D'Herbs dan Persatuan Bolasepak Kedah : Terlajak perahu boleh diundur, terlajak tolak tajaan?
Saya masih waras, saya masih boleh berfikir...
RM30 juta ini bukan derma, ini adalah pelaburan saya...
Saya kecewa saya dituduh hendak merampas hak rakyat Kedah...
Begitulah antara kata-kata Pengasas D'Herbs, Datuk Aliff Syukri di sidang akhbar nya petang tadi. Sidang akhbar diadakan bertujuan untuk menjelaskan isu Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) yang menolak tajaan RM30 juta D'Herbs semalam.
Sumber : sinarharian.com.my |
Antara sebab dikatakan KFA menolak tajaan itu ialah untuk 'menyelamatkan hak rakyat Kedah daripada tergadai'. Ini kenyataan yang sangat serius. Tak mungkin seorang usahawan kosmetik meletakkan syarat-syarat penajaan yang sampai boleh menggadai hak rakyat Kedah? D'Herbs dikatakan meletakkan syarat untuk mendapatkan tanah berukuran 120 hektar sebagai balasan untuk tajaan RM30 juta tersebut.
Sebaliknya kata Datuk Aliff, perkara berkenaan tanah tersebut telah pun dibincangkan dalam pertemuan sebelum ini dan tanah tersebut adalah bertujuan untuk pembangunan.
"Tanah berkenaan merupakan tapak projek terbengkalai sebelum ini dan hasil perbincangan telah bersetuju agar tanah berkenaan dibangunkan secara kerjasama dengan PKNK""Tiada istilah saya mahukan tanah itu secara percuma, dan apa yang saya nak hanyalah untuk pelaburan. Kalau betul saya nak tanah, dengan RM30 juta saya boleh dapat tanah di Selangor" - sumber : Sinarharian.com.my
Menonton sidang akhbar tersebut memang nampak jelas kekecewaan Datuk Aliff dengan penolakan tajaan oleh KFA itu. Rasanya Datuk Aliff boleh terima jika KFA tidak bersetuju dengan syarat-syarat tajaan tersebut, tetapi tentunya Datuk Aliff lebih kecewa dengan cara KFA membuat pengumuman penolakan tersebut tanpa perbincangan dengan beliau terlebih dahulu. Memang nampak usaha bersungguh-sungguh Datuk Aliff untuk lebih dekat dengan bolasepak Kedah sejak kebelakangan ini. Pada pendapat saya, yang lebih mengguris hati Datuk Aliff tentunya ayat 'menyelamatkan hak rakyat Kedah daripada tergadai' , yang pastinya memberi imej dan tanggapan buruk kepada Datuk Aliff bagi orang ramai yang tidak jelas dengan perkara sebenar.
Dengan isu terbaru ini, dan juga isu kemelut antara Datuk Vida dan Persatuan Bolasepak Kelantan yang masih belum berkesudahan, mungkin kah kosmetik dan bolasepak tiada keserasian (memang sedikit janggal kan kosmetik dan bolasepak?) dan tiada jodoh untuk bersama?
Mungkinkah ada peluang untuk pasukan-pasukan bolasepak yang lain pula menerima tajaan daripada D'Herbs? Kalau saya jadi Datuk, memang saya dah tawar hati nak taja mana-mana pasukan lagi. Itu kalau saya lah, yang berhati kapas.
Apa-apa pun, anggap saja tiada jodoh dan tiada rezeki antara D'Herbs dan KFA.
\
**walau macam mana pun, pada pendapat peribadi saya, jika betul seperti yang Datuk cakapkan soal tanah itu adalah untuk tujuan pelaburan dan pembangunan di Kedah, maka ayat 'menyelamatkan hak rakyat Kedah daripada tergadai' itu adalah tidak kena dan sedikit terlajak kasaq! **
0 comments: