Solat yang dirindukan...

Friday, March 17, 2017 Ana 0 Comments




Solat yang dirindukan...


Assalamualaikum & salam sejahtera....

Salam hari Jumaat, salam sayyidul ayyam. Jom kita perbanyakkan berselawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad saw...

اللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ



Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya


jangan tinggalkan solat
Sumber : FB Nour Academy


Sebut pasal solat, teringat pula pada anak saudara saya yang berusia 5 tahun. Rajin juga dia mengikut si abang yang berumur 7 tahun bersolat, tapi mengikut caranya yang tersendiri. Masih ada salah silap di sana sini. Masih belum tahu kebanyakan bacaan dalam setiap pergerakan. Yang tak seronoknya, setiap kali masuk waktu solat Maghrib akan mula lah kedengaran alasan yang sama dari mulut si adik kepda neneknya:

"Nenek....adik penat lah, adik tak larat nak solat...."

Alasan penat itu mungkin yang paling mudah dapat difikirkan oleh si adik. Alasan 'penat' tapi boleh pula bermain bola, menendang bola ke sana sini di ruang tamu. Hmmm...

Solat yang merupakan rukun Islam yang kedua kadangkala menjadi satu perkara yang berat bagi sesetengah individu. Mungkin antara alasan bagi mereka yang tinggalkan solat ialah penat nak solat? Mungkin juga tak solat sebab sibuk terlalu banyak tugas di pejabat? Mungkin juga tak solat sebab tak jumpa masjid atau surau?

Paling lama anggarannya untuk seseorang tunaikan solat 2 rakaat ialah 5 minit dan solat 4 rakaat ialah lebih kurang 10 minit (ada juga yang kurang daripada itu). Jika dicampurkan keseluruhan jumlah masa yang diperlukan untuk kerjakan solat wajib 5 waktu dalam sehari mungkin dalam 45 minit sahaja, Daripada 24 jam sehari suntuk yang kita ada, tidak segan kah bila hanya 45 minit saja yang kita peruntukkan untuk Yang Maha Kuasa?

Antara yang pelik juga ialah ada antara kita yang mampu berpuasa di bulan Ramadhan menahan lapar dan dahaga hingga 13 jam lamanya tapi tak mampu nak tunaikan solat yang hanya beberapa minit sahaja.  Mungkin sebab itu lah wujud individu yang berpuasa tapi tak tunaikan solat tapi jarang (atau tak ada?) kita dengar ada orang yang solat tapi tak puasa.

Solat itu tiang agama. Ibarat tiang dalam sebuah bangunan, ibarat tali bagi layang-layang. Tanpa tiang yang kukuh tak mungkin bangunan dapat tegap berdiri. Begitu juga layang-layang yang putus talinya, akan hilang arah tujuan yang pasti.

Semoga kita tak tergolong antara mereka yang merindukan solat yang ditinggalkan semasa hari pengadilan nanti....

Jom kita sama-sama pastikan solat kita yang wajib itu terjaga dan yang sunat itu diganda!

😊😊😊

 

0 comments: