Silap eja, silap taip atau silap fakta?

Sunday, January 15, 2017 Ana 0 Comments



Silap eja, silap taip atau silap fakta?


Assalamualaikum & salam sejahtera....

Tersilap eja.

Sebagai manusia biasa kita memang tak lepas daripada melakukan kesilapan. Termasuklah silap ketika mengeja.

Saya juga begitu. Banyak juga tersilap eja dalam menulis blog. Sama ada tersilap sebab 'terlalu cepat' menaip atau pun tak perasan ejaan yang dilengkapkan oleh auto complete atau disebabkan benda yang paling mudah sekali iaitu jari yang gemuk tertekan dua aksara di papan kekunci!

Silap eja atau silap taip?


Saya selalu juga 'terjumpa' dengan kesilapan ejaan yang berlaku di cetakan-cetakan yang penting. Antaranya ialah cetakan nama bapa pengantin dan juga alamat rumah pengantin di kad kahwin seorang kawan saya. Beliau sendiri tak perasan hingga lah saya tunjukkan kepada beliau kesilapan ejaan tersebut. Kecewa juga kawan saya itu tapi sudah terlambat nak buat apa-apa.

Kesalahan ejaan juga antara perkara yang buat saya kurang yakin dengan sesuatu syarikat atau organisasi. Macam mana nak yakin dengan sebuah syarikat perumahan yang menguruskan pembinaan rumah berharga ratusan ribu sedangkan iklan di banner promosi atau pamphlet/leaflet yang diedarkan ada banyak silap eja di sana sini?

Begitu juga dengan tulisan seorang individu di sebuah portal yang dikritik kerana laporan nya mengenai bahasa Inggeris pemenang anugerah Puskas 2016, Faiz Subri baru-baru ini. Kalau anda ada baca tulisannya (baca di sini) itu mungkin anda juga perasan contoh yang dinyatakannya mengenai tragedi kehilangan MH370 yang dalam laporan nya ditulis sebagai berlaku pada 8 Mac 2015 sedangkan tragedi itu berlaku pada 8 Mac 2014. Ini bukan kes tersalah eja tapi tersalah fakta atau tersalah taip? Tersalah taip kerana terlalu teruja nak komen bahasa Inggeris Faiz Subri? Mungkin beliau juga ada sindrom jari gemuk macam saya!

Salah fakta atau salah taip?
Klik di sini untuk baca artikel penuh

Malam tadi saya tonton satu kesilapan ejaan yang agak 'kronik' ketika berita Buletin Utama disiarkan, seperti dalam gambar di bawah. Macam mana pula Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 berubah menjadi 'Sukan Sea Kuala Kumpur 2016' !

Silap ejaan dalam buletin utama


Tersilap eja mungkin masih boleh dimaafkan walaupun ada kalanya menimbulkan keadaan yang lucu atau juga kurang menyenangkan.  Tersilap fakta boleh mengundang salah faham dan kekeliruan.

Belajar dari kesilapan

Satu perkara yang pasti ialah tiada manusia yang sempurna dan terlepas daripada buat kesilapan. Apa yang penting ialah belajar dari kesilapan (pesanan untuk diri sendiri juga) dan cuba untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama di masa hadapan!


0 comments: