Cubaan pecah masuk rumah
Assalamualaikum & salam sejahtera...
Malam yang agak mendebarkan. Tengah scroll-scroll FB sekali dengar bunyi ramai orang tengah bercakap-cakap di luar rumah. Intai sekejap dari tingkap, nampak di luar rumah jiran depan beberapa orang tengah berkumpul.
Eh, ada apa pula ni? Ada masalah ke? Saya teruskan mengintai (patutnya keluar rumah dan join sekali lah kan jiran-jiran tu, bertanya apa yang patut kan)
Menambahkan rasa saspen bila sebuah motor peronda polis tiba dan berhenti depan rumah jiran tersebut. Polis turun dari motor dan masuk ke dalam rumah jiran. Perkara pertama yang terlintas di fikiran saya ialah rumah jiran telah dimasuki pencuri.
Makcik jiran sebelah rumah yang jadi tumpuan itu dihubungi. Menurut makcik tersebut, rumah sebelahnya itu ada cubaan pencuri hendak masuk. Anak jiran yang tinggal berseorangan di rumah terdengar bunyi tingkap bilik atas diumpil oleh seseorang lantas menghubungi pihak polis dan ibubapa nya yang berada di masjid. Pencuri naik ke tingkat atas dengan memanjat tiang telefon di belakang rumah. Selepas polis pertama tiba, seorang lagi polis tiba dan mundar mandir di depan rumah bercakap melalui walkie talkie nya (rasanya lah, kurang jelas sebab saya masih mengintai dari tingkap).
Cuak juga bila mendengar perkara begini. Mungkinkah juga cubaan ini ada kaitan dengan bunyi alarm kereta jiran yang berbunyi pada malam Sabtu yang lepas? Mungkinkah alarm kereta tersebut berbunyi kerana ada cubaan mencuri barang dalam kereta tersebut?
Periksa semula semua pintu dan kunci yang ada. Doa dan tawakal. Malam ini beberapa lampu akan dibiarkan terpasang supaya rumah lebih terang benderang (bersiap sedia lah dengan tambahan 'beberapa ringgit' dalam bil elektrik untuk bulan ini).
Dapatkah saya tidur lena malam ini? Tak tahu lah. Setakat ini masih belum dapat tidur terbayang-bayang kan polis yang datang periksa rumah jiran itu tadi. Harap-harap ada polis yang buat rondaan malam ini.
0 comments: