yang ketiga ini lagi merisaukan saya. Setelah lelaki naik motor yang berhenti di belakang kereta saya itu berlalu pergi, dalam 15-20 minit kemudian tiba-tiba datang seorang lagi lelaki dan berhenti di depan kereta saya. Oh, apa pula kali ini? Dia turun dari motor dan datang ke tepi cermin tingkap saya. Saya mula panik. Dari gerak mulutnya saya dapat faham yang katanya dia boleh tolong tukarkan tayar yang pancit itu. Dan yang saya dengar jelas ialah katanya 'boleh ikut ke bengkel saya, saya ada bengkel' Oh memang tidak lah saya akan ikut! Saya cuma menggeleng kepala dan buat isyarat yang saya dah call untuk bantuan. Lelaki itu kemudiannya pergi ke motorsikalnya dan duduk menunggu di situ sambil memandang-mandang ke arah saya dan emak. Hampir 10 minit juga dia di situ kemudian baru berlalu pergi. Alhamdulillah!


Pakcik saya yang baik hati sampai kira-kira 10 minit kemudian. Selesai tukar tayar, saya pun pandu balik ke rumah dan pergi ke kedai tayar yang terdekat.

'Hasilnya' ialah, 4 biji tayar baru 'sempena menyambut tahun baru'!



Syukur sangat atas nikmat-Nya:

1. Tidak berlaku perkara buruk kepada saya dan emak semasa menunggu pakcik sampai.

2. Allah datangkan pertolongan melalui pakcik saya.

3. Masih punyai rezeki untuk mengganti tayar baru.

Saya cuba bayangkan, macam mana kalau tayar kereta saya pecah di waktu malam, ketika saya seorang saja dalam kereta, dan saya berhenti di tepi lebuhraya yang berdekatan dengan kawasan hutan dan kubur cina, dan tiba-tiba ada seorang lelaki yang tidak dikenali naik motorsikal berhenti depan kereta saya , ketuk cermin tingkap hendak membantu?

Ok, saya berhenti di sini, saya tak sanggup nak bayangkan!

Pengajaran untuk diri sendiri : Tolong belajar cara-cara tukar tayar selepas ini ya!




0 comments: