Jom ke Floria Diraja Putrajaya dan Magic of The Night 2016!

Sunday, May 29, 2016 Ana 2 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera.....

Cuti sekolah dah bermula!

Cuti sekolah pertengahan tahun telah pun bermula pada 28/5 sehingga 12/6 nanti. Selain cuti sekolah yang akan bermula tak lama lagi, jangan lupa bulan Ramadhan pun akan bermula pada 06/06 nanti. Sempat lah pelajar-pelajar menikmati cuti sekolah sambil berpuasa bersama keluarga.

Apa agaknya rancangan untuk anak-anak semasa cuti sekolah ini nanti? Kalau saya, tempat yang saya suka nak pergi untuk cuti singkat begini ialah taman tema. Saya suka sangat taman tema, rasa macam kembali ke zaman kanak-kanak semula :p

Saya sempat berkunjung ke Legoland ketika waktu-waktu awal pembukaannya, di mana masih belum banyak permainan dan tarikan disediakan dan masih belum banyak pokok ditanam di sekitar nya. Jadi waktu itu memang sangat panas! Yang buat saya sejuk ialah bila basah kuyup lepas naik luncur air di Dino Island. Pada waktu awal pembukaannya pun jumlah pengunjung masih ramai. Dan kini setelah lebih 3 tahun pembukaannya, ditambah pula dengan Legoland Hotel dan Legoland Water Park, semestinyalah Legoland menjadi salah satu destinasi pilihan semasa cuti sekolah ini.

Selain taman tema, anda juga boleh berkunjung ke Floria Diraja Putrajaya 2016 yang diadakan di Presint 4, Putrajaya bermula 27 Mei hingga 4 Jun. Mungkin ada yang akan berkata, apa yang seronoknya setakat tengok bunga? Tunggu dulu, tak kenal maka tak cinta. Acara tahunan ini bukan sahaja mempamerkan bunga-bungaan menarik tapi kali ini turut diadakan bersama acara 'Magic Of The Night' yang mempamerkan bot atau flotilla yang mewakili setiap negeri di Malaysia. Turut mencuri tumpuan ialah pertunjukan bunga api yang berlangsung setiap malam sepanjang acara ini diadakan, Kalau anda lawat FB Perbadanan Putrajaya, memang sangat-sangat berwarna-warni dan menarik pemandangan malam di Presint 4 ketika ini!


Sumber : FB Perbadanan Putrajaya

Sumber : FB Perbadanan Putrajaya 
Sumber : FB Perbadanan Putrajaya


Sumber : FB Perbadanan Putrajaya
Sumber : FB Perbadanan Putrajaya
Sumber : FB Perbadanan Putrajaya

Tiket-tiket dijual secara walk-in dengan harga yang berikut :
(Pintu Masuk)

RM7.50 untuk dewasa
RM3.50 untuk kanak-kanak

(Magical Garden)

RM10.50 untuk dewasa
RM5.50 untuk kanak-kanak


Bagi mengelak kesesakan untuk pembelian tiket di kaunter, orang ramai digalakkan untuk membuat pembelian tiket melalui aplikasi pintar "Putrajaya Mobile" di: http://putrajaya.my/putrajayamobile

Jika dilihat pada komen-komen pengunjung di FB Perbadanan Putrajaya, memang kebanyakannya berpuas hati dan seronok menikmati kedua-dua acara Floria Diraja dan Magic Of The Night ini. Surau dan tempat makan juga disediakan berdekatan kawasan pameran dan pertunjukan bagi memudahkan pengunjung menunaikan solat dan menjamu selera.  Jika ada pun yang sedikit tidak berpuas hati di kalangan pengunjung ialah mengenai kawasan tenpat letak kereta yang agak tidak terkawal hingga menyukarkan keluar masuk kenderaan.

Bagi anda yang berada berdekatan kawasan Putrajaya, mahupun bagi anda yang datang dari jauh dan bercadang untuk jalan-jalan sempena cuti sekolah, jangan lepaskan peluang untuk turut serta dalam kemeriahan Floria Diraja dan keindahan Magic of The Night ini. 

Selamat berfloria!



2 comments:

  1. tak berkesempatan nak pergi huhu...maybe lain kali

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lah kita...mungkin lain kali kan..InsyaAllah...Tq ya singgah blog saya :)

      Delete