Jimat elektrik dengan 7 langkah drastik!

Monday, September 28, 2015 Ana 0 Comments

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Kelmarin dapat bil elektrik.

Tak sanggup nak menengok jumlah kena bayar untuk bulan lepas.

Bil bulan Julai memang dah mengejutkan. Hampir 2 kali ganda daripada bil bulan sebelumnya.


bil elektrik




Bil bulan Ogos dah kurang sikit, hasil usaha keras tidur malam tak pasang aircond, tak tengok tv sampai larut malam, charge handphone bila bateri betul-betul dah nak habis. Semuanya demi nak jimat elektrik. Hasilnya dapat lah jimat elektrik dan kurang kan separuh daripada bil bulan Julai.

Bil bulan September kembali membuat kejutan. Bil elektrik naik lagi.


bil elektrik


Memang saya pasang aircond ketika tidur waktu malam , dalam 7 atau 8 hari sepanjang bulan September. Dan satu lagi bilik pula memang hampir 24 jam pasang aircond (yang ni memang tak boleh nak buat apa). Bil elektrik bila guna aircond dan bila tak guna aircond memang jauh bezanya.

Hasilnya, itu lah kejutannya. Bil kembali naik mencanak.

Baca juga:
Jimat elektrik dengan hanya mencabut plug soket?
5 cara jimat guna aircond di musim panas
Alat elektrik yang mana 'kuat makan' elektrik?
Bil elektrik tinggi sebab MCB?


Saya ada juga baca mengenai alat jimat elektrik di FB. Tapi tak berani nak beli dan guna , saya takut timbul masalah lain. Walaupun ramai orang yang dah guna dan banyak testimoni yang kata alat jimat elektrik ini bagus, alat jimat elektrik kurang bil sampai 50% daripada sebelumnya, bil elektrik rendah walaupun guna aircond lama dan banyak lagi testimoni kata jimat elektrik lepas gunakan alat ini , tapi saya tetap tak berani nak mencuba alat ini. Saya bayangkan perkara paling teruk akan terjadi ialah bila saya gunakan alat jimat elektrik tu, seluruh fius dalam rumah akan terbakar, satu rumah kena buat wiring semula! Tak sanggup pula nak mengadap kalau betul-betul jadi macam tu! Ke saya seorang je yang paranoid sangat fikir yang bukan-bukan?

Jadi bulan ini, kena lah usaha keras semula untuk turunkan bil elektrik!

Langkah-langkah penjimatan drastic yang akan saya buat:
  • Paling lewat jam 10 malam, dah tutup tv dan lampu. Tak boleh tengok konsert akademi fantasia lagi ok.
  • Kalau nak update blog guna laptop atau nak ke bilik air waktu malam, guna kan lampu suluh atau torch di handphone Redmi.
  • Aircond memang tidak dibenarkan langsung. Selagi boleh tahan berpeluh dan tak rasa nak pengsan, tak perlu pasang kipas pada siang hari.
  • Guna seterika untuk gosok baju yang kedut teruk sahaja. Selagi tiada orang tegur baju saya berkedut, selagi tu boleh teruskan pakai baju tak perlu gosok.
  • Kurangkan buka tutup pintu peti ais. Sehari boleh buka dan tutup sekali sahaja.
  • Pulangkan semula air fryer yang dipinjam daripada kenalan. Nak makan ayam goreng atau nugget, goreng saja guna minyak.
  • Google cara-cara jimat elektrik

Saspen nak tengok bil elektrik bulan depan!



0 comments: