Si kucing, tandas awam, serbuk kari dan 'orang-orang'...

Assalamualaikum & salam sejahtera....
Ingat lagi saya pernah ceritakan 'penderitaan' yang terpaksa saya tanggung (baca di sini) sebab kucing-kucing jiran saya suka jadikan laman rumah saya sebagai 'tandas awam' mereka (boleh ke guna 'mereka' untuk kucing?)?
Sampaikan saya terpaksa menyimen laman rumah dan hanya tinggalkan sekangkang kera kawasan yang bertanah untuk bercucuk tanam. Selepas selesai kerja-kerja menyimen itu, harapan saya yang tinggi menggunung agar tak ada lagi tahi kucing di laman rumah saya hancur berkecai sebab masih ada lagi bahan buangan itu di kawasan bertanah yang sekangkang kera itu!
Baca juga:
Semuanya gara-gara kucing itu!
Kucing oh kucing!
Bukan hampir setiap hari tapi hari-hari setiap kali saya keluar rumah pada awal pagi, sudah jadi rutin pula kena buang tahi kucing di longkang luar rumah. Hanya orang yang terpaksa mengadap perkara ini saja yang tahu macam mana perasaaannya.
Macam-macam petua saya dah buat.
Saya dah letak botol berisi air di celah pasu dan di kawasan-kawasan yang bertanah. Esok pagi bila saya periksa, di atas botol itu lah akan ada bahan buangan si kucing 'bertuah' itu.
Saya dah letak ranting-ranting pokok yang berduri dengan harapan bila si kucing bertuah itu terpijak duri maka tak akan adalah bahan buangan yang ditinggalkannya di situ. Esok pagi bila saya periksa, ya, di atas duri itulah tempat 'terpilih' untuk si kucing itu tinggalkan bahan buangannya.
Saya dah beli semburan 'Cat Repellent' yang bau nya tak menarik itu. Berulang kali saya semburkan setiap petang di kawasan yang menjadi tandas awam si kucing itu. Kali ini, tak perlu tunggu esok pagi, belum sempat malam lagi, dah ada 'terletak cantik' bahan buangan si kucing itu di kawasan yang telah saya semburkan tadi.
Sangat-sangat menyakitkan hati, tertekan dan boleh menyebabkan tekanan perasaan!
Saya tak putus asa. Saya cuba pula tanya kakak yang selalu yang sembang bersama bila jemput anak saudara dari sekolah.
"Uishhh, akak pun sama lah. Rumah akak tu pun ada kucing yang suka kenc*ing, be*ak depan rumah. Luar rumah akak tu berderet la akak letak botol isi air tapi tak jalan jugak. Akak dah pesan dah kat tuannya tapi dia buat tak tahu aje! Akak ingat nak sorok kucing tu dalam kereta dan buang jauh-jauh!"
Ok. Tak dapat jalan penyelesaian daripada kakak itu. Tapi seronok dapat luahkan perasaan pada orang yang faham apa yang kita rasa!
Saya google lagi untuk cari tips-tips elakkan kucing buang najis di kawasan rumah.
Kali ini saya cuba letakkan serbuk kari. Habis penuh tanah di laman itu dengan serbuk kari yang saya taburkan. Tak cukup dengan serbuk kari, saya tambah satu lagi benda. Bila saya fikirkan balik, kucing ini tak berani nak membuang bila nampak kita sergah (itu pun kadang-kadang kucing itu buat tak tahu saja bila saya sergah, siap boleh pandang saya lama-lama!), jadi maknanya kita kena selalu ada di luar rumah untuk perhatikan kucing-kucing bertuah itu. Untuk 24 jam duduk perhatikan kucing memang tak logik lah kan. Jadi, untuk gantikan diri sendiri, saya pun buat lah macam 'orang-orang' kat sawah padi itu (tapi 'orang-orang' yang saya buat ini hanya ada kepala dan tak ada tangan 😛). Satu kerja juga lah nak kena buat 'orang-orang' dengan guna kan kertas suratkhabar dan kertas A4, lukis mata dan mulut, letakkan lidi (macam dalam gambar di bawah) dan cucukkan di kawasan yang kucing-kucing itu selalu datang.
*Saya pernah baca di satu blog yang ada juga dijual penghalau kucing yang buat rupa kucing dengan mata yang bercahaya, tapi saya tak jumpa lagi di mana ia boleh dibeli)
Hasilnya bila letak serbuk kari dan 'orang-orang'?
Pagi esoknya dengan rasa saspen yang amat, berdebar-debar juga bila saya periksa di sekitar kawasan laman. Alhamdulillah, tiada lagi tahi kucing!
3 hari tanpa rutin yang menyeksakan (buang tahi kucing) dan hari ke-4 'ia' kembali menghantui. Maka saya tambahkan 'orang-orang' yang hingga kini dah ada 12 'orang-orang' di laman rumah saya! Dan apa yang saya perhatikan, serbuk kari itu kena ditabur setiap hari. Tambahan pula bila waktu hujan, serbuk kari di atas tanah itu dialirkan air dan si kucing bertuah pun ambil kesempatan.
Kalau anda ada masalah kucing suka buang najis di laman rumah anda, mungkin anda pun boleh cuba kaedah serbuk kari dan 'orang-orang' ini!

0 comments: