BR1M oh BR1M...
BR1M oh BR1M...
Assalamualaikum & salam sejahtera...
Bantuan Rakyat 1 Malaysia atau BR1M sepanjang perlaksanaannya sejak tahun 2012 setakat pengetahuan saya tak pernah sekecoh ini (atau memang setiap tahun kecoh cuma saya yang tak tahu?)
Semenjak semalam media sosial dipenuhi dengan post dan tweet yang mengeluh mengenai permohonan BR1M mereka ditolak atau tidak lulus. Banyak sebab permohonan BR1M ditolak tapi dalam banyak-banyak sebab itu ada juga yang macam agak pelik alasannya.
Antara keluhan seorang netizen mengenai permohonan BR1M ibunya yang ditolak sebab nama tiada dalam rekod di JPN (Jabatan Pendaftaran Negara). Pada tahun-tahun yang lalu katanya tiada sebarang masalah dan BR1M dapat mengikut jadual. Macam mana pula kali ini permohonan ditolak dengan alasan yang sebegitu? Mungkin ada kesilapan semasa pemohon mengisi borang kemaskini maklumat BR1M?
Baca juga:
Tinggal lagi 21 hari untuk merayu....
Bawa semua dokumen yang anda ada!
Ada juga netizen yang hairan permohonan BR1M nya ditolak atas alasan perlu kan pengesahan status perkahwinan. Berkahwin dah lama dan dah ada beberapa orang anak pun, dan sekali lagi, ini juga bukan permohonan baru tetapi telah beberapa kali menerima BR1M sebelum ini. Mungkin kah ini juga disebabkan kesilapan semasa pemohon mengisi borang kemaskini BR1M?
Antara punca permohonan BR1M ditolak dan menjadi punca atau alasan yang sedikit menaikkan kemarahan pemohon ialah berkaitan dengan SSM.
"Maklumat pendapatan pemohon/pasangan/tanggungan perlu pengesahan SSM"
Ada yang mengatakan peniaga online yang berdaftar dengan SSM kebanyakannya terkesan dan permohonan BR1M mereka tidak diluluskan. Bagi permohonan yang ditolak dengan alasan ini, mereka perlu mengemukakan pengesahan pendapatan ketika membuat rayuan untuk permohonan mereka.
Bila rakyat mengadu kos sara hidup meningkat dan pendapatan tak mencukupi, mereka disarankan untuk buat kerja sambilan untuk tambah pendapatan. Bila rakyat mula buat bisnes kecil-kecilan dan jadi peniaga online, pihak yang berkuasa arahkan daftar bisnes online itu dengan SSM. Rakyat pun akur. Sekali, bila tiba masa permohonan BR1M, ramai pemohon yang dapat 'kejutan' permohonan tak lulus atas alasan perlu pengesahan SSM.
Kasihan.
BR1M oh BR1M...
Jumlah wang bantuan BR1M untuk setiap pemohon dalan kategori yang ditetapkan, sebagaimana yang diumumkan dalam bajet yang lalu telah dinaikkan, adakah jumlah penerima pula telah dikurangkan untuk capai tujuan tersebut?
0 comments: