Kehilangan yang akan dirindui....

Thursday, January 12, 2017 Ana 0 Comments



Kehilangan yang akan dirindui....


Assalamualaikum & salam sejahtera...

Al-Fatihah.

Takziah buat keluarga Ketua Menteri Sarawak,  Datuk Patinggi Tan Sri Datuk Amar Haji Adenan bin Satem yang telah kembali ke rahmatullah jam 1.24 petang semalam di IJN Samarahan.

Sesungguhnya daripada Dia kita datang dan kepada Nya kita akan kembali.

Adenan Satem meninggal dunia
Sumber : The Star Online

Bagi saya sesungguhnya negeri Sarawak dan Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem sangat berkait rapat. Ingat Sarawak Malaysia pasti akan ingat Adenan Satem. Ingat Adenan Satem pasti ingat pada negeri Sarawak. Saya bukan berasal dari bumi Kenyalang itu tapi dapat merasakan pastinya pemimpin berjiwa rakyat itu akan dirindui oleh rakyat khasnya rakyat Sarawak. Di Facebook sahaja boleh nampak pemergian beliau satu kehilangan yang besar dengan kebanyakan anak Sarawak menukar gambar profile mereka kepada bendera Sarawak yang dikelamkan.

Membaca coretan bekas wartawan Syahril A. Kadir di FB beliau (FB Syahril A. Kadir) yang mengimbau kenangan bersama Allahyarham pastinya akan membuatkan pembaca dapat merasakan sisi-sisi Allahyarham yang mesra rakyat. Seorang yang gemar makan di restoran tanpa protokol, prihatin dan peka dengan masalah serta aduan rakyat, tegas tapi penuh sifat kebapaan dengan menteri di bawah pentadbirannya, sudah pasti bakal pengganti beliau perlu berusaha lebih keras untuk sekurang-kurangnya mengekalkan dan meneruskan apa yang telah dibina oleh Allahyarham khususnya di bumi Sarawak selama ini.

Kehilangan yang pasti akan dirindui...

 

0 comments: