Zahariz dan Gunung Everest...cantiknya!

Tuesday, October 18, 2016 Ana 0 Comments






Zahariz dan Gunung Everest...cantiknya!



Assalamualaikum & salam sejahtera.....


Subhanallah....

Selain itu rasanya tak terkata apa-apa bila tengok gambar Gunung Everest yang diambil oleh saudara Zahariz Khuzaimah ini, satu-satunya pengembara yang saya secara peribadi anggap sebagai pengembara yang sebenar. Memang telah ada banyak gambar Gunung Everest yang diambil oleh pendaki-pendaki Gunung Everest sebelum ini tapi gambar yang diambil oleh Zahariz ini pada saya sangat menarik!

Sumber : FB Zahariz Khuzaimah


Saya minat dengan siri pengembaraan dan penjelajahan beliau ketika pertama kali menonton siri 'Dengan Basikal Aku Menjelajah'  yang ditayangkan di tv Al Hijrah. Pertama kali saya menonton dulu memang yang muka-mula sekali terfikir ialah 'macam mana boleh travel seorang diri naik basikal, bawa barang banyak-banyak dan dalam masa yang sama rakamkan semua pengalaman sepanjang mengembara tu?' Tapi saudara Zahariz dah buktikan semua itu tak mustahil untuk dilakukan. Yang paling saya ingat ialah pengalaman beliau yang mencemaskan ketika berhadapan dengan ribut salji semasa berada di sempadan Sweden-Norway  dan pengalaman menakutkan di Kiruna Sweden, ketika beliau jatuh ke dalam air sungai yang separuh membeku setelah terpijak permukaan sungai yang beku dalam cubaannya mengambil sarung tangan beliau yang tertinggal di sungai tersebut!

Tak dapat nak bayangkan, semua pengalaman mencemaskan itu dilaluinya seorang diri...

Dah lama juga saya tak ikuti pengembaraan beliau sebenarnya, Tapi bila tengok gambar beliau dengan Gunung Everest yang sangat indah macam dalam lukisan ini, terus belek balik blog dan FB beliau. Banyak betul gambar-gambar indah pengembaraan beliau yang saya dah terlepas!

Baca juga:
Dengan Basikal Aku Menjelajah - Cantiknya Aurora Burealis...

Kalau anda juga seorang yang rajin mengembara, blog 'Diary Of A Traveller memang' wajib jadi blog kegemaran anda dan FB Zahariz Khuzaimah memang wajib anda follow. Daripada mengembara dengan berbasikal, mengembara menggunakan ski hinggalah kepada berkuda, Zahariz Khuzaimah memang betul-betul A Malaysian Nomad!




0 comments: