Selepas Abang Bomba, kini giliran Mr Pilot....

Wednesday, October 12, 2016 Ana 0 Comments



Selepas Abang Bomba, kini giliran Mr Pilot....



Assalamualaikum & salam sejahtera....

Setelah Kapten Mukhriz dan Abang Bomba, kini satu lagi drama yang diselitkan profesion glamour, berjudul 'Suri Hati Mr Pilot' pula menemui penonton di kaca televisyen.

Drama Suri Hati Mr Pilot merupakan drama adaptasi novel kedua hasil karya Dila Dyna (beliau merupakan penulis bagi  'Dia Semanis Honey' yang turut diadaptasikan kepada drama). Drama sebanyak 16 episod ini adalah gandingan pertama antara Fattah Amin dan Neelofa sebagai teraju utama. (Mesti semua tudung Neelofa dalam drama ini adalah koleksi Naelofar Hijab kan? Pastinya jualan Naelofar Hijab akan turut meningkat selepas ini bila ramai yang berkenan setelah berhari-hari menonton tudung-tudung yang dipakai Neelofa dalam drama ini)

drama suri hati mr pilot


Kalau nak tahu sinopsis nya memang mudah saja untuk di google. Kagum juga saya dengan penulis novel Suri Hati Mr Pilot ini. Jika ikutkan info di blog beliau (baca blog Dila Dyna di sini), kalau tak silap saya novel ini baru saja diterbitkan pada bulan Mac yang lepas. Belum pun sampai setahun dah diadaptasikan ke drama! Mesti ada sesuatu mengenai karya-karya Dila Dyna yang menarik perhatian penerbit Cube Film dan pengarah Michael Ang hingga 2 novel penulis ini menjadi pilihan untuk diadaptasikan.

[Iklan] Tak sabar nak tahu jalan cerita dan kesudahan kisah cinta Ejaz dan Warda? Klik dan miliki novel Suri Hati Mr Pilot hari ini juga!







Cuba juga mencari sinopsis penuh novel Suri Hati Mr Pilot ini tapi tak berjaya. Hanya jumpa beberapa bab saja di goodreads.com di bawah judul 'Jodohku Mr Pilot'.

Sekarang ini musim cerita di lapangan terbang agaknya. Atau kebetulan saja drama Suri Hati Mr Pilot ini ditayangkan selepas 'On The Way To The Airport' mula ditayangkan 2 minggu yang lalu.

Baca juga:
Suri Hati Mr Pilot, Ejaz dan Warda...
Suri Hati Mr Pilot, Awak Sangat Nakal!
Best tak drama On The Way To The Airport?
Air Asia dan drama Korea 'On The Way To The Airport'

Drama Suri Hati mulai bersiaran sejak 10 Oktober 2016, setiap Isnin hingga Khamis pada jam 10 malam di Astro Ria dan Astro Ria HD. Ulangan tayangan marathonnya ialah pada setiap hari Ahad mulai jam 1:30 petang.

Selamat menonton!

 

0 comments: