Suri Hati Mr Pilot, Ejaz dan Warda...

Friday, October 21, 2016 Ana 0 Comments



Suri Hati Mr Pilot, Ejaz dan Warda...



Assalamualaikum & salam sejahtera....


Dapat tengok live penggambaran drama Suri Hati Mr Pilot!

Ok, bukan saya yang dapat tengok live shooting, tapi kawan kenalan FB saya,

Saya pula yang terlebih rasa keterujaan bila seorang kenalan FB (saya tulis kenalan FB kerana walaupun saya belajar satu kelas dengan beliau semasa Form 1 hingga Form 3, selepas terpisah ketika Form 4, kini sudah tiada lagi sebarang contact atau beramah mesra setelah tamat Form 3. Yang ada cuma saya ikuti perkembangan beliau di FB sahaja) post cerita di FB mengenai pelakon utama drama Suri Hati Mr Pilot iaitu Neelofa dan Fattah Amin datang buat penggambaran di rumahnya semalam.  Rumah beliau memang pernah dijadikan lokasi penggambaran untuk beberapa drama sebelum ini seperti Strawberi & Karipap serta Cik Cinderella dan Encik Tengku. Untung juga kan ada rumah cantik dan dijadikan lokasi penggambaran dan jumpa selebriti secara dekat. Selain di rumah beliau ada tulisan kufi dan wallpaper yang cantik, yang paling saya suka tengok dan teliti ketika tonton Strawberi & Karipap ialah peti sejuk besar dan dapur di rumah beliau. Moden dan cantik!

Saya tak berapa ikuti drama Suri Hati Mr Pilot ini tapi tonton juga satu dua episod bila berkesempatan. Bila kenalan FB ini post kan gambar-gambar beliau bersama Neelofa dan Fattah di rumah beliau, memang ramai yang teruja dan beri komen tumpang seronok (saya Like saja, nak komen segan sebab tak pernah komen apa-apa status beliau sebelum ni :P). Sempat juga beliau buat live di FB satu adegan penggambaran babak drama tersebut dan satu video ucapan dari Fattah buat sahabat FB kenalan saya ini.

Kehenseman Fattah terbukti (:P) bila kenalan FB saya ini pun kata antara banyak-banyak pelakon lelaki yang datang buat penggambaran di rumahnya, Fattah ini lah yang paling good looking! Bila saya tengok dalam drama tidak lah 'terserlah sangat good looking nya'. Tapi bila tonton video ucapan Fattah di rumah kenalan FB saya itu, terutama part tersenyum manis, ok, yang itu confirm good looking! Neelofa pula kata kenalan saya itu kecil molek dan sangat cantik orangnya, lebih cantik daripada yang kita tonton di kaca tv!

suri hati mr pilot
Sumber : IG Neelofa


Semalam ialah hari terakhir penggambaran drama Suri Hati Mr Pilot. Keserasian antara gandingan utamanya Neelofa-Fattah antara faktor yang menarik ramai penonton mengikuti drama adaptasi novel ini. Gandingan yang sangat serasi hingga ramai peminat drama ini mahu kan lakonan keserasian dalam drama itu diteruskan dalam kehidupan sebenar. Macam -macam ya ragam peminat drama ni. Susah juga jika setiap kali berlakon dan lakonan nampak serasi dengan pasangan lakon, maka hendak diteruskan pula di dunia nyata!

Baca juga:
Selepas Abang Bomba, kini giliran Mr Pilot....
Suri Hati Mr Pilot, Awak Sangat Nakal!
Eh, rasa macam tengah tonton babak dalam Suri Hati Mr Pilot!


Tak mustahil akan ada lagi drama yang akan sekali lagi menggandingkan Neelofa-Fattah selepas ini. Mungkin kah dalam satu lagi drama adaptasi novel karya Dila Dyna?


[Iklan] Tak sabar nak tahu jalan cerita dan kesudahan kisah cinta Ejaz dan Warda? Klik dan miliki novel Suri Hati Mr Pilot hari ini juga!







(* saya perasan satu persamaan antara dua novel karya Dila Dyna iaitu Dia Semanis Honey dan Suri Hati Mr Pilot ialah hero atau heroin dikecewakan di saat genting/penting, seperti ketika hendak nikah (dalam Dia Semanis Honey) atau bertunang (dalam Suri Hati Mr Pilot*))

Selamat menonton Suri Hati Mr Pilot!



0 comments: