Limousin canggih, sesumpah dan dua pain darah...

Monday, January 16, 2017 Ana 0 Comments



Limousin canggih, sesumpah dan dua pain darah...



Assalamualaikum & salam sejahtera....

Limousin khas yang dinamakan The New Beast buat bakal presiden Amerika Syarikat yang ke-45 boleh bertukar warna dalam situasi tertentu.

limousin canggih bakal presiden amerika syarikat
Sumber : Utusan Malaysia 16 Januari 2017

Apa agaknya yang dimaksudkan dengan 'boleh bertukar warna dalam situasi tertentu'? Bila baca ayat ini terus saya terbayangkan reptilia chameleon atau sesumpah (sumpah-sumpah) yang boleh bertukar warna ikut keadaan sekeliling. Canggih betul kalau betul limousin ini boleh jadi ala-ala sesumpah. Boleh mengalahkan kecanggihan barisan kenderaan berteknologi tinggi dalam siri filem Mission Impossible!

limousin canggih bakal presiden amerika syarikat
Sumber : Utusan Malaysia 16 Januari 2017

Kecanggihan limousin mewah Cadillac One buat bakal presiden ini tidak terhenti setakat boleh bertukar warna. Limousin tersebut masih mengekalkan ciri-ciri keselamatan yang ada pada limousin yang digunakan ketika ini. Limousin ini adalah kalis peluru, dilengkapi dengan senjata termasuk senapang patah, gas pemedih mata dan pintu bersalut perisai yang sangat berat hingga pintu tersebut tidak boleh dibuka dari dalam (Tak faham bahagian ini. apa kegunaannya kalau pintu tak boleh dibuka dari dalam?). Difahamkan limousin yang digunakan oleh presiden Barack Obama ketika ini pun tebal pintunya yang bersalut perisai itu ialah 8 inci dan mempunyai berat yang sama dengan berat pintu kabin pesawat Boeing 757!

limousin canggih bakal presiden amerika syarikat
Sumber : dailymail.co.uk


Limousin mewah yang mencecah harga AS$15 juta ini juga turut mempunyai kamera penglihatan malam, sistem pengesan global, sistem komunikasi satelit serta tayarnya yang disalut dengan getah sintetik fiber khas bagi mengelakkan sebarang letupan.

Tak lupa juga disediakan dalam limousin tersebut bekalan 2 pain darah untuk kegunaan di masa kecemasan!

Nampak macam semua kemungkinan masalah dan kecemasan bagi limousin mewah ini telah diambil kira dan telah bersedia dengan ciri-ciri keselamatan yang canggih. Dengan bakal presiden yang penuh penuh kontroversi dan drama, pastinya memang sangat perlu ada ciri-ciri keselamatan tambahan!

The New Beast akan membuat kemunculan sulung pada hari angkat sumpah Donald Trump sebagai presiden Amerika Syarikat yang ke-45 pada 20 Januari 2017 ini.




0 comments: