Bisnes food truck: Menu ringkas dan peluang di bazar..

Monday, October 17, 2016 Ana 0 Comments



Bisnes food truck: Menu ringkas dan peluang di bazar..


Assalamualaikum & salam sejahtera....

Cerita food truck lagi...

Balik dari menghantar anak saudara saya ke sekolah lebih kurang jam 1 petang tadi, saya lalu di Jalan Raja Chulan seperti biasa. Di simpang empat lampu isyarat berhampiran The Weld sempat juga saya mengerling ke sebelah kanan jalan dan nampak orang sedang beratur panjang di luar bangunan Ambank. Ingatkan barisan itu beratur dari dalam bank, rupa-rupanya orang ramai sedang beratur di hadapan sebuah food truck warna merah. Sempat juga saya tangkap nama food truck tersebut, Mat Rock. Kalau lampu isyarat merah mungkin sempat juga lah saya tengok apa yang dijualnya dan ambil gambar sekali. Wah, mesti sedap betul makanan food truck Mat Rock ni kan sampai panjang betul orang beratur nak beli!

Mat rock ayam goreng kunyit
Sumber : friedchillies.com


Sampai rumah terus Google pasal food truck Mat Rock. Oh, jual nasi dengan ayam goreng kunyit rupa-rupanya. Patut lah ramai orang beratur panjang. Idea utama bisnes food truck ialah nak sediakan makanan yang sedap, ringkas dan cepat. Dan nasi ayam goreng kunyit memang menepati ciri-ciri ini. Ayam goreng kunyit+ kacang panjang+nasi putih dan sambal belacan.  Memang tingkat terutamanya untuk orang-orang bekerja di pejabat yang tak banyak masa hendak makan menu yang pelbagai waktu lunch. Menu nasi dengan ayam gotong kunyit yang sama boleh dapat di restoran tapi dengan ada nya bisnes food truck, dah tak payah susah-susah nak jalan jauh ke restoran. Food truck datang terus depan pejabat. Lokasi food truck ini pun strategik. Depan Ambank, dekat dengan The Weld, Affin Bank dan beberapa lagi bangunan pejabat.

Baca juga :
Trend bisnes food truck di mana-mana
Lebih banyak peluang untuk peniaga berasaskan food truck
5 tips mudah untuk mulakan bisnes food truck


Hasil Google an yang saya baca, setakat ini Mat Rock dah ada 7 buah food truck dan beberapa kedai sekitar Kuala Lumpur. Hebat. Hanya dengan menu seringkas begini dah boleh kembangkan bisnes hingga mampu milik 7 buah food truck.

Lagi cerita food truck....

Petang semalam ketika saya lalu di depan bangunan PKNS Bangi, sekitar jam 6:30 petang, suasana meriah betul dengan orang ramai dan kereta yang parking hingga ke bahu jalan. Tak sempat pula nak singgah tengok apa acaranya. Tapi yang pasti dan nampak dari jauh ialah ada beberapa buah food truck yang turut sama ada di situ. Bila di Google baru tahu ada Hoore Hoore Bazaar yang berlangsung dari 14 hingga 16 Oktober dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Selain jualan produk makanan dan produk-produk lain yang dibenarkan oleh pihak penganjur, turut diselitkan ialah cabaran bertuah, jualan mega, petang dan persembahan artis jemputan. Patut lah penuh perkarangan PKNS itu saya tengok. Yang paling penting, bazar ini juga buka peluang buat peniaga-peniaga food truck. Selain di karnival khas untuk peniaga bisnes food truck, di acara-acara begini juga lah peluang peniaga food truck untuk memperkenalkan produk-produk jualan mereka. Memang ada caj yang dikenakan oleh pihak penganjur tapi selalunya keuntungan atau hasil pulangan untuk 2 atau 3 hari acara tersebut dah boleh cover jumlah caj yang dikenakan.


Sumber : www.nst.com.my


Berniaga food truck boleh untung hingga RM45,000 sebulan? Klik di sini untuk info hebat yang buat anda rasa nak berhenti kerja dan terus cari cara nak mulakan bisnes food truck sekarang juga!








0 comments: