Salam hari Jumaat... Jom kita banyakkan berdoa!

Friday, May 13, 2016 Ana 0 Comments




Assalamualaikum & salam sejahtera....

Salam hari Jumaat, salam sayyidul ayyam.....

Hari Jumaat, hari yang penuh barakah dan mustajabnya doa. Bagi golongan lelaki, jom berazam untuk datang awal ke masjid untuk solat Jumaat hari ini. Bagi wanita pula, boleh saja untuk turut serta solat di masjid jika ada ruang yang disediakan, tapi dengar khutbah melalui tv di rumah pun bermanfaat juga.

Saya pernah 'agak degil' ketika berada di Mekah suatu ketika dahulu dan tak ikut kata mutawif yang berpesan jemaah haji wanita tak perlu lah ke Masjidil Haram untuk sama-sama solat Jumaat kerana keadaannya yang sesak. Bukan saja tak nak dengar kata, tapi hati teringin nak rasa dan tahu macam mana keadaannya solat Jumaat dan khutbah di Masjidil Haram (sedangkan di tanahair tak pernah pula pergi solat Jumaat di masjid!). Memang teramat ramai dan sesak keadaannya di Masjidil Haram ketika solat Jumaat, maka bersesak-sesak lah saya di ruang solat untuk wanita itu. Dan selepas bersesak-sesak dan hampir berhimpit-himpit pula semasa hendak balik ke hotel setelah selesai solat, memang lepas itu 'insaf' dan tak pergi lagi lah ke masjid ketika solat Jumaat!

solat itu tiang agama

Solat itu tiang agama dan yang pertama sekali akan disoal di hari pengadilan kelak. Selain solat merupakan perintah yang wajib dilaksanakan oleh kita sebagai hamba, solat juga menjadi cara seorang hamba menzahirkan kesyukuran atas segala kurniaan dan nikmat yang diberikan. Melalui solat juga lah cara kita mengadu kepada Allah segala permasalahan dalam hidup dan memohon segala kebaikan di dunia dan akhirat. Sentiasa ingatkan diri (pesanan untuk diri sendiri) yang Allah sentiasa bersama dengan kita dan segala yang ditentukannya ada hikmah di sebaliknya. Saya suka membaca coretan ustaz Ebit Liew yang sentiasa memandang positif terhadap sebarang perkara negatif atau musibah yang menimpanya. Contohnya bila kereta ustaz dilanggar, ustaz bukannya mengeluh atau naik angin dan sebagainya, sebaliknya ustaz terus teringat apakah kebaikan yang Allah bakal hendak berikan kepadanya di sebalik musibah tersebut. Bagusnya kalau saya dan anda dapat melatih diri berfikir macam ustaz ni!



waktu mustajab doadoa itu senjata orang mukmin



Allah tidak pernah salah alamat. Cepat atau lambat doa kita dimakbulkan pasti ada hikmah di sebaliknya. Pertolongan Allah datang tepat pada masanya, hanya kita yang selalunya hendak cepat dan tergesa-gesa....

bila doa tidak dimakbulkan


Jom kita banyakkan berdoa!




0 comments: