Yang terbaik untuk orang yang sabar!
Yang terbaik untuk orang yang sabar!
Assalamualaikum & salam sejahtera....
Salam hari Jumaat, salam sayyidul ayyam. Jom kita perbanyakkan berselawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad saw...
اللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØَÙ…َّدٍ ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِ Ù…ُØَÙ…َّدٍ
Hidup ini bagaikan roda, kadangkala kita di atas dan kadangkala kita di bawah. Ada kalanya kita gembira dan adakalanya kita sedih. Ada tak agaknya orang yang hidupnya sentiasa gembira sepanjang masa? Bertuahnya! (err..bertuah ke?)Setiap daripada kita berbeza-beza babak dalam episod perjalanan hidupnya.
Ada orang yang rezekinya tak pernah putus, atau cukup-cukup dan tak pernah lagi sampai terpaksa meminjam dengan orang lain atau buat pinjaman dengan along...
Tapi....
Dalam hati itu sekali sekala ada juga teringin nak rasa hidup yang lebih 'mewah' sedikit...
Ada orang yang telah bertemu jodoh dengan pasangan yang diidam-idamkan dan alam perkahwinan yang sedar tak sedar dah masuk tahun kelima sentiasa bahagia dan aman sentosa....
Tapi...
Bayangan cahayamata masih belum kunjung tiba dan rumah masih sunyi daripada suara anak kecil yang dinanti-nantikan....
Ada orang yang baginya duit tak pernah jadi masalah, apa yang terdetik di hati dan terbayang di kepala boleh saja diperolehi pada bila-bila masa. Nak kereta mewah? Nak rumah sebesar mahligai? Nak bercuti di luar negara sepanjang tahun? Semuanya mampu untuk direalisasikan....
Tapi...
Semua itu tiada makna apabila hidup sentiasa sendiri dan tidak pernah ada damai dalam keluarga yang sentiasa bercakaran tanpa persefahaman...
Ada orang yang kita nampak seperti ada segala-galanya. Keluarganya hidup bahagia. Hidup sentiasa mewah atau cukup dengan apa yang ada. Anak-anak berjaya dalam hidup. Pasangan hidup yang sehati dan sejiwa serta berjanji hidup mati bersama...
Tapi...
Masih ada yang kurang bila mana hidup nya sentiasa bergantung kepada ubat-ubatan disebabkan pelbagai penyakit dihidapi bertahun-tahun lamanya yang masih belum ketemu dengan penawarnya....
Sebagai manusia biasa, bagi setiap kekurangan yang ada dalam hidup, kita pastinya akan berusaha (atau sekurang-kurangnya pernah terfikir) untuk memperbaikinya.
Dah lama dah berusaha dan berusaha dan berusaha lagi serta ditambah dengan doa yang tak pernah putus kepada Yang Maha Esa namun masih belum lagi dapat apa yang dihajati.
Apa lagi yang mampu kita lakukan?
Teruskan saja usaha itu. Teruskan saja berdoa, bertawakal dan bersabar.
Tidak ada sabar yang sia-sia. Apa saja masalah yang kita hadapi ketika ini, InsyaAllah akan berlalu juga akhirnya.
Sumber : akuislam.com |
Semoga dengan sabar itu kita akan dianugerahkan dengan perkara yang lebih baik daripada apa yang kita impi-impikan.
😊😊😊
0 comments: