Tutup saja laptop itu dan tidur!
Tutup saja laptop itu dan tidur!
Assalamualaikum & salam sejahtera....
Kalau tak ada idea nak tulis apa di blog, tutup saja laptop itu dan tidur!
Dah banyak kali saya dengar dan baca nasihat di atas tapi masih lagi ikut kan keras kepala degil nak termenung juga depan laptop. 'Hasil kedegilan dan keras kepala itu', bukan lah idea yang mencurah-curah untuk dikongsikan di blog tapi tidur yang tak cukup dan tengkuk yang sakit akibat lama berteleku depan laptop!
Bukan nak paksa diri menulis walaupun kering idea, tapi sebenarnya memang pun kena paksa diri untuk menulis untuk elakkan blog bersawang. Selain itu, kalau dah mula berhenti menulis, kebarangkalian untuk dijangkiti virus 'M' amatlah tinggi dan virus ini kalau dibiarkan melarat alamatnya memang susah nak menulis lagi. Bahaya!
Sangat beruntung bagi blogger mahu pun individu yang kaya dengan idea untuk menulis. Menulis bukan setakat 'asalkan menulis' tapi menulis untuk kongsikan idea, pengalaman dan tips yang berguna. Bagi individu yang punya cara penulisan yang menarik dan mampu menarik membaca, contohnya di Facebook, apa saja yang ditulis pasti akan dapat perhatian dan Like dari pengikutnya. Rasanya jika individu itu letak kan satu huruf atau satu noktah sekali pun di status FB nya, tak mustahil ada juga yang akan komen dan Like! Sama juga dengan blogger. Seorang blogger terkenal menulis mengenai cara goreng ikan saja pun mampu untuk tarik minat orang bukan saja untuk membacanya tapi juga memberi komen!
Baca juga:
Tambah pendapatan dengan hobi menaip dan menulis!
Ada ke orang nak baca blog awak?
Apa yang buatkan anda bersemangat nak tulis blog?
Tulis, tulis dan tulis!
Nak banyak idea menulis? Banyak sudah rahsia (yang bukan rahsia lagi) untuk mendapat ilham dan idea menulis yang tentu kita pernah dengar. Paling mudah ialah keluar ke tempat awam dan lihat pelbagai ragam manusia yang boleh dijadikan 1001 cerita. Atau nak mudah lagi ialah ilham daripada apa yang kita tonton di tv mahupun ilham daripada apa yang berlaku ke atas diri kita sendiri yang bermanfaat dikongsikan bersama.
Nak mudah lagi ialah idea menulis daripada berita-berita terkini yang sedang hangat diperkatakan. Cara berkesan untuk dapat idea mengulas peristiwa semasa yang berlaku ialah dengan dapatkan input daripada orang ramai. Macam mana tu, takkan tiba-tiba jadi wartawan dan buat interview secara rambang? Tak perlu. 'Wartawan segera' dah sedia ada untuk membantu. Untuk setiap cerita dan berita dalam blog mahu pun media sosial, semak saja ruangan komen untuk dapatkan idea menulis. Pasti ramai netizen yang tinggal kan komen yang bernas dan boleh dijadikan input untuk entry di blog anda. Daripada situ sahaja dah boleh buat entry yang panjang lebar!
Tapi ada ketika nya dah cuba cara-cara dapatkan idea menulis seperti di atas dan otak masih lagi 'jammed' dan seperti mogok tak mahu bekerja sama. Mungkin protes agaknya, penat bekerja perah otak dan dah tiba rasanya untuk kurangkan 'paksaan' dalam mencari idea dan cuba jadi lebih relaks.
Dalam situasi yang lebih relaks mungkin baru idea sudi datang mencurah-curah!
Tak ada idea nak menulis?
Berhenti termenung depan laptop dan jom tidur dulu!
0 comments: