Hari Ini 8 Malam, pilihan baru untuk penonton berita waktu perdana

Thursday, January 05, 2017 Ana 0 Comments




Hari Ini 8 Malam, pilihan baru untuk penonton berita waktu perdana


Assalamualaikum & salam sejahtera....


#HariIni8
Tajam. Mendalam.Seimbang.

Perhatian, perhatian! Sila ambil perhatian.

Perhatian untuk Berita Nasional TV1, Buletin Utama TV3, Berita TV9 dan Berita Alhijrah (sekadar menyebut beberapa stesen),  kini anda ada pesaing baru dalam siaran berita jam 8 malam.

Pilihan saluran terbaru untuk penonton berita jam 8 malam. 'Hari Ini 8 Malam', buah tangan terbaru daripada Astro Awani untuk tahun 2017 ini.

Kini sudah tiada lagi berita Awani 7:45 malam. Saya tahu mengenai 'Hari Ini 8 Malam' bila penyampai berita Astro Awani, iaitu Ashwad Ismail muncul di rancangan AM Live pagi semalam.
(Mula-mula itu pelik juga bila tonton Ashwad baca berita cuaca di AM Live, memang nampak agak kelakar)

Hari ini hari pertama berita Astro Awani 'Hari Ini 8 Malam' memulakan siarannya. Kalau sebelum ini cuma ada seorang saja penyampai berita dalam 'Awani 7:45', berita 'Hari Ini 8 Malam' menampilkan 2 orang penyampai berita. Penyampai berita Astro Awani yang berkarisma, Ashwad Ismail dan Cynthia Ng menjadi penyampai pertama dalam siaran sulung malam ini. Nampak santai cara penyampaiannya dengan duduk di kerusi yang macam itu , nampak lebih kepada perbincangan dan berbeza daripada siaran berita biasa.

Bagi siaran sulung tadi, saya tak sempat nak tonton penuh cuma sempat tonton berita di permulaannya saja. Bagus juga ada kupasan bersama pakar bagi isu yang disampaikan. Tak terasa lah seperti penyampai berita itu hanya membaca semata-mata apa yang tertulis di monitor.

#hariini8

#hariini8

#hariini8

Tak dapat nak komen banyak sebab belum tengok sepenuhnya. Sebagai satu lagi alternatif siaran berita di media elektronik, diharapkan 'Hari Ini 8 Malam' mampu menepati definisi baru berita yang lebih tajam, mendalam dan seimbang yang dijanjikannya.

#HariIni8

Selamat menonton 'Hari Ini 8 Malam' !


0 comments: