Tugas lipat kain kini jadi lebih mudah!

Tuesday, May 31, 2016 Ana 1 Comments




Assalamualaikum & salam sejahtera.....

Dah dengar atau baca mengenai mesin lipat kain yang dikeluarkan oleh Foldimate? Saya percaya ini adalah mesin yang diidam-idamkan oleh ramai orang, terutamanya suri rumah dengan anak yang ramai.

Melipat kain adalah antara kerja-kerja rumah yang kurang digemari oleh kebanyakan orang. Tak tahu kenapa, mungkin kerana leceh hendak melipat satu demi satu kain yang telah dibasuh. Ditambah pula dengan pelbagai saiz dan jenis kain yang hendak dilipat dengan cara tertentu. Tambahan pula lagi bila kain-kain tersebut bila dijemur di ampaian telah diterbalikkan terlebih dahulu (bahagian dalam ke luar dan sebaliknya) untuk elak bahagian luar cepat pudar dek panas matahari. Jadi bila nak melipat akan ada satu kerja tambahan iaitu perlu terbalik kan dahulu bahagian dalam ke luar. Atau ada ke orang yang tak kisah bahagian dalam atau luar dan terus lipat sahaja kain itu?

Kalau melihat pada video demo cara mesin lipat kain ini berfungsi (klik di sini), nampak mudah saja caranya. Mesin lipat kain ini boleh melipat kebanyakan jenis kain kecuali kain yang besar seperti cadar atau yang kecil seperti baju bayi atau pakaian d*alam. Selain melipat kain, mesin ini juga menawarkan pilihan untuk stim pakaian bagi mengurangkan kedutan serta fungsi kapsul seperti mewangi, melembut dan sanitasi pakaian.


mesin lipat kain foldimate
Sumber : foldimate.com

cara mesin lipat kain foldimate berfungsi
Sumber : foldimate.com

mesin lipat kain foldimate boleh kurangkan kedutan pada kain
Sumber : foldimate.com


Tempoh keseluruhan masa untuk proses melipat kain ini adalah dalam lebih kurang 45 saat (jika termasuk proses stim) untuk setiap satu item. Eh, lambatnya nak lipat satu kain. Mungkin kita boleh lipat lebih pantas daripada itu kan, Tapi kalau kain yang hendak dilipat ada dalam 3 bakul, mungkin kita tidak akan berfikir panjang lagi dan serahkan semua tugas melipat kain pada mesin ini!

Bagi pengusaha dobi pula, mesin melipat kain ini mungkin juga boleh membantu sedikit sebanyak dalam urusan melipat kain di kedai dobi. Mungkin juga boleh tawarkan satu lagi servis berbayar bagi mereka yang tiada kain yang hendak dicuci tetapi hanya mahu kan servis lipat kain sahaja, Sekarang pun telah ada syarikat yang menawarkan servis lipat kain ini bagi orang ramai yang tiada masa untuk melipat kain. Adakah dengan ada nya mesin lipat kain ini akan menggugat bisnes servis lipat kain yang sedia ada? Saya rasa tidak. Mungkin akan ada juga individu yang lebih selesa pakaiannya dilipat oleh 'orang sebenar' berbanding mesin. Ini disebabkan mereka mahukan pakaian dilipat dengan cara tertentu (mesin lipat kain mungkin agak terhad cara lipatannya) dan juga faktor kos upah melipat kain yang mana mungkin lebih mahal apabila melibatkan mesin yang menggunakan tenaga elektrik.

Tapi kan, bagi saya lah, walau malas atau sibuk macam mana sekali pun, tak pernah pula saya terlintas nak hantar kain ke kedai untuk dilipat. Beli mesin lipat kain? Mungkin tidak, kot!

Apa-apa pun ini adalah satu rekaan yang kreatif dan inovatif. Peluang dan idea bisnes yang tercipta daripada masalah orang lain.

Bagi yang berminat, boleh lah layari foldimate,com.



1 comments:

Baru nak mulakan bisnes biskut raya?

Tuesday, May 31, 2016 Ana 0 Comments




Assalamualaikum & salam sejahtera...

Kalau di pejabat selalunya waktu-waktu dekat nak puasa ini adalah 'saat-saat akhir' untuk rasa sample atau contoh biskut raya dan buat tempahan. Maklumlah di bulan puasa nanti dah tak boleh nak rasa biskut contoh lagi. Waktu merasa biskut contoh kadang-kadang itu rambang mata, rasa ini nak beli, rasa yang itu nak beli. Lama-lama panjang lah senarai tempahan biskut nya!

Bagi saya,antara biskut raya yang wajib ada masa raya ialah jem tart @ tart nenas. Memang favourite saya. Tart nenas pun ada macam-macam jenis. Ada yang jenis gulung, ada jenis bentuk bunga dengan jem tart di tengah, ada jenis yang bungkus jem tart di dalam dan tutup habis tak nampak tart nya, ada juga yang bentuk nanas dan bentuk landak! Selain tart nenas, satu lagi biskut raya yang jadi favourite ialah biskut chip coklat. Yang ini saya buat sendiri, ikut resepi Biskut Chocolate Chip Famous Amos dari blog sitidelima.com (klik sini untuk resepi lengkap). Resepi nya mudah dan hasilnya memang tak tahan lama. Maksud saya tak tahan lama dalam balang kuih (kadang kala tak sempat masuk balang pun!), keluar saja dari ketuhar terus habis dimakan!

Biskut tat nenas yang sedap
Tat nenas Mat Gebu yang sedap!
Sumber : tiffinbiru.com

Lain-lain biskut @ kuih raya yang memenuhkan meja ialah seperti almond london, rempeyek, popia mini, kerepek ubi, kuih makmur, maruku, samperit dan biskut nestum. Tak lupa juga kuih bahulu dan dodol. Semuanya biskut-biskut @ kuih 'lama' kan? Memang saya kurang gemar biskut-biskut moden yang berwarna warni dan bentuk yang canggih tapi sebenarnya rasa lebih kurang saja.

Bagi yang menerima tempahan biskut raya, pastinya sudah mula sibuk dengan persediaan untuk menyiapkan tempahan. Bahan-bahan untuk buat biskut semestinya sudah ada dalam stok, bukan macam saya yang 'terhegeh-hegeh' cari bahan untuk buat biskut di pasaraya bila puasa tinggal baki lagi seminggu saja. Memang banyaklah bahan yang tak ada. Selain pasaraya, antara tempat yang saya suka cari bahan untuk buat biskut atau kek ialah di pusat bakeri Bagus di Taman Melawati. Kalau masuk saja kedai Bagus ini, memang rasa semua nak beli. Asalnya nak beli bahan untuk coklat chip saja, akhirnya keluar dari kedai dengan bahan-bahan untuk buat kek dan muffin bagai!

Bagi yang baru nak mulakan bisnes biskut raya, ada beberapa perkara yang mungkin perlu diambil kira, selain mengejar matlamat untuk cari duit lebih pada hari raya ini:

1. Tidak menerima tempahan secara berlebihan.
- Berpada-pada menerima tempahan biskut raya supaya tidak menghadapi masalah untuk menyiapkan tempahan. Yang paling penting, tempahan biskut raya yang terlalu banyak tidak menyebabkan kita mengabaikan fokus utama kita di bulan Ramadhan iaitu untuk berlumba-lumba menggandakan amal ibadat.

2. Membuat satu jenis biskut raya sahaja.
- Selain memudahkan penyediaan bahan-bahan kerana hanya perlu fokus pada satu jenis biskut saja, ini juga akan memudahkan kita yang baru memulakan bisnes biskut raya ini untuk menguruskan tempahan yang banyak.

3. Buat biskut yang tak bermusim
- Mungkin ada orang hanya makan jem tart ketika hari raya saja. Tapi tak hairan kalau jem tart jadi bahan kudapan ketika minum petang atau di pejabat. Di pejabat dulu, ada seorang kakak yang memang jadi tempat kami order biskut raya. Kakak ini tak buat biskut-biskut raya tersebut, cuma tolong ambil tempahan untuk kawan-kawan nya yang buat bisnes biskut raya. Biskut-biskut nya memang sedap dan mendapat permintaan walaupun di luar musim raya. Antaranya ialah biskut makmur, jem tart dan cheese tart.

4. Buat biskut yang kita sendiri rasa nak makan
- Maksudnya saya, hasilkan biskut dengan penuh keikhlasan. Buat biskut sebaik mungkin seperti kita hendak sediakan untuk dihidangkan kepada ahli keluarga kita sendiri. Pembeli yang berpuas hati pasti akan repeat orders dan akan menyebarkan promosi percuma dari mulut ke mulut mengenai biskut raya anda!

5. Kekalkan rasa biskut anda (sedap sepanjang hayat masa)
- Pastikan adunan biskut adalah sama setiap kali dihasilkan. Secara tak langsung anda menghargai pembeli tetap @ regular customer anda yang setia membeli biskut-biskut anda. Dan dah tak perlu lah hendak sediakan sample biskut (kecuali untuk tarik pelanggan baru) sebab pembeli dah biasa dan percaya dengan hasil biskut anda yang maintain sedap!

Raya setahun sekali dan bisnes biskut raya memang tak dinafikan antara bisnes yang mampu meraih pendapatan yang tinggi. Apa-apa pun, akhir sekali dan yang paling penting, dalam keghairahan dan kerancakan buat bisnes biskut raya jangan dilupakan Ramadhan juga hanya setahun sekali maka bertindak bijaklah dalam membahagikan masa untuk mengejar perkara akhirat dan duniawi...
 

0 comments:

Terowong terpanjang di dunia, Gotthard Base dibuka 1 Jun ini

Monday, May 30, 2016 Ana 2 Comments




Assalamualaikum & salam sejahtera....

Terpegun sekejap bila tengok berita mengenai terowong keretapi terpanjang di dunia, Gotthard Base yang bakal dibuka pada 1 Jun ini,

Terowong Gotthard Base dengan jarak panjang 57 km mengatasi Terowong Seikan di Jepun (yang menghubungkan Pulau Honshu dan Hokkaido sejauh 53 km). Terowong yang mula dibina pada tahun 1996 dan terletak merentasi banjaran pergunungan Alps di Switzerland ini akan mengurangkan masa perjalanan selama 1 jam bagi jarak perjalanan dari Zurich ke Milan yang ketika ini mengambil masa 3 jam setengah. Kagum bila tengok gambar-gambar, terutama gambar mesin gerudi yang sebesar-besarnya itu ketika kerja penggalian dilakukan.

Sumber : Astroawani.com


Sumber : Astroawani.com

Sumber : Astroawani.com


Fakta menarik Terowong Gotthard Base (sumber: thelocal.ch):
1. Dengan 2300 meter batu di atasnya, Gotthard Base juga akan menjadi terowong kereta api paling dalam di dunia
2. Terowong ini adalah sebahagian daripada New Rail Link melalui Alps ( NRLA ) termasuk dua terowong asas lain iaitu Lötschberg dan Ceneri - yang telah berada dalam perancangan sejak beberapa dekad yang lalu.
3. Keseluruhan laluan terowong ini akan menjadi lengkap dengan pembukaan terowong asas Ceneri pada tahun 2020 , yang mana selepas itu masa perjalanan antara Zurich dan Milan akan dipendekkan oleh hampir sejam.
4. Kira-kira 12.2 bilion francs ( $ 12.3bn ) dibelanjakan bagi Terowong Gotthard Base sahaja, menjadikan 23 bilion jumlah untuk keseluruhan projek termasuk Lötschberg ( yang dibuka pada tahun 2007) dan terowong Ceneri.

Tak pasti bagaimana dengan anda, tapi saya seram juga nak tempoh perjalanan yang panjang dalam terowong. Rasa macam terkepung. Rasa macam-macam boleh jadi. Paling lama pun saya dalam terowong ialah melalui Channel Tunnel (Terowong Selat dengan jarak 50 km) bila naik Eurostar dari London ke Paris. Itu pun duduk diam sahaja sebab fikir macam-macam perkara yang negatif boleh berlaku. Jangan kata kan terowong keretapi, bila saya pandu melalui Terowong SMART di Jalan Tun Razak yang jaraknya lebih kurang 4 km itu pun kadang-kadang rasa cuak. Boleh pula terfikir macam mana kalau berlaku kemalangan dalam terowong ini. Macam mana kalau ada kebakaran? Macam mana kalau banjir dalam terowong? 'Hasilnya', bila melalui terowong SMART, mula lah pandu 'agak' laju supaya cepat keluar dari terowong. Lega bila nampak cahaya di hujung terowong!

Bagi yang berminat hendak merasai pengalaman melalui terowong terpanjang di dunia ini, pada 4 dan 5 Jun ini akan disediakan trip preview khas (tiket perlu ditempah) yang mana festival juga akan diadakan di kedua-dua belah hujung terowong. Selain trip khas ini, penumpang hanya boleh mula menggunakan perkhidmatan melalui terowong pada Disember 2016, iaitu selepas 6 bulan ujian percubaan dijalankan.



2 comments:

Cara mudah untuk kaya?

Sunday, May 29, 2016 Ana 2 Comments



Cara mudah untuk kaya?



Assalamualaikum & salam sejahtera....

Baru-baru ini seorang rakan hantar pesanan di whatsapp mengajak saya menyertai satu skim yang agak 'menarik'(maaf saya tak dapat nak nyatakan di sini nama skim tersebut) . Secara ringkasnya, menurut rakan saya itu, skim tersebut adalah skim yang membantu golongan usahawan untuk memajukan perniagaan mereka dan pada masa yang sama kita sebagai ahli akan turut mendapat manfaat daripada perniagaan tersebut. Skim nya mudah. Hanya perlu mengeluarkan modal permulaan sebanyak RMZ,ZZZ untuk kali pertama. Dan sebagai ahli, kita juga akan mendapat produk-produk daripada perniagaan usahawan-usahawan yang terlibat dalam skim ini.

Yang 'best' nya skim ini ialah 'Tidak perlu menjual barang' dan 'Tidak perlu cari downline'. Dan yang paling best ialah ahli akan dibayar pada bulan ke-Y sehingga bulan ke-YY sebagai ahli,

Menarik kan? Panjang juga penerangan yang diberikan dalam whatsapp rakan saya itu. Lengkap dengan jadual pembayaran yang akan masuk ke akaun ahli dari bulan ke-Y hingga bulan ke-YY. Lama juga saya baca untuk hadamkan info-info tersebut. Dan saya akhirnya terhenti bila melihatkan jadual yang menunjukkan jumlah wang yang akan dibayar ke akaun ahli.

cara mudah untuk kaya


Saya bukan seorang yang arif dalam bab-bab perniagaan dan hukum hakamnya dalam Islam, tapi yang saya tahu, bukan kah keuntungan yang tetap atau terjamin itu dilarang dalam Islam? Dalam perkara begini, saya suka hendak merujuk jika ada perbincangan oleh Dr Zaharuddin Abdul Rahman, pakar kewangan Islam. Saya memang suka mendengar hujah Dr Zaharuddin di Tanyalah Ustaz (dah lama dah Dr tak muncul dalam rancangan ini). Memang hujah-hujahnya boleh buat kita termenung dan berfikir. Salah satu 'hasil' hujah Dr ialah saya sendiri telah membuat refinancing pinjaman rumah daripada pinjaman konvensional kepada pinjaman Islamik.

Berbalik kepada skim yang diperkenalkan rakan saya tadi. Hasil carian di google saya telah menemui artikel tulisan Dr Zaharuddin bertajuk 'Mengapa Pelaburan Tidak Boleh Menjamin Keuntungan (klik sini untuk bacaan lanjut)' yang bincangkan dengan detail dan lengkap sekali mengenai konsep keuntungan dalam pelaburan yang dibolehkan dalam Islam.

Mungkin juga ada yang akan mengatakan artikel tersebut merujuk kepada pelaburan dan skim yang diperkenalkan rakan saya ini bukanlah berbentuk pelaburan. Terpulang pada pendapat masing-masing. Saya memilih untuk merujuk artikel tersebut dalam membuat keputusan untuk tidak menyertai skim ini.

Baca juga:
Saya dah kekurangan duit ni....
Giliran haji 90 tahun dan 'Islamic Hotel'...


Melalui carian google juga saya menemui pelbagai info mengenai skim ini. Ramai juga artis yang menyertai skim ini. Dikhabarkan juga beberapa orang jutawan telah lahir daripada skim ini! Carian di FB juga menemukan saya dengan pelbagai info yang positif dan negatif mengenai skim ini. Walaupun skim ini dikatakan bukan berkonsepkan MLM, tapi ia tersenarai juga antara skim yang dibincangkan hangat oleh sebuah page berkenaan MLM di FB.

Mungkin saya yang rugi, lepaskan peluang untuk dapatkan keuntungan dengan cara yang agak mudah ini. Tidak mengapa, saya anggap saja tiada rezeki saya di situ.


:)


Nak jadi kaya dengan sekelip mata atau usaha panjat tangga kekayaan langkah demi langkah?
Belajar berbisnes dengan cara yang betul daripada mereka yang telah berjaya. Klik di sini untuk dapatkan panduan dalam buku 'Bisnes Cara Kami' sebagai langkah pertama anda dalam bisnes hari ini juga! 

2 comments:

Jom ke Floria Diraja Putrajaya dan Magic of The Night 2016!

Sunday, May 29, 2016 Ana 2 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera.....

Cuti sekolah dah bermula!

Cuti sekolah pertengahan tahun telah pun bermula pada 28/5 sehingga 12/6 nanti. Selain cuti sekolah yang akan bermula tak lama lagi, jangan lupa bulan Ramadhan pun akan bermula pada 06/06 nanti. Sempat lah pelajar-pelajar menikmati cuti sekolah sambil berpuasa bersama keluarga.

Apa agaknya rancangan untuk anak-anak semasa cuti sekolah ini nanti? Kalau saya, tempat yang saya suka nak pergi untuk cuti singkat begini ialah taman tema. Saya suka sangat taman tema, rasa macam kembali ke zaman kanak-kanak semula :p

Saya sempat berkunjung ke Legoland ketika waktu-waktu awal pembukaannya, di mana masih belum banyak permainan dan tarikan disediakan dan masih belum banyak pokok ditanam di sekitar nya. Jadi waktu itu memang sangat panas! Yang buat saya sejuk ialah bila basah kuyup lepas naik luncur air di Dino Island. Pada waktu awal pembukaannya pun jumlah pengunjung masih ramai. Dan kini setelah lebih 3 tahun pembukaannya, ditambah pula dengan Legoland Hotel dan Legoland Water Park, semestinyalah Legoland menjadi salah satu destinasi pilihan semasa cuti sekolah ini.

Selain taman tema, anda juga boleh berkunjung ke Floria Diraja Putrajaya 2016 yang diadakan di Presint 4, Putrajaya bermula 27 Mei hingga 4 Jun. Mungkin ada yang akan berkata, apa yang seronoknya setakat tengok bunga? Tunggu dulu, tak kenal maka tak cinta. Acara tahunan ini bukan sahaja mempamerkan bunga-bungaan menarik tapi kali ini turut diadakan bersama acara 'Magic Of The Night' yang mempamerkan bot atau flotilla yang mewakili setiap negeri di Malaysia. Turut mencuri tumpuan ialah pertunjukan bunga api yang berlangsung setiap malam sepanjang acara ini diadakan, Kalau anda lawat FB Perbadanan Putrajaya, memang sangat-sangat berwarna-warni dan menarik pemandangan malam di Presint 4 ketika ini!


Sumber : FB Perbadanan Putrajaya

Sumber : FB Perbadanan Putrajaya 
Sumber : FB Perbadanan Putrajaya


Sumber : FB Perbadanan Putrajaya
Sumber : FB Perbadanan Putrajaya
Sumber : FB Perbadanan Putrajaya

Tiket-tiket dijual secara walk-in dengan harga yang berikut :
(Pintu Masuk)

RM7.50 untuk dewasa
RM3.50 untuk kanak-kanak

(Magical Garden)

RM10.50 untuk dewasa
RM5.50 untuk kanak-kanak


Bagi mengelak kesesakan untuk pembelian tiket di kaunter, orang ramai digalakkan untuk membuat pembelian tiket melalui aplikasi pintar "Putrajaya Mobile" di: http://putrajaya.my/putrajayamobile

Jika dilihat pada komen-komen pengunjung di FB Perbadanan Putrajaya, memang kebanyakannya berpuas hati dan seronok menikmati kedua-dua acara Floria Diraja dan Magic Of The Night ini. Surau dan tempat makan juga disediakan berdekatan kawasan pameran dan pertunjukan bagi memudahkan pengunjung menunaikan solat dan menjamu selera.  Jika ada pun yang sedikit tidak berpuas hati di kalangan pengunjung ialah mengenai kawasan tenpat letak kereta yang agak tidak terkawal hingga menyukarkan keluar masuk kenderaan.

Bagi anda yang berada berdekatan kawasan Putrajaya, mahupun bagi anda yang datang dari jauh dan bercadang untuk jalan-jalan sempena cuti sekolah, jangan lepaskan peluang untuk turut serta dalam kemeriahan Floria Diraja dan keindahan Magic of The Night ini. 

Selamat berfloria!



2 comments:

Basikal dan saya....

Wednesday, May 25, 2016 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera....

Anda minat berbasikal? Peserta tegar acara berbasikal di dalam dan mungkin juga di luar negara?

Sebut pasal berbasikal, saya ada satu 'kenangan pahit' untuk dikenang. Saya dulu pandai kayuh basikal tapi kini tidak lagi. Eh, macam mana pula tu?

aktiviti berbasikal banyak faedah


Masa kecil dulu, saya sama macam kanak-kanak lain akan belajar naik basikal yang beroda tiga masa mula-mula belajar naik basikal. Lepas pandai kayuh basikal roda tiga, saya pun cuba lah untuk 'naik pangkat' kepada basikal roda dua. Dan hasil usaha tak kenal penat lelah, saya pun berjaya pandai kayuh basikal roda dua. Tapi, harapkan panas hingga ke petang rupa-rupanya hujan di tengahari. Saya hanya sempat 'menikmati keriangan' berbasikal untuk sementara. Puncanya? Puncanya mudah saja. Saya terjatuh ketika kayuh basikal roda dua di laman rumah.

Bukannya jatuh ketika tunggang basikal di jalan raya. Bukannya kemalangan dilanggar kereta. Bukannya cedera parah pun bila jatuh dari basikal itu. Ada lah calar sikit pada siku dan lutut. Itu saja. Saya pun ingatkan itu saja kesannya. Tapi rupa-rupanya kesannya lebih daripada itu.

Saya dah tak pandai nak tunggang basikal roda dua lagi.

Selepas peristiwa jatuh basikal itu, saya pernah cuba naik basikal roda dua lagi tapi tak tahu kenapa saya dah tak pandai nak kayuh dan imbangkan basikal dan badan lagi. Senang cakap, macam dah 'hilang ingatan', macam dah tak ada memori naik basikal roda dua atau ingatan jangka pendek saya masa naik basikal roda dua macam dah 'dihapuskan'. Boleh ke anggap macam tu? Macam saya tak pernah langsung naik basikal roda dua sebelum ini!

Terasa hendak menulis mengenai berbasikal bila melihatkan seorang rakan lama (yang dah lama saya tak hubungi, cuma saya follow (atau stalk?) saja aktivitinya) yang aktif sertai acara berbasikal sejak kebelakangan ini. Hobi baru katanya. Siap beli basikal baru dan segala aksesori dan kelengkapan berbasikal seperti topi keselamatan, pelindung siku dan lutut, kasut dan jersi baru. Aktiviti berbasikal terbaru beliau ialah di IKBN Dusun Tua Hulu Langat pada hari Ahad yang lepas. Untunglah kalau anda pandai berbasikal. Sekarang ini dah banyak aktiviti berbasikal yang diadakan antaranya seperti Putrajaya Bridge Night Ride pada April yang lalu, Konvoi Berbasikal sempena Hari Wilayah yang lepas dan aktiviti bebas berbasikal ketika KL Car Free Morning yang diadakan pada hari Ahad pertama dan ketiga setiap bulan.

Seperti aktiviti fizikal yang lain, banyak faedah sebenarnya daripada aktiviti berbasikal ini. Yang paling utama ialah berbasikal memerlukan seseorang mempunyai tumpuan dan keseimbangan yang tinggi untuk menyeimbangkan basikal yang ditunggang. Secara tak langsung ini dapat melatih otak untuk fokus dalam sesuatu perkara atau tugasan yang dilakukan. Aktif berbasikal juga dikatakan mampu mengalihkan rasa ingin merokok pada perokok tegar. Rasa nak hisap rokok saja, capai basikal dan kayuh laju-laju! Heheh boleh ke macam tu? Tak mustahil sebab rakan lama saya ini juga melalui postingnya di FB nampak lebih sihat dan sedikit berisi selepas aktif berbasikal dan kurang merokok. Dibandingkan sebelum ini, walaupun aktif main futsal, beliau masih kurus kering dan cengkung di wajahnya. Kini nampak wajahnya lebih sihat dan berseri-seri!

Bagi penggemar aktiviti berbasikal, boleh lah ikuti aktiviti terkini di cyclingevents.my yang mana acara berbasikal terdekat ialah Sunsuria Foodiethon 2016 pada 28 Mei ini. Macam best saja bunyinya, lepas penat mengayuh, sambung mengunyah pula ya?

Selamat berbasikal!


0 comments:

Piala Thomas, Misbun dan Denmark..

Tuesday, May 24, 2016 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera....

Pagi tadi saya ada membaca di akhbar berita mengenai Misbun Sidek di sebalik kejayaan Denmark menjuarai Piala Thomas, menewaskan Indonesia, Ahad yang lalu. Misbun dikatakan menyumbang kepada kemenangan Denmark kerana pemain-pemain Denmark dikatakan berguru dengan Misbun sebagai persiapan menghadapi Piala Thomas. Banyak kali juga saya ulang baca kenyataan Jalani Sidek, seperti di bawah:

"Mereka berguru bersama Misbun selama dua minggu sebelum Kejohanan Terbuka Malaysia lagi...memang sasaran mereka untuk menjulang Piala Thomas dan Sukan Olimpik. 
Sebenarnya sebelum saya dan pasukan negara menjulang Piala Thomas pada 1992, kami turut melakukan perkara yang sama yang mana pasukan negara berlatih dengan tiga jurulatih dari China, dan ketika itu memang sasaran kami adalah untuk menjulang Piala Thomas. Ini adalah persiapan yang dilakukan oleh Denmark, seharusnya kita pun begitu"
Sumber: Utusan Malaysia

Sumber : Kosmo.com.my

Rasa kecewa Malaysia kalah kepada Denmark di peringkat separuh akhir masih belum hilang. Bila baca berita di atas, macam-macam yang saya terlintas di fikiran.

"Kenapa Misbun bagi tunjuk ajar pada pemain Denmark?"

"Sebab tunjuk ajar Misbun itu ke  Malaysia kalah kepada Denmark?"

"Misbun tak patut bagi tunjuk ajar pada pemain Denmark!"

Tapi lepas difikir-fikirkan balik, mungkin soalan-soalan yang sepatutnya difikirkan ialah:

"Kenapa pemain-pemain Malaysia sendiri tidak berguru dengan Misbun??"

"Selepas 24 tahun menunggu dapatkan semula Piala Thomas, mustahil tiada sesiapa yang terfikir apa taktik atau formula kemenangan Malaysia 24 tahun yang lepas?? Tiada kah persiapan seperti mana yang dinyatakan oleh Jalani di atas?"

"Bersalah kah Misbun bagi tunjuk ajar pada pemain Denmark? Kalau ikutkan hati yang kecewa memang saya akan kata salah. Tapi kalau ikutkan rasional, tiada salahnya berkongsi ilmu!"

Sedikit ralat ialah yang rebut peluang untuk 'korek ilmu' itu bukanlah pemain-pemain Malaysia sendiri. Pastinya Misbun lebih berbesar hati untuk berkongsi ilmu dengan pemain-pemain negara sendiri.

Ironi juga situasinya.

Pengarah Teknikal Kebangsaan Persatuan Badminton Malaysia ialah Morten Frost yang berasal dari Denmark (yang pastinya lebih tahu mengenai pemain-pemain Denmark).

Pemain-pemain Denmark pula berguru dengan Misbun Sidek dari Malaysia!

Baca juga:
Piala Thomas 2016: Harapan Malaysia ke final tidak kesampaian


Yang lepas jangan dikenang. Kalau dikenang pun hanya untuk dijadikan pengajaran. Piala Thomas sudah pun jauh di mata. Bak kata Chong Wei, penantian Malaysia untuk menjuarai Piala Thomas dan menamatkan penantian 24 tahun itu masih jauh lagi perjalanannya....


0 comments:

Drama Akadku Yang Terakhir: Watak Irham Zahari yang psiko!

Tuesday, May 24, 2016 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera....

Irham Zahari seorang yang psiko!

Berjaya nampaknya Amar Baharin bawa watak Irham Zahari yang psiko dalam drama Akadku Yang Terakhir. Berubah habis perwatakannya daripada seorang yang romantik penuh dengan kata-kata semanis gula menjadi seorang yang bengis, baran dan cepat naik tangan! Tak pernah lagi rasanya tengok Amar Baharin pegang watak dengan 2 sisi macam ini.

Akadku Yang Terakhir - Amar Baharin

Akadku Yang Terakhir - Amar Baharin


Ada beberapa benda yang tak berapa nak logik dalam drama Akadku Yang Terakhir ini. Yang pertamanya, ke mana hilangnya skill Rania sebagai seorang doktor psikologi bila berhadapan dengan sikap Irham yang sekejap ok sekejap tak ok itu? Contoh babak yang mudah ialah Rania sebut perkara yang Irham tak suka (berkaitan dengan watak Fazriq) ketika waktu makan. Rasanya kalau kita yang bukan doktor psikologi ini pun tahu kan, biarkan habis makan dulu baru nak bincang apa-apa perkara yang serius.

Yang keduanya, sebagai doktor psikologi yang merawat Irham sebelum ini, Rania mesti tahu yang Irham paling benci kalau ditipu. Jadi sedikit tak logik bila Rania tipu Irham mengatakan beliau berhenti kerja sedangkan dia hanya bercuti sebulan. Dan sekali lagi menipu bila bagi tahu yang menelefon bertanya khabar ialah Kak Zulin sedangkan sebenarnya yang call ialah Fazriq. Alasan di sebalik semua 'penipuan' ialah untuk jaga hati Irham dan supaya Irham tak salah anggap. Tapi apa yang berlaku sebaliknya ialah kesannya lebih teruk. Irham jadi trauma dan ingat balik sikap bekas isteri-isterinya sebelum ini. Dan 'suara-suara' jahat mula lah bermain-main di kepala Irham.

Akadku Yang Terakhir - Amar Baharin


Memang itu realiti nya. Sekali kita menipu, orang tidak mudah lagi untuk percaya. Dan sekali kita menipu, besar kemungkinan kita akan terpaksa menipu lagi dan lagi untuk menutup penipuan yang pertama!

Baca juga:
Drama Akadku Yang Terakhir : Adakah Rania akad Irham Zahari yang terakhir?
OST Akadku Yang Terakhir : Menang (Faizal Tahir)


Apa-apa pun semuanya hanya lakonan, tak payah lah nak ambil serius sangat kot!

Akadku Yang Terakhir - Irham dan Rania


Tinggal lagi 9 episod sebelum drama Akadku Yang Terakhir akan tamat. Apakah agaknya kesudahan kisah trauma Irham? Adakah Rania sebagai seorang isteri atau doktor psikologi mampu membantu Irham?

Selamat menonton!


0 comments:

Cerita sabar di restoran mamak...

Monday, May 23, 2016 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hari ini nak cerita mengenai kedai mamak @ restoran mamak. Siapa tak suka lepak di restoran mamak kan. Sambil lepak-lepak minum teh tarik dan roti canai sekeping, duduknya berjam-jam dengan kawan-kawan sebab tengok siaran langsung di tv! Mungkin juga bulan Ramadhan yang tak lama lagi menjelang, kedai mamak akan terus meriah sebagai tempat untuk berbuka puasa dan tempat lepak selepas solat terawih. Selain faktor kebanyakan restoran mamak yang beroperasi 24 jam sehari dan kebanyakannya menyediakan kemudahan wifi percuma, memang biasanya restoran mamak yang jadi pilihan untuk melepak bersama kawan atau keluarga sebab suasana nya yang santai dan relaks.

Kalau anda perasan, di kedai mamak selalunya pekerja-pekerja tak menang tangan nak layan pelanggan. Seorang pekerja biasanya akan ambil pesanan daripada beberapa pelanggan sekaligus. Memang jarang dapat lihat pekerja restoran mamak duduk rehat-rehat tunggu pelanggan (kecuali lah waktu itu restoran baru saja dibuka). Saya pernah makan di restoran mamak yang baru beberapa hari dibuka. Memang keadaannya kelam kabut mungkin sebab pekerja-pekerjanya belum biasa lagi dengan keadaan pelanggan yang ramai. Paling teruk pun pekerja-pekerja ini akan buat tak tahu saja dengan pelanggan yang panggil-panggil mereka untuk pesan makanan. Atau buat-buat tak nampak pelanggan yang melambai-lambai panggil mereka. Tapi, saya ada pengalaman yang tidak best di sebuah restoran mamak.

cerita sedih di restoran mamak
Sumber : kuali.com


Restoran tersebut baru beberapa hari dibuka di sebuah kawasan yang memang jadi tumpuan ramai. Melihatkan ramai yang menjamu selera di situ, saya dan emak pun teringinlah nak mencuba sedap sangatkah roti canai dan teh tariknya. Berhampiran restoran tersebut pada setiap hari Sabtu memang ada pasar tani, jadi memang ramai orang pada pagi tersebut. Saya dan emak 'berjaya' mendapat tempat duduk kosong yang berhadapan dengan pekerja yang sedang sediakan minuman, jadi tempat tersebut bukanlah tersorok pun hingga pekerja restoran tersebut tidak nampak akan kami yang menunggu untuk buat pesanan.

Setelah tunggu hampir 15 minit dan dah penat lambai sana sini untuk buat pesanan, akhirnya ada seorang pekerja yang agak berusia tapi tidaklah tua sangat pun datang membersihkan meja dj sebelah kami (lama juga kami tumggu sampai orang sebelah pun dah habis makan). Emak saya pun memanggil pekerja tersebut dan bertanya 'Tak ambil order kah?'

Jawapan pekerja tersebut 'sangat best'. Nak tahu apa jawapannya?

"Sabar lah. Tak boleh sabar kah??"

Siap dengan riak muka tak puas hatinya pada kami. Orang di kiri kanan meja kami pun dengar jawapan pekerja tersebut dan dah pandang-pandang kami.

Saya pandang emak saya. Emak saya pandang saya. Saya terus ajak emak saya bangun dan keluar dari restoran itu!

Mungkin saya dan emak tak cukup sabar dan tak cukup lama tunggu sebelum buat pesanan.

Mungkin masa menunggu untuk buat pesanan di restoran itu ialah sekurang-kurangnya 1 jam. Kalau baru tunggu 15 minit jangan sibuk nak buat pesanan. Tunggu dulu.

Mungkin pekerja itu stress ramai sangat orang sampai dia tak terlayan.

Mungkin pekerja itu ada masalah peribadi atau baru lepas kena marah dengan boss. Jadi mood nya kurang baik. Yang jadi 'mangsa' mood kurang baiknya ialah saya dan emak.

Mungkin, mungkin dan mungkin. Mungkin juga pekerja itu terlupa yang budi bahasa budaya kita. Atau mungkin juga bukan budaya beliau.

Dah lama juga 'peristiwa' ini berlaku sebenarnya. Teringat balik bila saya lalu di depan restoran itu pagi tadi. Tapi sampai sekarang memang akan teringat balik setiap kali lalu depan restoran itu. 'Trauma' dituduh tak boleh sabar. Tak apa, saya anggap saja tak ada rezeki makan roti canai di restoran mamak itu.




0 comments:

Piala Thomas 2016: Harapan Malaysia ke final tidak kesampaian

Saturday, May 21, 2016 Ana 0 Comments




Assalamualaikum & salam sejahtera...

Malaysia 2 - Denmark 3

Kecewa? Sebagai rakyat Malaysia tipu lah kalau tak ada rasa kecewa Malaysia kalah kepada Denmark di pusingan separuh akhir badminton Piala Thomas yang baru sahaja berakhir sebentar tadi (12 tengah malam tadi).

Saya sempat tengok perseorangan pertama Datuk Lee Chong Wei menentang pemain Denmark, Viktor Axelsen yang berlangsung tak sampai 50 minit. Tengok cara permainan Chong Wei memang tak banyak yang perlu dirisaukan sebab dah banyak pengalaman berbanding lawannya yang masih muda berusia 22 tahun itu. Tapi ada juga lah saat-saat yang merisaukan bila pemain Denmark mendahului beberapa mata. Chong Wei memberikan mata pertama buat negara bila menang straight set 23-31, 21-18.

Selepas Chong Wei saya hanya sambung balik tonton siaran langsung pada pukul 9 malam jadi tak sempat nak jadi saksi kemenangan perlawanan beregu pertama Goh V Shem-Tan Wee Keong dengan straight set 21-18, 21-18. Sebelum mula tengok game perseorangan kedua, Iskandar Zulkarnain, dah nampak Malaysia mendahului 2-0, hati dah gembira sebab rasa-rasa macam Iskandar boleh dapatkan mata ke-3 untuk negara. Tapi apa kan daya, Iskandar tewas di tangan pemain Denmark Vittinghus dengan straight set 18-21, 18-21. Apa-apa pun yang penting nampak lah ada usaha Iskandar berjuang sehingga mata penamat.

iskandar zulkarnain
Iskandar Zulkarnain yang telah berusaha sehingga mata penamat

koo kean keat-tan boon keong
Beregu kedua dengan aksi yang sangat meyakinkan di set pertama

lee chong wei
Datuk Lee Chong Wei pun nampak confident dengan game Koo Kean Keat-Tan Boon Keong di set pertama


Beregu kedua negara gandingan Tan Boon Heong-Koo Kean Keat menjadi harapan seterusnya untuk dapatkan mata ke-3 negara. Saya memang suka pasangan ini sejak dulu lagi sebab corak permainan pantas mereka. Bila tengok set pertama mereka main dengan penuh confident dan smash yang bertalu-talu hingga menang 21-10, dalam masa 15 minit saja, saya memang confident sangat lah yang Malaysia akan dapat mata ke-3 negara melalui pasangan ini. Tapi tak tahu lah kenapa, bila di set ke-2 corak permainan mereka agak perlahan, lebih banyak bertahan hingga lah kalah di set ke-2 dengan 8-21. Dan bertambah hampa bila set ke-3 beregu negara tewas dengan 13-21 di tangan pasangan Astrup-Rasmussen. *Pemain Denmark nama Astrup ni gayanya macam pelik sikit saya tengok. Siap depa-depa tangan masa tunggu servis dan sebelum servis dia macam buat gaya tutup mulut bercakap dengan Rasmussen, macam tengah bisik-bisik lah lebih kurang gayanya!*

malaysia lawan denmark separuh akhir piala thomas
Apa lah agaknya yang nak dibisikkan oleh pemain Denmark tu?

piala thomas 2016
Beregu kedua kalah di set ketiga


Perlawanan penentuan antara perseorangan ke-3 negara Chong Wei Feng menentang Holst dari Denmark memang memenatkan. Bukan hanya penat berdebar sebab game ini yang akan tentukan pasukan mana yang berjaya ke peringkat akhir. Tapi penat tengok corak permainan Chong Wei Feng. Mungkin boleh diterima Wei Feng berada dalam keadaan tertekan sebab ini adalah game penentuan. Tapi yang tak boleh diterima bila banyak benar unforced error seperti pukulan yang tersangkut di jaring, pukulan tak lepas ke gelanggang lawan, pukulan keluar court dan kesalahan-kesalahan kecil yang dengan mudahnya bagi mata pada lawan. Sayang sangat, sebab Chong Wei Feng ini ada juga tunjukkan skil dan taktik yang boleh kelirukan lawan, tapi semua itu 'ditenggelamkan' oleh kesilapan-kesilapan yang boleh dielakkan. Akhirnya kalah dengan 15-21, 18-21. Cakap memang lah senang kan, cuba letakkan diri kita kat tempat Chong Wei Feng itu :p

chong wei feng
Berdebar + penat tengok Chong Wei Feng di game penentuan

malaysia kalah kepada denmark separuh akhir piala thomas 2016
Chong Wei berlalu pergi selepas Chong Wei Feng kalah di tangan Holst


Pada final yang akan diadakan Ahad nanti, Denmark akan bertemu Indonesia yang telah pun menewaskan Korea pada separuh akhir pertama petang tadi. Melihatkan corak permainan pantas Indonesia dalam perlawanan menentang Korea tadi, Indonesia yang dibarisi pemain muda seperti Anthony Ginting yang baru berusia 19 tahun,  mungkin ada kelebihan berbanding Denmark.

Baca juga :
Piala Thomas, Misbun dan Denmark

Penantian untuk menjulang Piala Thomas sekali lagi selepas 24 tahun berlalu, kini masih kekal menjadi suatu penantian yang panjang....

Tak rasa nak tonton pun final Piala Thomas Ahad ni. Kecewa masih belum hilang!


 

0 comments:

Salam penghulu segala hari...jom banyakkan selawat!

Friday, May 20, 2016 Ana 0 Comments




Assalamualaikum & salam sejahtera...

Salam hari Jumaat, salam sayyidul ayyam....

Di hari penghulu segala hari ini, jom banyakkan selawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW...

اللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ

Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.

banyakkan selawat di hari jumaat

Saya ada terbaca di satu post yang dikongsikan di FB oleh Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre mengenai kisah puteri kepada Presiden Muslim Care Malaysia, iaitu saudari Farihah Zulkifli. Post itu sangat menarik, menceritakan mengenai latar belakang akademik dan pengalaman beliau yang merupakan seorang hafizah, yang hafal 30 juzuk Al-Quran.
Kisahnya sangat panjang, anda boleh baca di sini. Tapi dalam kisah yang panjang dan penuh dengan nasihat-nasihat berguna itu, saya sangat-sangat ingat akan satu jawapan beliau apabila ditanyakan apakah amalan/petua yang diamalkan untuk mengekalkan hafazannya. Antara amalan yang disebutkannya ialah doa semasa sujud terakhir solat, mengamalkan makanan sunnah seperti kurma, madu dan susu kambing, bangun solat malam serta satu lagi jawapan yang saya sentiasa teringat-ingat sampai sekarang, Berikut adalah jawapan beliau:
Sy membayangkan bhw Rasulullah sentiasa ada ke mana shj saya berada, sy mbayangkan dia melihat sy,jd jika sy tidak menjaga alQuran, sy mbuat perkara2 lagha, adakah baginda akan tersenyum bahagia melihat tingkah laku sy? Jadi ia menjadi pemangkin kpd sy utk terus mjaga hfzan alQuran sy.
Sangat menyentuh hati. Memang jika difikirkan, mungkin kita selalu lupa Allah melihat segala apa yang kita lakukan. Mungkin jika kita bayangkan Rasulullah sentiasa ada di mana-mana saja kita berada, bayangkan Rasulullah berada di depan kita, maka sanggupkah kita buat sesuatu perkara yang tidak baik? Hatta jika kita buang sampah keluar dari kenderaan sekali pun, cuba bayangkan adakah baginda akan tersenyum dengan perbuatan kita itu? Semua orang sedar tapi mungkin kadang kala buat-buat tak sedar (pesanan untuk diri sendiri!) yang dosa itu ialah bila kita buat sesuatu perkara dan timbul rasa tidak selesa dalam jiwa dan kita tak mahu perbuatan itu diketahui oleh orang lain. Jadi jom kita sama-sama berazam mulai hari ini, bila kita hendak buat sesuatu perkara bayangkan Rasulullah berada betul-betul di depan kita dan jauhi perkara tersebut bila dah mula timbul rasa macam tak best je dalam hati!

اللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ

Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.

Satu lagi post yang juga menarik ialah dari FB saudara Musa Nuwayri, pengarang terkenal buku 'Lelaki Terakhir Menangis di Bumi'. Usaha murni terkini saudara Musa dan sahabat-sahabatnya di Jordan ialah pembukaan sebuah sekolah untuk anak-anak pelarian Syria di bumi Jordan. Tak ramai (atau tak ada?) anak muda yang baru berusia 22 tahun mempunyai inisiatif kemanusiaan yang sebegini dalam usaha membantu anak-anak pelarian Syria agar tidak ketinggalan dalam akademik.
Yang saya nak kongsikan ialah satu post saudara Musa mengenai anak Syria yang boleh buat kita (terutama saya) berfikir sejenak.

Sumber : FB Musa Nuwayri

Petikan dari post di atas:
Keluar keluar dari sekolah KITA, benda pertama yang anak ini buat adalah bagi dia punya lollipop kat adik dia. Tanpa ragu-ragu.
Dia tak ada dua lollipop, atau tiga, tapi dia dapat satu sahaja.
Nak katanya, yang kau tak semestinya kaya untuk memberi. Ada satu, bagi satu. Tak mustahil tuhan akan tambah jadi dua. Atau lebih.
Yakin

Adik dalam gambar di atas secara tak langsung telah sedarkan saya. Malu dengan adik ini, sebab kadang-kadang saya rasa susah juga nak memberi sebab takut tak cukup! :P

Jom sama-sama kita amalkan dan ingat-ingat selalu 2 perkara penting ini ya!
- Tak semestinya kaya untuk memberi
- Yakin rezeki dari Allah




0 comments: