Semuanya gara-gara kucing itu!
Semuanya gara-gara kucing itu!
Assalamualaikum & salam sejahtera....
Salam hari Jumaat, salam sayyidul ayyam. Jom kita perbanyakkan berselawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w...
اللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØَÙ…َّدٍ ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِ Ù…ُØَÙ…َّدٍ
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya
Bermula pada 1 Februari yang lalu, keadaan luar rumah saya agak berdebu sedikit kerana kerja-kerja pengubahsuaian di kawasan laman rumah, Bukanlah ubahsuai apa sangat pun, cuma kawasan laman rumah yang berumput ingin disimenkan semua sekali. Ada lah tinggal sedikit kawasan sekangkang kera yang ada tanah dan rumput untuk bercucuk tanam. Selain itu, saya dan emak buat keputusan tak nak tinggal kan apa-apa kawasan yang ada rumput dan tanah di laman rumah lagi.
Puncanya? Semuanya gara-gara kucing itu!
Entah kenapa bermula sejak 2 bulan yang lalu, setiap pagi dan petang akan ada saja bahan buangan @ najis kucing yang ditinggalkan oleh kucing-kucing 'bertuah' itu di laman rumah saya. Jika sekali sekala mungkin tak mengapa dan boleh juga lah saya ambil cangkul dan buang 'buah tangan' daripada kucing-kucing itu, tapi jika setiap hari? Memang stress dibuatnya!
Macam mana tak stress jika setiap pagi bila buka saja tingkap rumah akan terbau 'haruman' najis kucing?
Macam mana tak stress jika rupabentuk 'buah tangan' yang ditinggalkan kucing itu juga pelbagai rupa dan susah nak dibuang dengan cangkul?
Macam mana tak stress jika najis yang ditinggalkan pada waktu pagi telah dibuang, tapi sebelah petangnya 'muncul' pula satu longgokan najis lagi?
Sebelum ini saya pernah ikut petua untuk elak kucing tinggalkan najis iaitu dengan cara letak botol-botol yang diisi dengan air di kawasan yang selalu jadi sasaran si kucing. Pada mulanya agak berjaya, tapi selepas itu laman rumah kembali jadi tempat kegemaran si kucing untuk melepaskan hajatnya.
Agak geram (sangat geram sebenarnya!) juga bila tuan punya kucing-kucing ini seakan-akan lepas tangan dengan haiwan peliharaan mereka ini, Ada juga tuan punya kucing yang rumah mereka tiada langsung kawasan bertanah @ berumput. Jadi di mana agaknya kucing-kucing mereka hendak tinggalkan 'buah tangan'? Ada juga tuan punya kucing yang siap sediakan tong atau litter box untuk kucing mereka melepaskan hajat tapi mungkin terlupa nak latih kucing-kucing kesayangan mereka itu cara nak manfaatkan tong tersebut atau mungkin juga litter box itu jarang dibersihkan maka kawasan rumah saya yang jadi tempat pembuangan.
Sejak bermula kerja-kerja menyimen itu, 'buah tangan' daripada kucing masih ada setiap hari. Bayangkan pasir yang dilonggok membukit untuk dibancuh bersama dengan simen turut jadi tempat si kucing membuang najisnya. Di mana tempat buangannya? Di puncak tertinggi timbunan pasir itu!
Ok, 'buah tangan' di atas pasir itu mungkin itu sudah boleh dijangkakan. Tapi bagaimana pula dengan kawasan lantai yang dikorek dan ada tinggal sedikit pasir sahaja di atasnya? Di situ juga jadi pilihan kucing-kucing itu untuk tinggalkan 'buah tangan' nampaknya. Oh, bukan setakat itu saja, bila pasir itu ditutup dengan plastik sekali pun, si kucing itu akan buang air di atas plastik tersebut! Risau juga saya adakah tindakan menyimen laman rumah dapat selesaikan masalah kucing tinggalkan najis merata-rata atau masalah akan kekal sama?
Adakah laman rumah saya masih akan jadi 'tandas rasmi' bagi kucing-kucing itu selepas ini?
Baca juga:
Si kucing, tandas awam, serbuk kari dan 'orang-orang'....
Kucing oh kucing!
Tak salah hendak pelihara kucing, tapi janganlah sampai menyusahkan jiran...
Tak salah jika tak pelihara kucing tapi suka bagi makanan kepada kucing-kucing yang berkeliaran, tapi janganlah sampai mengganggu ketenteraman jiran...
Tak salah hendak pelihara kucing, tapi janganlah sampai menyusahkan jiran...
Tak salah jika tak pelihara kucing tapi suka bagi makanan kepada kucing-kucing yang berkeliaran, tapi janganlah sampai mengganggu ketenteraman jiran...
Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w bersumpah sebanyak tiga kali yang bermaksud :
”Demi Allah, tidak beriman! Demi Allah, tidak beriman! Demi Allah, tidak beriman!”
Apabila ditanya, siapakah yang Baginda s.a.w maksudkan, Baginda menjawab:
“Seseorang yang jirannya tidak berasa aman dan tenang disebabkan perangai jahatnya.”
(Riwayat al-Bukhari no. 6016 dan Muslim no. 46)
Semuanya gara-gara kucing itu sampai saya terpaksa keluarkan belanja untuk simen laman rumah?
😿😿😿
😿😿😿
Tidak. Kucing itu tak bersalah tapi tuan kucing itu yang perlu disekolahkan dipersalahkan....
😒😒😒
0 comments: