Cukupkah bekalan kita untuk ke 'sana' nanti?

Friday, October 07, 2016 Ana 0 Comments





Assalamualaikum & salam sejahtera....

Salam hari Jumaat, salam sayyidul ayyam. Jom kita perbanyakkan berselawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad saw...

اللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ

Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.


Sumber : FB Pkimb Maybank


"Aku takut, bekalku yang sedikit ini tidak mampu menampung perjalanan hari akhirat yang terlalu jauh...."

Siapa tahu siapa kah insan mulia yang menuturkan kata-kata di atas?

Di saat darah dari luka di tubuh insan ini mengalir keluar kerana tubuhnya terhenjut-henjut menahan tangisan, tiada lain yang difikirkannya melainkan soal bekal yang hendak di bawa ke alam akhirat nanti.

Soal bekalan yang jarang malah kadang-kadang tidak langsung teringat di hati kita (saya).

Dan lebih terkesan lagi ialah bila mana kata-kata di atas datangnya dari insan mulia yang merupakan antara insan yang telah dijanjikan Rasulullah SAW syurga untuknya!

Andai orang yang dijamin oleh Rasulullah SAW masuk syurga rasa tak cukup bekal untuk ke akhirat, bagaimana dengan saya? Bagaimana dengan anda? Bagaimana dengan kita semua?

:(

:(

:(

Ingatan di atas ialah sebahagian daripada kisah Amirul Mukminin ke 4, Amirul Mukminin Saidina Ali bin Abi Thalib Karamallahu Wajhah yang diceritakan oleh Ustaz Zul Ramli dalam slot rancangan Al-Kuliyyah minggu lalu. (**Saidina Ali telah dibunuh dengan pedang beracun oleh Abdurrahman bin Muljam, ketika sedang berjalan menuju untuk mengerjakan solat Subuh**)



cukupkah bekalan kita di akhirat nanti

cukupkah bekalan kita di akhirat nanti

Sungguh, ingatan yang ditinggalkan oleh Ustaz di hujung rancangan tersebut memang buat saya berfikir panjang. 

Cukupkah bekalan saya nanti? Adakah selama ini saya sudah rasa selesa dan yakin (perasan) dengan 'bekal' yang akan dibawa?

Pahala mesti diburu, ia tidak datang bergolek! Nak tahu caranya nak jana pahala percuma melalui Facebook? Instagram? Blog? Jom kita sama-sama buat pahala free...









0 comments: