Kes rasuah RM114.5 juta: Tiada sebarang arahan berpindah atau digantung tugas?

Tuesday, October 18, 2016 Ana 0 Comments



Kes rasuah RM114.5 juta: Tiada sebarang arahan berpindah atau digantung tugas?



Assalamualaikum & salam sejahtera....

Sebagai orang biasa yang tak arif sangat dengan undang-undang dan proses penyiasatan serta penghakiman, agak rasa lain macam juga bila baca perkataan 'dibebaskan' untuk 2 laporan di bawah ini.

Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) yang direman pada 4 Oktober lalu bagi kes penyelewangan projek pembinaan infrastruktur bernilai RM3.3 bilion dibebaskan di Mahkamah Majistret di sini hari ini. (sumber : Astroawani.com 16/10/2016)
Tiga lagi suspek yang ditahan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyelewengan berhubung projek infrastruktur asas bernilai RM3.3 bilion dibebaskan pagi tadi dengan ikat jamin antara RM50,000 hingga RM500,000.(sumber : Astroawani.com  17/10/2016)

Macam-macam juga terlintas di fikiran bila baca laporan berita tersebut. Bila suspek dibebaskan, tak akan ganggu siasatan ke nanti? Dibebaskan dan dibenarkan kembali bertugas di pejabat ke? Ada kemungkinan tak individu itu sempat cari duit lain yang disorok dan belum dijumpai SPRM?  Tak rasa 'bahaya' ke bebaskan individu yang terlibat dengan kes wang sebegitu besar jumlah nya? Mungkin tak nanti individu itu sempat buat pemindahan ke akaun yang SPRM belum dapat kesan? Jika kes itu berjaya dibongkar hasil maklumat atau aduan orang awam, bagaimana dengan keselamatan si pengadu itu nanti? Terjamin kah keselamatannya setelah suspek dibebaskan?

Harap-harapnya dalam masa terdekat ini ada hasil siasatan yang dapat dikongsikan dengan rakyat yang tertunggu-tunggu kesudahan kes rasuah terbesar di Malaysia setakat ini.

kes rasuah di sabah
Sumber : themalaymailonline.com


Baca juga:
Kes rasuah RM114.5 juta: Duit berjuta-juta simpan dalam almari di rumah je...

Sangat pelik bila telah ada wang rampasan berpuluh-puluh juta di depan mata tapi individu yang terlibat bebas kembali bertugas setelah tamat tempoh tahanan reman. Tiada sebarang surat rasmi digantung atau arahan berpindah mahupun arahan supaya mengambil cuti dan meninggalkan pejabat sepanjang kes ini disiasat. Sangat pelik dan hanya berlaku di Malaysia. Kalau di negara lain, menteri yang disyaki terlibat dengan rasuah sekalipun tak menunggu lama untuk mengambil keputusan sendiri untuk meletakkan jawatan. Andai memang benar individu itu tak bersalah sekalipun, sekurang-kurangnya ambil cuti supaya tak mengganggu siasatan. Buat keputusan atas rasa tanggungjawab. Tak perlu tunggu didesak oleh orang itu dan orang ini untuk letak jawatan atau ambil cuti.

Tapi, ada kemungkinan ke individu tersebut tak bersalah?

Dengan duit puluhan juta dijumpai dalam almari di pejabat dan di rumah, ratusan geran tanah bernilai jutaan ringgit, barisan kereta mewah, barang kemas serta jutaan mata wang asing yang dirampas memang tersangatlah susah logik akal saya nak anggap individu yang terlibat itu tak bersalah!



0 comments: