Kedekut kah saya?

Monday, January 02, 2017 Ana 0 Comments

Kedekut kah saya?


Assalamualaikum & salam sejahtera....

Tengahari tadi rasa teringin nak makan pizza. Selain daripada tak ada idea nak masak apa, sekali sekali nak juga rehat memasak.

Selepas solat Zohor, terus capai telefon dan buat pesanan pizza. Dua stuffed crust regular pizza 😁. Jumlah kena bayar RM43.90. Duit RM50.90 dah siap menunggu untuk bertukar tangan.

Setengah jam kemudian terdengar bunyi hon motorsikal di depan rumah. Yeay, pizza dah sampai!

"Kak, dua regular pizza stuffed crust kan. Island Supreme dengan Pepperoni Chicken. Semuanya RM43.90"

Kotak pizza dan duit bertukar tangan.

"Kejap ya Kak"
Saya angguk saja sambil tunggu pemuda penghantar pizza itu mencari-cari duit baki RM7 dalam beg duit nya.

"Ni bakinya RM6 Kak"

Saya lihat wang baki dan lihat kembali resit di tangan.

"Semuanya RM 43.90 kan?" Tanya saya pada pemuda itu.

"Oh, kurang seringgit ya Kak?"

"Ni seringgit Kak. Terima kasih Kak"

Pizza yang sedap!

Pizza yang masih panas itu memang sangatlah sedap dimakan masa perut tengah lapar. Masa sedap mengunyah itu lah baru saya tersedar akan sesuatu.

"Betulkah pemuda itu memang tak sengaja tersilap pulangkan duit baki yang kurang?"

"Kenapa lah saya tak sedekah saja RM1 itu tadi?"

"Kedekut kah saya? Duit baki RM1 pun nak berkira?"


Bukan, bukan kedekut. Saya tak terfikir pun nak kedekut cuma masa itu secara spontan saya ingatkan pemuda itu tersalah pulangkan wang baki. Itulah saya terus tanyakan berapa jumlah kena bayar sebenarnya.

Aah, alasan!

Pizza yang menyelerakan itu tiba-tiba jadi kurang sedap. Lama juga saya teringat-ingat balik 'insiden kedekut' itu.

Kedekut kah saya?

😔😔😔


0 comments: