Selamat Hari Ibu...Masih adakah doa ibu untuk kita?
Assalamualaikum & salam sejahtera...
Selamat Hari Ibu
08 Mei 2016
Sumber : FB TVAlhijrah |
Abu Hurairah pernah menceritakan dalam satu hadis diriwayatkan Bukhari dan Muslim, ada seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW, kemudian bertanya kepada baginda: Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak mendapat kebaikanku?
Rasulullah menjawab: Ibumu. Dia bertanya: Kemudian siapa? Rasulullah menjawab: Ibumu. Dia terus bertanya: Kemudian siapa? Rasulullah menjawab: Ibumu. Dia bertanya lagi: Kemudian siapa? Rasulullah menjawab: Kemudian bapamu
(sumber : FB TVAlhijrah)
Hari-hari pun sepatutnya jadi Hari Ibu sebenarnya (ingatan untuk diri saya sendiri). Hari ini sempena pra Hari Ibu, makan-makan di tempat yang lebih mahal daripada biasa dan lebih sedap daripada biasa. Tapi itu sedikit pun (walaupun sebesar zarah sekalipun) tidak terbanding dengan jasa dan pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya!
Jangan ketinggalan menyaksikan Ustaz Roslan Mohamed di program 'Tanyalah Ustaz' pagi ini jam 7 pagi di TV9, dengan tajuk 'Doa Ibu'. Pada hari Jumaat lepas, Tanyalah Ustaz juga bersama dengan Ustaz Roslan dengan tajuk 'Syurga Yang Tidak Dirindui' memang buat semua yang menonton mengalirkan air mata mendengar kata-kata ustaz mengenai jasa dan pengorbanan ibu yang selalu dilupakan oleh si anak, serta bagaimana sikap anak-anak yang meminggirkan ibu yang telah dimamah usia... :(
Selamat Hari Ibu.....hargailah ibu kita sementara masih ada...
Ibu mithali ibu yang sejati
Kasih sayangmu kasih yang suci
Pengorbananmu disanjung tinggi
Jasamu tetap di sanubari
Ibu oh ibu fitrah ku murni
Kelembutanmu menyentuh hati
Semai kasihmu dalam jiwaku
Kau disayangi kerana menyayangi
Ibu oh ibu hatimu suci
Tulus ikhlasmu mendidik daku
Sanggup bersusah dan menderita
Demi kebahagiaan sekeluarga
Ibu oh ibu kau serikandi
Bakti amalmu tidak terperi
Beramal soleh berperibadi
Mentaati Allah juga suami
Update: Tanyalah Ustaz di TV9 dengan tajuk 'Doa Ibu' jam 7 hingga 8 pagi tadi
0 comments: