Stressed? Jom makan desserts!

Tuesday, May 10, 2016 Ana 0 Comments




Assalamualaikum & salam sejahtera.....

Siapa tahu yang perkataan STRESSED yang bermaksud dalam keadaan tertekan itu jika dieja secara terbalik akan menjadi perkataan DESSERTS yang bermaksud pelbagai pilihan makanan pencuci mulut? Saya pun baru tahu bila menonton sebuah rancangan di tv baru-baru ini.

Apa punca-punca stress? Banyaaaak.....Antara yang selalu kita dengar ialah stress disebabkan:
- Masalah kewangan
- Masalah kesihatan
- Masalah rumahtangga
- Masalah pembelajaran
- Masalah cinta
- Masalah keluarga
- Masalah pejabat

Ada juga orang yang tersangat mudah rasa stress dengan hal-hal yang remeh (nampak remeh bagi kita yang tidak mudah stress) seperti:
- Masalah pilih kasut apa hendak dipakai ke pejabat (memang berlaku pada seorang kawan saya!)
- Masalah kucing jiran selalu buang air @ qada hajat di laman rumah kita(boleh jadi stress kalau hari-hari berlaku!)
- Masalah selalu terperangkap dalam kesesakan lalu lintas (boleh dikira remeh tak kalau kita mudah rasa stress disebabkan masalah ini?)
- dan lain-lain lagi

Stress bukan hanya berlaku kepada manusia tetapi juga kepada haiwan. Buktinya ialah ayam yang stress dengan cuaca panas kurang menghasilkan telur dan ular yang stress dengan cuaca panas pula tinggalkan habitat untuk cari tempat yang lebih sejuk!


Macam ini kah agaknya rupa kucing yang stressed?


Stress jika tidak ditangani dengan baik boleh mengakibatkan masalah yang lebih besar seperti sakit jiwa atau kemurungan. Jadi kalau kita ada tanda-tanda stress antaranya seperti selalu gelisah, gugup, tidak fokus dengan kerja yang dilakukan, cepat marah atau kerap sakit kepala maka kena segera periksa jika kita sebenarnya sedang mengalami stress yang melampau. Jangan ambil mudah dan beranggapan stress akan berlalu dengan masa.

Jadi, boleh tak kalau kita katakan jika kita rasa STRESSED, maka makanlah DESSERTS banyak-banyak?Memang tak dinafikan bagi sesetengah orang, makan adalah salah satu cara untuk menghilangkan stress. Semakin stress dengan masalah yang dihadapi, semakin banyak lah makanan yang ditelannya. Mungkin cara ini boleh kurangkan rasa stress yang ada, tapi kemungkinan besar juga boleh menambahkan stress bila masalah lain pula yang timbul, masalah berat badan! Ada juga yang menghilangkan stress dengan bersenam atau bersiar-siar ambil angin, buat aktiviti luar seperti keluar beriadah bersama kawan-kawan atau keluarga. Atau cara yang paling mudah ialah tidur bila rasa stress (tapi bila dah bangun dari tidur mungkin akan rasa stress semula tak?). Atau cara yang paling best dan tak ramai antara kita yang boleh buat (termasuk saya) ialah baca Al-Quran bila rasa stress....

STRESSED = DESSERTS spelled backwards.
Bila seseorang itu berasa stressed berhadapan dengan sesuatu masalah, secara tak langsung individu itu akan cuba mencari jalan keluar untuk selesaikan masalah tersebut. Dan proses cari jalan keluar itu lah sebenarnya 'desserts' yang dimaksudkan, yang mana pilihan-pilihan jalan penyelesaian seumpama desserts yang pelbagai. Bukan semua desserts itu berkhasiat atau baik untuk kesihatan, jadi sama juga dengan pilihan jalan keluar, perlu pilih yang terbaik!





0 comments: