Aku lah solatmu...dan siapakah 'tetamu' itu....

Friday, January 06, 2017 Ana 0 Comments



Aku lah solatmu...dan siapakah 'tetamu' itu....




Assalamualaikum &  salam sejahtera...

Salam hari Jumaat, salam sayyidul ayyam. Jom kita perbanyakkan berselawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad saw...

اللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ



Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.




Solat is not part time, some time and no time...
Solat is full time, on time and over time...
Because death is at any time....


Selalu dan biasa dengar kan kata-kata di atas?  Walaupun selalu dengar tapi selalu juga lupa atau kadang-kadang-kadang kita (termasuk saya) buat-buat lupa....

Waktu solat dah masuk tapi biasanya bagi kita yang bekerja pejabat, tugasan pejabat diutamakan dulu. Bagi kita yang berniaga, pelanggan dilayan dan urusniaga diselesaikan dulu. Yang lebih tak seronok lagi ialah bagi kita yang tengah menonton drama, maka drama itu selesai ditonton dulu barulah bergerak untuk tunaikan solat....

Saya teringat tapi ingat-ingat lupa kisah yang menceritakan bagaimana solat akan menyelamatkan kita di akhirat nanti. Sayang pula dah tak ingat sepenuhnya kisah tersebut. Secara ringkasnya, kisah itu menceritakan bagaimana di akhirat ada seorang pemuda yang hampir-hampir saja dicampak ke neraka. Pemuda itu merayu dan meminta tolong agar dirinya tidak dihumban ke neraka dan pada saat-saat akhir hampir masuk ke neraka itu baru lah ada seseorang yang datang menyelamatkannya. Bila ditanya, siapa kah beliau, ia mengatakan 'Aku lah solatmu'. Pemuda tersebut sempat lagi merungut mengatakan mengapa begitu lambat datang menyelamatkannya daripada diheret ke neraka? Maka dijawab oleh si penolong tadi 'Bukankah semasa hidup dulu engkau selalu melewat-lewatkan aku?

(Maaf sangat-sangat jika ada yang tersilap dalam kisah di atas. Kisahnya dah tak berapa nak ingat tapi nak juga dikongsikan di sini untuk ingatan kita bersama)

solat awal waktu


Kalau kisah di atas masih belum berjaya buat kan kita berusaha untuk solat di awal waktu, macam mana pula dengan kisah yang diceritakan oleh Ustazah Isfadiah ini? Ustazah ceritakan kisah ini di rancangan Cinta Ilmu di tv Alhijrah (kurang pasti pula saya sama ada siaran tersebut ialah rakaman terkini atau ulangan).

Pada suatu hari, selepas selesai makan tengahari bersama anak-anak beliau, Ustazah berpesan agar segera mengemas meja dan bersiap-siap untuk menunaikan solat Zohor. Kata Ustazah, beliau berpesan kepada anak-anak untuk segera bersiap sebab bimbang kalau-kalau ada tetamu yang akan hadir nanti.

Salah seorang anak beliau bertanyakan "Siapa tetamu tu Ummi?" (lebih kurang begitulah soalan anaknya) dan macam-macam soalan lagi (seperti "Tetamu itu kawan pejabat Ummi ke?", "Adik kenal ke tetamu tu Ummi?") kepada Ustazah, Ustazah hanya tersenyum dan tidak menjawab.

Sehinggalah apabila tinggal anaknya yang seorang itu saja belum bersiap untuk solat Zohor, barulah Ustazah menjawab soalan anaknya itu. Lebih kurang begini ya jawapannya:

"Tetamu itu kenal kita tapi kita mungkin tak kenal dengan tetamu itu. Tetamu itu ialah Izrail...."

Mendengarkan jawapan tersebut, terus saja anaknya bergegas untuk menunaikan solat Zohor....

Jom kita sama-sama cuba ingatkan diri kita dengan kisah Ustazah ini setiap kali masuknya waktu solat. Ingat yang kita mungkin akan dikunjungi 'tetamu' sebelum sempat kita mengerjakan solat kita yang terakhir....






0 comments: