MH370 : Masihkah ada harapan untuk ditemui?
Assalamualaikum & salam sejahtera...
Kerajaan akur jika ATSB henti cari MH370 - Astroawani.com
Menurut laporan di atas, kawasan pencarian pesawat yang hilang itu kini telah meliputi kawasan seluas 105,000 km dan persetujuan antara ATSB Malaysia, Australia dan China ialah kawasan pencarian tidak akan ditambah jika pencarian di kawasan seluas 120,000 km tidak berhasil. Pencarian dijangka akan tamat selewat-lewatnya Julai ini.
Setelah beberapa penemuan demi penemuan serpihan bahagian pesawat dipercayai milik MH370 yang hilang sejak 8 Mac 2014 yang lalu, nampaknya semua penemuan tersebut masih belum berjaya memberikan petunjuk di mana kah agaknya MH370 berada. Tak dinafikan setiap kali ada berita penemuan serpihan pesawat (bermula dengan penemuan pertama pada 29 Julai 2015 di Pulau Reunion sehinggalah yang terkini di Afrika Selatan dan Pulau Rodrigues), memang automatik saya akan teringat kepada MH370 dan setiap kali itu juga lah harapan mulai tinggi menggunung, mengharapkan tak lama lagi akan keluar di tv mengenai berita penemuan MH370. Setiap kali ada berita penemuan serpihan pesawat, terasa macam sudah dekat, macam sudah hampir-hampir akan jumpa, dah boleh terbayang sidang akhbar mengumumkan penemuan MH370. Tapi hampa :(
Berita pencarian MH370 bakal ditamatkan agak perit untuk diterima. Perit bagi saya yang tiada kaitan terus dengan MH370. Tak dapat nak dibayangkan bagaimana perasaan waris dan ahli keluarga yang terlibat dengan kehilangan misteri pesawat MH370 itu. Misteri yang masih belum terungkai.
Baca juga :
Menjelang genap 2 tahun kehilangan MH370
MH370 Dijumpai : Harapan yang tak pernah padam, doa yang tak pernah putus
Memang betul, usaha mencari sudah lebih daripada 2 tahun sejak kehilangan MH370.
Memang betul, bukan mudah usaha pencarian di Lautan Hindi yang luas terbentang dan pencarian seluas 105,000 km setakat ini pun telah menelan belanja yang besar dan tenaga yang bukan sedikit,
Memamg betul, MH370 bukanlah pesawat pertama yang hilang tidak dijumpai, malah telah ada pesawat yang mengalami nasib yang sama sebelum ini
Tapi,
Masih adakah harapan untuk menemui pesawat itu di kawasan pencarian yang berbaki lagi 15,000 km? Saya tak boleh berhenti daripada terfikir macam mana kalau pesawat MH370 itu berada hanya lagi 5 km, atau 3 km sahaja lebih sedikit daripada kawasan pencarian? Tak terasa ralat kah bila usaha pencarian dihentikan setelah mencapai kawasan seluas 120,000 km? Entah lah, ini hanya pandangan peribadi saya. Pakar-pakar yang terlibat dalam usaha pencarian tersebut lebih mengetahui.
0 comments: