Cerita 'sedih' dalam Laporan Ketua Audit Negara 2015 Siri 1
Assalamualaikum & salam sejahtera....
Bila baca akhbar pagi ini, di sebalik laporan prestasi pengurusan kewangan agensi tahun 2015 lebih baik berbanding tahun 2014, ada juga terselit di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2015 Siri 1, laporan yang agak 'menyedihkan'.
JPAM rugi RM840,000
1,010 pasang kasut getah dengan jumlah sebut harga RM68,680 - warna tidak ikut spesifikasi dan tiada cetakan 'Hak Kerajaan Malaysia' pada kasut tersebut.
8 jet ski dengan jumlah harga RM400,000 - warna tidak ikut spesifikasi.
64 papan luncur dengan harga RM371,200 - warna tidak ikut spesifikasi.
Jumlah keseluruhan = RM840,000. Bukan satu jumlah yang kecil.
Mungkin kah boleh diterima penjelasan dari Ketua Pengarah JPAM yang menjelaskan kesemua barang di atas diterima dan terpaksa digunakan oleh anggota JPAM untuk selamatkan mangsa banjir.
Persoalannya, apa yang dibuat semasa terima barang-barang yang tak ikut spesifikasi ini? Tiada sebarang tuntutan dibuat atas perbezaan harga atau pemulangan semula bayaran kerana tak ikut spesifikasi?
Jabatan Imigresen
Kemudahan biometrik bernilai RM10.3 juta dibeli tetapi tidak dipasang.
Yang ini lagi membimbangkan. Kita baru saja didedahkan dengan berita mudahnya 10 warga asing bolos setiap hari di KLIA dan KLIA2. Dan dikatakan sistem MYIMMS Jabatan Imigresen yang selalu tergendala menjadi punca mudah bolos ini. Ini kerana semasa sistem tergendala pemeriksaan maklumat dijalankan secara manual dan kemungkinan maklumat tidak dikemaskini semula apabila sistem kembali beroperasi menjadi antara punca mudah bolos menggunakan passport palsu.
Dan sekarang kita dapat tahu pula yang sistem biometrik yang dibeli Jabatan Imigresen berharga jutaan ringgit tidak dipasang. Kenapa tidak dipasang? Siapa yang beri arahan supaya tidak dipasang? Apa yang dibuat dengan sistem tersebut? Jika sistem tersebut tidak dipasang kerana bermasalah, apa tindakan yang diambil untuk atasi masalah tersebut? Bila kah sistem biometrik itu diterima Jabatan Imigrresen dan telah disimpan untuk berapa lama?
Bila teringat balik zaman kerja pejabat dulu, memang tak seronok bila diaudit, sebab macam-macam soalan akan timbul dan macam-macam masalah juga boleh 'tiba-tiba' muncul!
0 comments: