Panas terik, hujan lebat dan ekuinoks..
Panas terik, hujan lebat dan ekuinoks..
Assalamualaikum & salam sejahtera....
Sudah 3 hari berturut-turut begini. Pagi yang terik dan panas membahang diikuti dengan hujan yang akan mulai turun selepas jam 3 petang. Seperti mana panas yang terik, hujan juga turun dengan lebat nya dan ada hari di mana hujan turut diikuti dengan angin yang bertiup kencang dan kilat yang sabung menyabung.
Walaupun pihak Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) menafikan kaitannya, tapi saya masih juga tertanya-tanya sama ada cuaca sebegini ada kaitan dengan ekuinoks yang bakal berlaku pada 20 Mac ini bermula jam 6:29 petang dan pada 23 September nanti pada jam 4:02 pagi. Ekuinoks merupakan sistem kitaran tahunan matahari yang menandakan perubahan musim di hemisfera utara dan selatan. Ketika berlakunya ekuinoks, matahari berada tepat tegak di atas garisan khatulistiwa dan negara yang berada di kedudukan ini akan mengalami sedikit peningkatan suhu sekiranya tiada litupan awan pada ketika itu. Kesan daripada fenomena ini ialah seluruh dunia akan menjalani waktu siang dan malam yang sama iaitu selama 12 jam. Tidak banyak perubahan yang akan kita di Malaysia ini rasai ketika kejadian ekuinoks berlaku berbanding negara seperti Iceland (negara yang paling lama waktu siang nya hingga lebih daripada 20 jam).
Jom kita jadi ekstra peka pada 20 Mac ini dan saksikan sendiri jika ada (atau tidak) kesan fenomena ekuinoks berlaku di negara kita...
😎😎😎🌎🌎🌎🌞🌞🌞
0 comments: