Konflik Malaysia dan Korea Utara bukannya bahan gurauan!

Thursday, March 09, 2017 Ana 0 Comments


Konflik Malaysia dan Korea Utara bukannya bahan gurauan!



Assalamualaikum & salam sejahtera....

Krisis Malaysia - Korea Utara, ini bukan masanya nak buat lawak.

Duta Korea Utara diisytihar sebagai Persona Non Grata dan Duta Malaysia juga diisytihar perkara yang sama.

Baca juga:
Detik-detik akhir itu...
Selepas Agen Saraf VX, apa lagi selepas ini?
Mengalah tak bererti kalah?


Konflik dah jadi semakin rumit dengan larangan Korea Utara terhadap rakyat Malaysia yang hendak keluar dari negara tersebut. Malaysia juga telah mengambil tindakan yang sama dengan melarang rakyat Korea Utara yang berada di Malaysia keluar dari negara ini.

Tapi semua perkara di atas masih belum cukup untuk diambil serius oleh sesetengah rakyat Malaysia. Masih ada yang buat lawak tak kena tempat dengan situasi konflik yang semakin meruncing ini.

Ya, 11 orang rakyat Malaysia yang kini berada di Korea Utara mungkin tak ada kaitan dengan golongan yang buat lawak ini. Tapi tiada salahnya berkongsi rasa prihatin dengan nasib mereka yang terlibat. Ada juga yang ambil kesempatan menjadikan konflik ini sebagai isu politik yang tidak relevan. Malaysia dituduh dengan tuduhan berat berkomplot dalam pembunuhan warga Korea Utara, Kim Jong Nam. Berbanding menjadikan konflik ini bahan gurauan atau modal sembang kosong politik, bukankah sebagai rakyat Malaysia sewajarnya semua bersatu di belakang kepimpinan negara dan bukannya memburukkan lagi keadaan dengan komen yang tidak berfaedah?

konflik malaysia dan korea utara semakin meruncing
Sumber : mynewshub.cc


3 hari lalu Korea Utara telah lancarkan 3 peluru berpandu balistik ke Laut Timur @ Laut Jepun dengan 3 daripada memasuki kawasan Zon Ekonomi Eksklusif  Jepun.

Bulan lalu, Pyongyang juga melancarkan peluru berpandu balistik pertamanya sejak Oktober tahun lalu yang dianggap Seoul sebagai tindakan menguji tindak balas kerajaan Amerika Syarikat baru di bawah pentadbiran Presiden Donald Trump.(sumber : hmetro.com.my)

Amerika Syarikat, negara polis dunia itu pun di 'acah-acah' oleh Korea Utara dengan ujian peluru berpandu untuk 'menguji tindak balas Presidennya'. Apakah konflik Malaysia-Korea Utara yang sedang berlaku kini juga merupakan 'ujian' untuk melihat tindak balas kerajaan Malaysia?

Apakah negara China yang mempunyai hubungan baik dengan Malaysia dan Korea Utara sudi menjadi negara perantara dalam kemelut ini?

Ada lagi orang yang masih anggap semua yang berlaku ini sebagai bahan gurauan?



0 comments: