World Syria Hour, 1 jam untuk merasai penderitaan mereka.....

Saturday, March 18, 2017 Ana 0 Comments


World Syria Hour, 1 jam untuk merasai penderitaan mereka.....


Assalamualaikum & salam sejahtera...

Sejak protes yang pertama diadakan di Daraa, Syria pada 15 Mac 2011, kini 6 tahun telah berlalu dan penderitaan rakyat Syria kini telah masuk tahun ke-7. Hampir 500,000 rakyat Syria telah terkorban dan lebih daripada 10 juta telah dipindahkan. Tonton di sini untuk ketahui bagaimana semuanya bermula...


World Syria Hour
Sumber : FB Aman Palestin


Kongsikan rasa peduli anda terhadap kesengsaraan rakyat Syria dengan menyertai program World Syria Hour yang akan diadakan hari ini, 18 Mac 2017 bermula jam 11:30 pagi hingga 12:30 tengahari. (Follow FB Aman Palestin untuk dapatkan lebih info).


Manfaatkan masa yang kita gunakan untuk media sosial dengan cara kongsikan video, artikel, gambar dan infografik kekejaman di Syria dalam tempoh satu jam program World Syria Hour ini berlangsung. Sasaran kutipan ialah sebanyak RM160,000 untuk dana bantuan bagi menyediakan keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal dan perubatan. Tidak mustahil untuk mencapai jumlah tersebut malah lebih daripada itu sekiranya 18 juta rakyat Malaysia sebagai pengguna aktif Facebook menderma serendah RM10 atau membantu menyebarkan info mengenai program ini. Belum lagi termasuk pengguna aktif Instagram, Twitter dan seumpamanya, bayangkan kesan gelombang program ini jika semua pengguna media sosial ini turut berkongsi rasa prihatin.

Baca juga:
Omran Daqneesh, maafkan kami!
Sudah hilangkah rasa perikemanusiaan?



6 tahun penderitaan rakyat syria
Sumber : FB Syria Care - Malaysia


Hanya 1 jam berkongsi info di media sosial dan dengan derma serendah RM10, sedikit sebanyak kita mampu meyumbang untuk meringankan kesengsaraan rakyat Syria...

World Syria Hour, 1 jam untuk merasai penderitaan mereka.....

#WorldSyriaHour
#onehourtofeelthem


0 comments: